Gemerlapan

Friday 21 December 2012

Bencana Alam: Kejadian Banjir Di Malaysia

Nama: Genes Jemba
IPTA: UKM
Student: Semester 1
Submit Kepada: Prof Madya Ajid

Terdapat pendedahan tentang bencana alam yang menyatakan gelombang air  boleh membunuh manusia yang terleka dengan irama banjir. Walaupun statistik banjir Negara Malaysia pada tahun 2010 hingga 2011 menunjukkan jumlah kematian pada tahap minimum iaitu 21 orang yang mati lemas. Namun begitu,mangsa banjir adalah terlalu tinggi iaitu 231, 377 mangsa banjir dengan melibatkan 906 buah pusat pemindahan  banjir di seluruh Malaysia. Hal ini menunjukkan, situasi banjir di Malaysia berada dipalang merah, ini amat membahayakan kepada penghuni Malaysia terutamanya yang berada di negeri Johor, Kedah dan Perlis. Mungkin kejadian-kejadian banjir yang berlaku ini adalah berpunca daripada tangan-tangan manusia dan alam semulajadi. Oleh sebab itu, punca-punca kejadian banjir ini mesti dikenalpasti supaya langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan berkesan 


Antara punca kejadian banjir yang berlaku di Malaysia ialah disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak sistematik. Sistem perparitan ini sudah tentunya terlalu kecil dan cetek, ditambah lagi sistem perparitan yang tidak sistematik. Apabila sesuatu sistem perparitan dibina secara tidak terancang akan menyebabkan aliran air melimpahi keluar dari sistem perparitan, sebelum sampai ke sungai . Hal ini demikian kerana, sistem perparitan ini sudah tentunya tidak dapat menampung jumlah atau kuantiti air hujan yang banyak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku. Masalah ini selalunya, berlaku di bandar seperti bandar Kuala Lumpur, Kajang, Seremban, dan beberapa buah bandar lagi. Oleh sebab itulah, banjir kilat ini sering berlaku dibandar bukannya di luar bandar.

Selain itu, pembangunan yang pesat juga akan menyebabkan berlakunya banjir seperti banjir kilat. Hal ini demikian kerana, dibandar atau dikawasan pembangunan yang pesat selalunya kurang tumbuhan dan permukaan bumi yang berturap. Hal ini akan menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap ke dalam tanih kerana permukaan tanih yang berturap seperti tar dan simen atau ditutupi dengan konkrit pembangunan. Seterusnya, air larian permukaan akan terjadi sehingga mengakibatkan banjir kilat berlaku disesuatu kawasan. Banjir kilat ini, selalunya berlaku dan surut dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contohnya, banjir kilat yang berlaku di bandar Kajang pada 2 Mei 2012. Maka benarlah kata-kata ahli geografi, pembangunan yang pesat membawa impak negatif  kepada alam sekitar sekiranya sistem pembangunan yang dijalankan secara tidak terancang dan mesra alam.
 
Aktiviti pembalakan yang dilakukan secara tidak terancang juga menjadi faktor berlakunya banjir di Malaysia ini. Hal ini demikian kerana, aktiviti pembalakan yang tidak terancang akan memusnahkan kitaran habitat flora. Hal ini akan mengakibatkan gangguan kepada sistem hidorologi disesuatu kawasan yang terbabit. Apabila flora musnah kesan dari pembalakan, maka tumbuh-tumbuhan iaitu flora tidak boleh membantu penyerapan air hujan untuk disimpan ke dalam tanih. Hal ini, akan menyebabkan berlakunya pembentukkan air larian permukaan di kawasan pembalakan. Air larian permukaan ini akan turun ke dalam sungai dalam kuantiti yang banyak sehingga daya tampungan sungai melebihi haknya dan melimpahi keluar ke daratan. Sebagai contohnya, menurut Malaysia Kini, kegiatan pembalakan di daerah Segamat, Johor sudah bertahun-tahun berlaku secara tidak terkawal sehingga kejadian banjir yang berlaku semakin membimbangkan rakyat negerinya.

Perlepasan air daripada empangan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan banjir berlaku secara tiba-tiba. Walaupun hujan yang turun disesuatu kawasan sedikit sahaja. Sebagai contohnya, menurut Edisi Pahang pada tahun 2001, kejadian banjir besar berlaku di perkampungan Sungai Isap, Pahang. Dengan melibatkan 8000 mangsa yang terpaksa dipindahkan. Kejadian banjir ini berlaku disebabkan perlepasan air dari empangan Chereh. Hal ini menyebabkan  air  sungai melimpahi keluar dan meneggelamkan kawasan tersebut. Seandainya, Pihak Pengurusan Air Kuantan  tidak bertindak sedemikian sudah tentu empangan ini akan pecah dan menyebabkan banjir yang lebih besar lagi akan terjadi di Pahang. Peningkatan air dari empangan ini adalah disebabkan hujan yang lebat di kawasan aliran air sungai yang menuju ke empangan tersebut.

Menurut Universiti Sains Malaysia, pembuangan sampah sarap merata-rata oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab menjadi punca kepada masalah banjir. Walaupun punca ini, tidak diletakkan sebagai punca utama tetapi setelah kami buat kajian disesuatu kawasan di Pulau Pinang, kami mendapati ianya turut menumbang kepada masalah banjir. Bahkan, ramai pihak yang mempunyai pendapat yang sedemikian tidak kiralah daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) dan juga orang ramai. Melalui pemerhatian kami,  keadaan sampah sarap dikawasan kajian kami adalah tidak memuaskan kerana sampah sarap dibuang merata-rata. Terutamanya, di kawasan penempatan tetapi lebih teruk lagi apabila ada masyarakat yang membuang sampah sarap ke dalam longkang dan parit. Hal ini, secara tidak langsungnya menghalang pengaliran air daripada terus mengalir ke sungai. Cuba anda bayangkan sekiranya, pada masa itu hujan lebat turun tanpa henti dalam tiga jam, sudah tentu banjir kilat akan berlaku secara tiba-tiba di kawasan tersebut.

Sama ada anda percaya atau tidak, hanya dengan tiupan angin sahaja banjir boleh berlaku dalam jangka masa yang lama. Tiupan angin ini, merupakan tiupan angin lazim iaitu Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut yang merupakan angin monsun yang paling dominan di Malaysia. Menurut Geografi STPM, kejadian angin monsun ini adalah disebabkan kewujudan perbezaan tekanan udara di antara hemisfera utara dan selatan. Angin Monsun Timur Laut ini, mula bertiup  pada bulan November hingga bulan Mac. Tiupan angin ini, terjadi disebabkan matahari yang berada diantara garisan Jadi di Hemisfera selatan. Keadaan ini menyebabkan Hemisfera Selatan iaitu Benua Australia menerima haba matahari yang paling banyak berbanding di Hemisfera Utara. Penerimaan sinaran matahari yang banyak akan meningkatkan suhu atmosfera dan mewujudkan pusat tekanan udara rendah. Seterusnya, udara dari kawasan tekanan tinggi di pendalaman Benua Asia akan bergerak keluar menuju ke kawasan ini. Pada peringkat awal, angin ini keluar sebagai Angin Monsun Barat Laut tetapi terbias menjadi Angin Monsun Timur Laut apabila melintasi Malaysia atau Asia Tenggara. Hal ini meyebabkan kawasan pantai timur di negara kita menerima hujan Monsun yang lebat dalam jangka masa yang lama. Sebagai contohnya, kejadian banjir di Malaysia khusus di pantai timur semenanjung pada bulan November hingga Mac akibat tiupan Angin Monsun Timur Laut seperti di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Selalunya, banjir ini berlaku di sesetengah kawasan yang mempunyai tanah rendah seperti Rantau Panjang, Kelantan; Rompin, Pahang dan Daerah Setiu di Hulu Terengganu.

Kesimpulannya, banjir yang berlaku di negara kita ini berpunca daripada masalah perancangan pembinaan sistem perparitan seperti sistem perparitan yang tidak sistematik dan disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri iaitu pembangunan yang pesat, aktiviti pembalakan yang tidak terancang, pembuangan sampah sarap merata-rata dan disebabkan oleh masalah teknikal seperti pelepasan air daripada empangan dalam kuantiti yang banyak, selain masalah yang berpunca daripada alam semulajadi sendiri seperti tiupan Angin Monson Timur Laut. Oleh iu, saya mencadangkan sama ada pihak kerajaan atau pihak swasta dan masyarakat sendiri mestilah membuat Kajian Impak Alam Sekitar (EIA), sekiranya mana-mana pihak ini ingin membuat pembanguna disesuatu kawasan seperti rumah, bangunan, parit, longkang, kilang dan lain-lain pembangunan. Hal ini kerana EIA, akan membuat penyelidikan terlebih dahulu tentang kesan pembinaan tersebut kepada alam sekitar sama ada dari sudut banjir kilat dan sebagainya. Saya berharap pihak kerajaan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang tidak membuat Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum sesuatu pembinaan yang hendak dibuat. Akhirnya saya ingin menegaskan bahawa kejadian banjir yang berlaku terutamanya banjir kilat dapat dikurangkan sekiranya semua pihak membuat Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum sesuatu pembangunan dibinakan.

Rujukan
Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri. Isu-Isu Pengurusan Bencana Banjir Musim 2010 Dan 2011. http://www.met.gov.my/images/pdf/national.../dmc4.pdf  
[1 Disember 2012]
Bernama. Ampang, Cheras, Kajang Dilanda Banjir Kilat. http://www.bharian.com.my/articles/AmpangCherasKajangdilandabanjirkilat/Article
[2 Disember 2012]
Malaysiakini. DAP Dakwa Pembalakan Haram Antara Punca Banjir Teruk Di Johor.
Edisi Pahang. 475 Juta Liter Air Dilepaskan Setiap Hari Mulai Selasa Di Empangan Chereh Kuantan. http://pahangdaily.blogspot.com/2010/07/edisi-pahang-sejumlah-475-juta-liter.html [3 Disember 2012]
Universiti Sains Malaysia. Masalah Banjir. Punca-Punca Banjir. http://www.hbp.usm.my/banjir/punca_sampah.htm [5 Disember 2012]
Geografi STPM. Sistem Atmosfera. Sistem Angin Dunia, Angin Monsun.  http://smrpanjang.blogspot.com/2008/08/tema-3-sistem-atmosfera.html [5 Disember 2012].

2 comments: