Gemerlapan

Monday 24 December 2012

DEWASA AKHIR


DEWASA AKHIR

NAMA: RAJA AHMAD BIN RAJA IBRAHIM
UMUR: 71

SOAL SELIDIK

a)      Adakah anda mengalami masalah organ dalaman?
Kerap kali sakit perut, mungkin disebabkan gastrik

b)      Adakah anda ada penyakit seperti penyakit kencing manis, angin ahmar, darah tinggi dan kataraks?
Ada angin ahmar

c) Adakah anda mengalami masalah gigi, penghadaman, pernafasan, immunisasi dan kehilangan pasangan/anak-anak/kawan?
Semua giginya sudah tiada, cepat lelah, ibu bapanya sudah tiada dan immunisasi kurang kerana selalu batuk.

f)       Adakah anda hidup dengan pasangan yang telah pencen?
Ya

g)      Adakah anda sudah tidak bekerja dan sumber kewangan sudah berkurangan?
Ya tapi dari segi sumber kewangan masih stabil kerana ada aset-aset seperti tanah, haiwan peliharaan (lembu) dan anak-anaknya, selalu memberinya duit dan barang-barang keperluan harian seperti susu, beras dan lain-lain.

h)      Adakah anda menerima dan  bersedia menghadapi kematian?
Kalau hidup mestilah mati, jadi mahu atau tidak mahu kita tetap akan mati dan saya bersedia menghadapinya


i)        Adakah anda merasa menyesal terhadap apa yang anda telah lakukan?
Ada juga perasaan merasa menyesal terhadap apa yang dilakukan

j)    Adakah dengan amalan kerohanian (solat, zikir, selawat dan mengaji Al-Quran) dapat menyumbang kepada ketenangan hidup?
Ya, responden ini selalu pergi solat berjemaah di Surau, mengaji Al-Quran, berzikir dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. kerana dengan cara ini dapat melahirkan ketenangan dalam hidup

k)      Adakah anda dahulunya seorang yang aktif (rajin)? Dan sekarang ini sehingga sekarang ini anda masih lagi melakukan sesuatu?
Kerja kuat atau rajin bekerja semasa zaman boleh bekerja. Sekarang ini pun, boleh lagi membaiki atap-atap rumah yang rosak sendirian dan suka menanam, walaupun dilarang oleh ahli keluarga tetapi tidak diendahkan


l)        Adakah anda mengasingkan diri dari jiran anda?
Tidak kerana klien ini selalu pergi berehat di rumah jirannya yang berdekatan dengan rumahnya iaitu anaknya sendiri.

m)    Adakah anda ada melepaskan jawatan-jawatan tertentu dalam masyarkat?
Dari soal selidik saya, saya mendapati klien ini telah melepaskan jawatan yang dilantik secara tidak rasmi iaitu menjadi iman surau, tidak boleh mengaji Al-Quran untuk bebarapa hari bagi mensedekahkan kepada si mati sekiranya, ahli keluarga si mati menyuruh dia berbuat demikian kecuali ketika dia sihat.

n)      Merasa gembira bermain dengan cucu?
Selalu bermain dengan cucunya terutamanya yang masih kecil dan selalu ketawa apabila bermain dengan cucunya

o)      Bergaul dengan cucu hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja?
Ya, iaitu ketika anaknya mengziarahinya terutamanya hari Perayaan, hari minggu dan ketika klien mengziarahi anaknya, klien akan bermain dengan cucunya

p)      Anda menjaga cucu dan mengambil tanggungjawab menjaga daripada ibu bapa mereka?
Ada kalanya, klien mengambil tanggungjawab ini tapi tidak selalu

q)      Adakah anda menghadkan hubungan dengan cucu dan ingin mendapatkan layanan penjagaan?
Tidak

PEMERHATIAN

Dari segi rupa klien pada zaman muda agak jauh sudah berubah tapi masih mengekalkan mirip-mirip wajah pada zaman muda atau dewasa. Dari segi suaranya agak perlahan, sering sakit-sakit sendi, kulit telah berkedut, sering lelah dan dari segi  struktur otot hanya nampak tulang-tulang kerana telah kurus mungkin akibat sakit tua


ANALISIS

Berdasarkan jawapan yang diberi oleh klien menunjukkan ada banyak jawapan yang sama dengan teori-teori yang di gunakan untuk dewasa peringkat akhir ini. Contonya, teori tekanan menyatakan tekanan dalam hidup akan menyebabkan rambut seseorang itu akan cepat beruban dan gugur.

Selain itu, dari kesamaan teori kejayaan menghadapi proses penuaan ialah teori aktiviti. Iaitu klien ini, pada masa mudanya aktif dan selalu membuat kerja-kerja berat. Salah satu sebabnya mungkin disebabkan klien ini bekerja kampung iaitu menjadi buruh tani, tukang membuat rumah, menjadi suara dan dan lain-lain aktiviti lagi. Apabila sudah mencapai peringkat Dewasa Akhir, klien masih lagi melakukan pekerjaan yang berat walaupun di larang oleh ahli  keluarganya iaitu isteri dan anak-anaknya.

Dari segi teori pengasingan, tidak semuanya betul atau selari dengan jawapan klien hal ini mungkin disebabkan oleh sakit, uzur dan lain-lain faktor. Tetapi dari segi peletakan jawatan walaupun pelantikkan itu tidak rasmi adalah selari, walaubagaimanapun ini adalah keselarian dari penglihatan mata kasar, dari penglihatan secara tersirat ianya disebabkan ke uzuran dan sakit tua. Jika ada masa dia sihat, komuniti akan memintanya menjadi imam surau dan menjadi imam untuk sesuatu tahlil yang di adakan oleh masyarakat.

Selain itu, dari segi perhubungan nenek atau datuk dengan cucu banyak keselariannya tetapi keselarian berdasarkan situasi dan keadaan. Contohnya, Klien ini, hanya suka bergaul dengan kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun ke bawah berbanding dengan 4 tahun ke atas. Dari menghadkan hubungan dengan cucu kerana ingin mendapatkan layanan penjagaan mungkin salah dan ada betulnya mengikut personaliti individu tersebut. Tapi bagi klien ini, tidak menghadkan hubungan dengan cucu kerana ingin mendapat layanan penjagaan.

Dari aspek biologi memang ada perubahan yang ketara bagi dewasa akhir dari segi kulit, rambut, deria, pernafasan, struktur otot, suara dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin di sebabkan oleh tubuh badan  dalaman atau luaran akan sentiasa berubah sedikit demi sedikit dari segi perkembangan awal seseorang manusia hingga ke kepada kematian.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, gerontologi iaitu bidang pengajian multidisiplin tentang penuaan dalam aspek biologikal, psikologikal dan sosial adalah kebanyakkannya selari dengan teori-teori proses penuaan seperti teori genetik, teori sel bukan genetik dan teori fisiologi. Walaupun kenyataan teori ini tidak semuanya tepat tapi banyak yang betul dan selari dengan perubahan yang berlaku pada diri klien sama ada dari segi dalaman atau luaran tubuh badannya dan personaliti serta mental klien.

DEWASA AWAL ATAU PERTENGAHAN


DEWASA AWAL ATAU PERTENGAHAN

NAMA: FITRI
UMUR: 20

Soalan Berdasarkan Peringkat Umur Yang Anda Miliki

1.   Adakah anda prihatin terhadap pandangan orang lain dan menyedari bahawa kuasa bukan segala-galanya?
Ada kalanya, saya prihatin tetapi keperihatinan saya bergantung kepada tahap keintelektuaan, latar belakang dan keadaan atau situasi orang yang memberi pandangan kepadanya. Saya sedar bahawa kekuasaan bukanlah segala-galanya.

2.       Adakah pengetahuan anda, diperoleh sendiri atau dipelajari?
Kebanyakan pengetahuan yang saya perolehi adalah dari pembelajaran. Selain itu ada juga yang diperoleh sendiri melalui pemerhatian tetapi ianya sedikit sahaja.

3.      Adakah anda, kurang suka meneruskan pelajaran?
Memang saya kurang minat belajar. Semasa saya disekolah sekolah rendah saya hanya suka bermain hingga keputusan UPSR sangat teruk. Tetapi selepas sekolah menengah saya mula mengubah diri saya ini dari malas kepada suka belajar. Selepas dapat keputusan SPM, perasaan  kurang suka untuk sambung belajar datang balik. Begitu juga pada peringkat STPM  tapi kerana terikut-ikut dengan keadaan saya teruskan sambung belajar. Selepas itu, pemikiran saya sudah matang. Saya berkata dalam diri, aku belajar ini demi keluarga, masa depan aku dan niat aku untuk membantu masyarakat di sekelilingku untuk menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lumayan kepadanya. Ditambah lagi perasaan untuk membantu saudara seIslam dengan saya yang tertindas oleh pemimpin yang zalim dan dendam-dendam silam oleh Yahudi, Barat dan Mazhab Syiah terhadap orang Islam. Dengan ini, samangat saya semakin tinggi untuk terus mencari ilmu bagi memenangkan saudara saya ini.

4.      Adakah anda mahu berbakti kepada masyarakat dan komuniti?
Sangat mahu berbakti kepada masyarakat terutamanya, masyarakat di kampung saya. Saya bercita-cita untuk membuka kilang Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi memberi sumber ekonomi dan peluang pekerjaan kepada masyarakat kampung terutamanya kepada suri-suri rumah atau wanita.

5.      Adakah anda sukar untuk memahami keperluan orang lain?
Adakalanya, saya mudah dan sukar untuk memahami keperluan orang lain. Ianya bergantung kepada personaliti seseorang dan situasi serta keadaan seseorang individu untuk mempengaruhi persepsi saya memahami keperluannya.

6.      Adakah anda merasa seronok apabila anda mengambil kesempatan terhadap orang lain?
Saya tidak suka sifat sebegini

7.      Keinginan anda untuk menjadikan seseorang yang kreatif dan produktif, adakah dengan tujuan untuk memberikan manfaat kepada generasi yang akan datang?
Ya, kerana saya mahu mengubah persekitaran sosial di negara kita ini menjadi normal kembali dan ingin melahirkan masyarakat yang bersifat keislamannya.

8.      Setelah anda habis persekolahan, anda keluar dari rumah ibu bapa dan keluar bekerja. Betul atau tidak?
Ya, tapi tinggal serumah dengan keluarga saya. Sebabnya saya bekerja sambilan sahaja di kampung ketika habis persekolahan dan setelah saya dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi saya tinggal di asrama dan jarang balik kampung kecuali pada hari cuti semester atau cuti yang panjang.


9.      Pada umur ini juga, adakah anda telah berdikari daripada keluarga dan membuat keputusan untuk bagaimana orang dewasa perlu menjalankan kehidupannya?
Ya, sekarang ini saya masih belajar di IPTA, segala keperluan harian saya, saya urusnya sendirian. Dari segi makanan, basuh baju, kemas bilik dan lain-lain. Saya juga telah membuat keputusan  menjalankan kehidupan seperti orang yang sudah dewasa dan berjanji kepada diri sendiri untuk tidak meminta wang dari keluarga kecuali sangat-sangat terdesak.

10.  Adakah identiti anda dipengaruhi oleh persekitaran keluarga? Contohnya cita-cita.
Selepas saya gagal semester satu peringkat Diploma, saya ingin belajar dan menuntut ilmu agama di sebuah pondok. Tapi akibat ibu menyuruh saya sambung belajar di tingkatan 6 atas dan  menasihatkan saya supaya belajar di pondok selepas habis peperiksaan STPM. Jadi saya menuruti kata-kata ibu saya, kerana dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Sehingga sekarang cita-cita untuk menuntut ilmu agama di pondok boleh kesampaian. Ditambah lagi saya menjadi pelajar di sebuah IPTA  peringkat Ijazah sekarang ini.
           
11.  adakah anda suka berkongsi sesuatu aktiviti atau minat anda seperti menceritakan aktiviti bermain bola sepak kepada rakan-rakan?
Saya minat mempelajari ilmu agama, ambil tahu isu-isu luar dan dalam negara. Minat ini, saya akan kongsikan atau menceritakannya rakan-rakan saya. Dari segi aktiviti pula, saya suka berenang, memanjat pokok, main sorok-sorok dan suka merayau-rayau dalam hutan. Segala mengalaman yang saya lalui ini, saya selalu menceritakan kepada rakan-rakan saya untuk dikongsi bersama


12.  Adakah anda lebih memahami keperluan orang lain dan mampu memberi
sokongan kepadanya?
Ya, suka memahami keperluan orang lain dan memberi sokongan kepadanya sama ada dari segi moral dan bantuan setakat yang termampu

13.  Dalam bercinta, adakah cinta anda dalam kategori:

a)      Cinta yang bermula dengan persahabatan?
Mula-mula saya berkawan dengannya tapi lama-kelamaan ada terdetik dalam hati dan pemikiran untuk saya jatuh cinta kepadanya. Inilah kisah cinta saya



ANALISI
Berdasarkan soalan-soalan yang diberi dan jawapan klien ini, menunjukkan bahawa teori-teori yang di ke mukakan dalam bab dewasa awal atau pertengahan menunjukan ada kebenaranya dan ketidak selariannya dengan teori.

William Perry, menjelaskan perubahan penting dalam cara berfikir dan cara ini berbeza pada peringkat remaja dan dewasa kerana apabila mencapai peringkat dewasa cara berfikir bertukar menjadi multiple thinking. Selain itu, William Perry menyatakan, mereka atau dewasa ini menjadi prihatin kepada pandangan orang lain dan menyedari bahawa kuasa bukanlah segalanya. Penjelasan William ini, memang selari dengan perkembangan kedewasaan klien tapi ada percanggahannya iaitu dari segi keprihatinan terhadap pandangan orang lain. Mungkin dari sudut prihatin terhadap pandangan orang lain ini bergantung kepada keintelektuan, latar belakang, situasi atau keadaan orang tersebut. Selain itu, kenyataan William Perry adalah selari dengan kenyataan klien walaupun ada sedikit perbezaan. Iaitu Perry menyatakan pengetahuan adalah dipelajari bukannya diperoleh sendiri manakala klien pula menyatakan kebanyakkan pengetahuan adalah dipelajari tetapi ada sedikit pengetahuan yang diperolehi sendiri melalui pemerhatian.

Erikson menyatakan peringkat dewasa awal iaitu (20-35 tahun), intimasi melawan isolasi berlaku selepas pencarian indentiti. Dalam soal jawab atau selidik dengan klien menunjukkan klien ini dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Contohnya,  di antara cita-cita atau indentitinya dengan cita-cita keluarga. Cita-cita kelurga lebih mempengaruhinya. Dalam kesibukan menentukan indentiti dirinya, masih lagi ada masa untuk intimasi dengan orang lain.

Selain itu, perkembangan psikososial klien adalah selari dengan teori Erikson yang menyatakan bahawa kanak-kanak lelaki dengan difficult temperament kurang suka meneruskan  pembelajaran. Tapi akibat dari dapat pengaruh persekitaran keluarga, masyarakat dan komuniti kurang berminat untuk teruskan pembelajaran telah bertukar kepada minat untuk meneruskan pembelajaran. Jadi teori ini memang selari tentang apa yang dijelaskan oleh Erikson’s, walaupun ketepatannya tidaklah sepenuhnya.


Teori kawalan menyatakan bahawa lelaki suka berkongsi aktiviti dan minatnya adalah benar. Klien ini suka menceritakan aktiviti dan minatnya tentang sesuatu perkara kepada orang lain iaitu rakan-rakannya. Jadi teori Erikson ini memang betul.

Dari segi kematangan hubungan yang dinyatakan oleh Katleen White adalah selari dengan tahap perkembangan klien iaitu dari segi kedewasaannya, memahami keperluan dan memberi sokongan kepada orang lain.

Selain itu, dalam kategori cinta pula klien ini dalam kategori Friendship iaitu cinta yang mempunyai kualiti, keseronokan, perapatan dan berbakti. Hal ini, memang betul tepat dengan penjelasan 4 kategori cinta oleh Ellen Berschied.

Levinson’s melihat kehidupan sebagai siri tempoh masa yang dibentuk iaitu disekeliling tugasan perkembangan kehidupan manusia, objektif penting dalam kehidupan dan perkara yang dilalui dalam setiap perkembangan adalah selari dengan kenyataan yang diberi oleh klien (peralihan daripada pra dewasa kepada alam dewasa)  iaitu habis sekolah menengah, pergi bekerja sambilan tetapi tidak keluar dari rumah keluarga mungkin disebabkan bekerja di kampung bukan dibandar yang berjauhan dengan rumah keluarga.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam soal jawab dan soal selidik dengan klien berdasarkan teori-teori dan penjelasan teori di peringkat dewasa awal dan akhir adalah kebanyakkannya selari dengan apa yang dikatakan atau yang dijelaskan oleh teori kognitif, teori kawalan, teori William Perry, teori Erikson’s, teori Levinson dan Kathleen White. Walaupun ada sedikit perbezaan dengan jawapan yang diberi oleh klien tetapi kenyataan-kenyataan teori ini agak tepat dengan penjelasan yang diberi oleh klien dalam peringkat kedewasaannya.

Saturday 22 December 2012

Islam Dan Di Mana Kita?


Assalamu'alaikum warohmatullah hiwabarokatuh....tajuk perucapan saya pada hari ini ialah Islam dan dimana kita. kita hidup di dunia ini diibaratkan sebagai pengembara yang menuju ke alam Baqa..tapi sejauh manakah persediaan kita hendak menuju ke alam Baqa. Jika kita ditanya sama ada kita mahu masuk syurga atau tidak..sudah tentu lisan kata mahu. tapi sejauh manakah amalan yang boleh membawa kita kepada pusaka nenek moyang kita iaitu pusaka Adam. Kita belajar begitu tekun dan rajin demi mendapat pointer yang tinggi dalam final Exam...dan kamu memperolehi pointer yang baik tapi bagaimana pula pointer untuk akhirat...kamu impikan kejayaan di akhirat tapi apakah usaha mu? adakah dengan berpakaian seksi dan tidak menutup aurat atau dengan terlalu gila kepada dunia hingga lupa pada akhirat.


Apakah tujuan sebenar, kita hidup diatas muka bumi Allah ini? Allah SWT yang memberikan kita sebuah kitab yang mengandungi pelbagai peraturan, untuk dijadiakan panduan menggunakan dunia ini tapi manusia merasa dia lebih bijak dan pandai dari Tuhan. dia menggunakan peraturan yang dicipta oleh manusia sendiri. Sedangkan pengetahuan manusia adalah terbatas. andaikata kamu membeli sebuah kapal terbang dan kamu diberi sebuah buku panduan oleh sang penciptanya, tapi kamu tidak menggunakan buku panduan itu, kamu buat-buat pandai sahaja dalam keadaan bodoh dan bengung... kamu terus membawa kapal terbang itu tanpa rujukan dari buku panduan, Insyaallah kamu akan terbabas.


Aku melihat gelagak manusia sekarang yang bergelar sebagai Islam, mereka menolak dan menghina hukum-hukum Allah...rakyatnya juga turut serta menghina hukum-hukum Allah dan ingatlah, barang siapa yang ragu tentang apa jua yang datang daripada Allah macam ragu kepada Allah, sudah semestinya Islamnya sudah terbatal dan isterinya juga telah terputus ikatan perkahwinan. satu lagi hal, yang paling bodoh yang pernah aku dengar, tentang politik dan agama. ada orang kata agama dan politik tidak boleh bercampur kerana politik adalah kotor dan agama adalah suci. bagaimana pula pakaian  yang kotor tapi tidak boleh campur dengan sabun yang suci itu. adakah pakaian itu akan bersih? fikir-fikirkan lah.


Kita hidup didunia ini hanyalah sementara...jadilah kita sebagai manusia yang hina lagi jahil hendaklah sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan agar kita tidak tersesat dalam dunia yang fana ini.
Sesunguhnya, orang yang mengejar dunia akan dikejar oleh akhirat dan orang yang mengejar akhirat akan dikejar oleh dunia. 


dan satu lagi kata-kata dari seorang yang Alim..dunia ini diibaratkan sebagai penjara bagai orang  yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, syurga bagi orang yang mencintai dunia.