Gemerlapan

Monday 24 December 2012

DEWASA AKHIR


DEWASA AKHIR

NAMA: RAJA AHMAD BIN RAJA IBRAHIM
UMUR: 71

SOAL SELIDIK

a)      Adakah anda mengalami masalah organ dalaman?
Kerap kali sakit perut, mungkin disebabkan gastrik

b)      Adakah anda ada penyakit seperti penyakit kencing manis, angin ahmar, darah tinggi dan kataraks?
Ada angin ahmar

c) Adakah anda mengalami masalah gigi, penghadaman, pernafasan, immunisasi dan kehilangan pasangan/anak-anak/kawan?
Semua giginya sudah tiada, cepat lelah, ibu bapanya sudah tiada dan immunisasi kurang kerana selalu batuk.

f)       Adakah anda hidup dengan pasangan yang telah pencen?
Ya

g)      Adakah anda sudah tidak bekerja dan sumber kewangan sudah berkurangan?
Ya tapi dari segi sumber kewangan masih stabil kerana ada aset-aset seperti tanah, haiwan peliharaan (lembu) dan anak-anaknya, selalu memberinya duit dan barang-barang keperluan harian seperti susu, beras dan lain-lain.

h)      Adakah anda menerima dan  bersedia menghadapi kematian?
Kalau hidup mestilah mati, jadi mahu atau tidak mahu kita tetap akan mati dan saya bersedia menghadapinya


i)        Adakah anda merasa menyesal terhadap apa yang anda telah lakukan?
Ada juga perasaan merasa menyesal terhadap apa yang dilakukan

j)    Adakah dengan amalan kerohanian (solat, zikir, selawat dan mengaji Al-Quran) dapat menyumbang kepada ketenangan hidup?
Ya, responden ini selalu pergi solat berjemaah di Surau, mengaji Al-Quran, berzikir dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. kerana dengan cara ini dapat melahirkan ketenangan dalam hidup

k)      Adakah anda dahulunya seorang yang aktif (rajin)? Dan sekarang ini sehingga sekarang ini anda masih lagi melakukan sesuatu?
Kerja kuat atau rajin bekerja semasa zaman boleh bekerja. Sekarang ini pun, boleh lagi membaiki atap-atap rumah yang rosak sendirian dan suka menanam, walaupun dilarang oleh ahli keluarga tetapi tidak diendahkan


l)        Adakah anda mengasingkan diri dari jiran anda?
Tidak kerana klien ini selalu pergi berehat di rumah jirannya yang berdekatan dengan rumahnya iaitu anaknya sendiri.

m)    Adakah anda ada melepaskan jawatan-jawatan tertentu dalam masyarkat?
Dari soal selidik saya, saya mendapati klien ini telah melepaskan jawatan yang dilantik secara tidak rasmi iaitu menjadi iman surau, tidak boleh mengaji Al-Quran untuk bebarapa hari bagi mensedekahkan kepada si mati sekiranya, ahli keluarga si mati menyuruh dia berbuat demikian kecuali ketika dia sihat.

n)      Merasa gembira bermain dengan cucu?
Selalu bermain dengan cucunya terutamanya yang masih kecil dan selalu ketawa apabila bermain dengan cucunya

o)      Bergaul dengan cucu hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja?
Ya, iaitu ketika anaknya mengziarahinya terutamanya hari Perayaan, hari minggu dan ketika klien mengziarahi anaknya, klien akan bermain dengan cucunya

p)      Anda menjaga cucu dan mengambil tanggungjawab menjaga daripada ibu bapa mereka?
Ada kalanya, klien mengambil tanggungjawab ini tapi tidak selalu

q)      Adakah anda menghadkan hubungan dengan cucu dan ingin mendapatkan layanan penjagaan?
Tidak

PEMERHATIAN

Dari segi rupa klien pada zaman muda agak jauh sudah berubah tapi masih mengekalkan mirip-mirip wajah pada zaman muda atau dewasa. Dari segi suaranya agak perlahan, sering sakit-sakit sendi, kulit telah berkedut, sering lelah dan dari segi  struktur otot hanya nampak tulang-tulang kerana telah kurus mungkin akibat sakit tua


ANALISIS

Berdasarkan jawapan yang diberi oleh klien menunjukkan ada banyak jawapan yang sama dengan teori-teori yang di gunakan untuk dewasa peringkat akhir ini. Contonya, teori tekanan menyatakan tekanan dalam hidup akan menyebabkan rambut seseorang itu akan cepat beruban dan gugur.

Selain itu, dari kesamaan teori kejayaan menghadapi proses penuaan ialah teori aktiviti. Iaitu klien ini, pada masa mudanya aktif dan selalu membuat kerja-kerja berat. Salah satu sebabnya mungkin disebabkan klien ini bekerja kampung iaitu menjadi buruh tani, tukang membuat rumah, menjadi suara dan dan lain-lain aktiviti lagi. Apabila sudah mencapai peringkat Dewasa Akhir, klien masih lagi melakukan pekerjaan yang berat walaupun di larang oleh ahli  keluarganya iaitu isteri dan anak-anaknya.

Dari segi teori pengasingan, tidak semuanya betul atau selari dengan jawapan klien hal ini mungkin disebabkan oleh sakit, uzur dan lain-lain faktor. Tetapi dari segi peletakan jawatan walaupun pelantikkan itu tidak rasmi adalah selari, walaubagaimanapun ini adalah keselarian dari penglihatan mata kasar, dari penglihatan secara tersirat ianya disebabkan ke uzuran dan sakit tua. Jika ada masa dia sihat, komuniti akan memintanya menjadi imam surau dan menjadi imam untuk sesuatu tahlil yang di adakan oleh masyarakat.

Selain itu, dari segi perhubungan nenek atau datuk dengan cucu banyak keselariannya tetapi keselarian berdasarkan situasi dan keadaan. Contohnya, Klien ini, hanya suka bergaul dengan kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun ke bawah berbanding dengan 4 tahun ke atas. Dari menghadkan hubungan dengan cucu kerana ingin mendapatkan layanan penjagaan mungkin salah dan ada betulnya mengikut personaliti individu tersebut. Tapi bagi klien ini, tidak menghadkan hubungan dengan cucu kerana ingin mendapat layanan penjagaan.

Dari aspek biologi memang ada perubahan yang ketara bagi dewasa akhir dari segi kulit, rambut, deria, pernafasan, struktur otot, suara dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin di sebabkan oleh tubuh badan  dalaman atau luaran akan sentiasa berubah sedikit demi sedikit dari segi perkembangan awal seseorang manusia hingga ke kepada kematian.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, gerontologi iaitu bidang pengajian multidisiplin tentang penuaan dalam aspek biologikal, psikologikal dan sosial adalah kebanyakkannya selari dengan teori-teori proses penuaan seperti teori genetik, teori sel bukan genetik dan teori fisiologi. Walaupun kenyataan teori ini tidak semuanya tepat tapi banyak yang betul dan selari dengan perubahan yang berlaku pada diri klien sama ada dari segi dalaman atau luaran tubuh badannya dan personaliti serta mental klien.

No comments:

Post a Comment