Gemerlapan

Monday 24 December 2012

DEWASA AWAL ATAU PERTENGAHAN


DEWASA AWAL ATAU PERTENGAHAN

NAMA: FITRI
UMUR: 20

Soalan Berdasarkan Peringkat Umur Yang Anda Miliki

1.   Adakah anda prihatin terhadap pandangan orang lain dan menyedari bahawa kuasa bukan segala-galanya?
Ada kalanya, saya prihatin tetapi keperihatinan saya bergantung kepada tahap keintelektuaan, latar belakang dan keadaan atau situasi orang yang memberi pandangan kepadanya. Saya sedar bahawa kekuasaan bukanlah segala-galanya.

2.       Adakah pengetahuan anda, diperoleh sendiri atau dipelajari?
Kebanyakan pengetahuan yang saya perolehi adalah dari pembelajaran. Selain itu ada juga yang diperoleh sendiri melalui pemerhatian tetapi ianya sedikit sahaja.

3.      Adakah anda, kurang suka meneruskan pelajaran?
Memang saya kurang minat belajar. Semasa saya disekolah sekolah rendah saya hanya suka bermain hingga keputusan UPSR sangat teruk. Tetapi selepas sekolah menengah saya mula mengubah diri saya ini dari malas kepada suka belajar. Selepas dapat keputusan SPM, perasaan  kurang suka untuk sambung belajar datang balik. Begitu juga pada peringkat STPM  tapi kerana terikut-ikut dengan keadaan saya teruskan sambung belajar. Selepas itu, pemikiran saya sudah matang. Saya berkata dalam diri, aku belajar ini demi keluarga, masa depan aku dan niat aku untuk membantu masyarakat di sekelilingku untuk menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lumayan kepadanya. Ditambah lagi perasaan untuk membantu saudara seIslam dengan saya yang tertindas oleh pemimpin yang zalim dan dendam-dendam silam oleh Yahudi, Barat dan Mazhab Syiah terhadap orang Islam. Dengan ini, samangat saya semakin tinggi untuk terus mencari ilmu bagi memenangkan saudara saya ini.

4.      Adakah anda mahu berbakti kepada masyarakat dan komuniti?
Sangat mahu berbakti kepada masyarakat terutamanya, masyarakat di kampung saya. Saya bercita-cita untuk membuka kilang Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi memberi sumber ekonomi dan peluang pekerjaan kepada masyarakat kampung terutamanya kepada suri-suri rumah atau wanita.

5.      Adakah anda sukar untuk memahami keperluan orang lain?
Adakalanya, saya mudah dan sukar untuk memahami keperluan orang lain. Ianya bergantung kepada personaliti seseorang dan situasi serta keadaan seseorang individu untuk mempengaruhi persepsi saya memahami keperluannya.

6.      Adakah anda merasa seronok apabila anda mengambil kesempatan terhadap orang lain?
Saya tidak suka sifat sebegini

7.      Keinginan anda untuk menjadikan seseorang yang kreatif dan produktif, adakah dengan tujuan untuk memberikan manfaat kepada generasi yang akan datang?
Ya, kerana saya mahu mengubah persekitaran sosial di negara kita ini menjadi normal kembali dan ingin melahirkan masyarakat yang bersifat keislamannya.

8.      Setelah anda habis persekolahan, anda keluar dari rumah ibu bapa dan keluar bekerja. Betul atau tidak?
Ya, tapi tinggal serumah dengan keluarga saya. Sebabnya saya bekerja sambilan sahaja di kampung ketika habis persekolahan dan setelah saya dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi saya tinggal di asrama dan jarang balik kampung kecuali pada hari cuti semester atau cuti yang panjang.


9.      Pada umur ini juga, adakah anda telah berdikari daripada keluarga dan membuat keputusan untuk bagaimana orang dewasa perlu menjalankan kehidupannya?
Ya, sekarang ini saya masih belajar di IPTA, segala keperluan harian saya, saya urusnya sendirian. Dari segi makanan, basuh baju, kemas bilik dan lain-lain. Saya juga telah membuat keputusan  menjalankan kehidupan seperti orang yang sudah dewasa dan berjanji kepada diri sendiri untuk tidak meminta wang dari keluarga kecuali sangat-sangat terdesak.

10.  Adakah identiti anda dipengaruhi oleh persekitaran keluarga? Contohnya cita-cita.
Selepas saya gagal semester satu peringkat Diploma, saya ingin belajar dan menuntut ilmu agama di sebuah pondok. Tapi akibat ibu menyuruh saya sambung belajar di tingkatan 6 atas dan  menasihatkan saya supaya belajar di pondok selepas habis peperiksaan STPM. Jadi saya menuruti kata-kata ibu saya, kerana dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Sehingga sekarang cita-cita untuk menuntut ilmu agama di pondok boleh kesampaian. Ditambah lagi saya menjadi pelajar di sebuah IPTA  peringkat Ijazah sekarang ini.
           
11.  adakah anda suka berkongsi sesuatu aktiviti atau minat anda seperti menceritakan aktiviti bermain bola sepak kepada rakan-rakan?
Saya minat mempelajari ilmu agama, ambil tahu isu-isu luar dan dalam negara. Minat ini, saya akan kongsikan atau menceritakannya rakan-rakan saya. Dari segi aktiviti pula, saya suka berenang, memanjat pokok, main sorok-sorok dan suka merayau-rayau dalam hutan. Segala mengalaman yang saya lalui ini, saya selalu menceritakan kepada rakan-rakan saya untuk dikongsi bersama


12.  Adakah anda lebih memahami keperluan orang lain dan mampu memberi
sokongan kepadanya?
Ya, suka memahami keperluan orang lain dan memberi sokongan kepadanya sama ada dari segi moral dan bantuan setakat yang termampu

13.  Dalam bercinta, adakah cinta anda dalam kategori:

a)      Cinta yang bermula dengan persahabatan?
Mula-mula saya berkawan dengannya tapi lama-kelamaan ada terdetik dalam hati dan pemikiran untuk saya jatuh cinta kepadanya. Inilah kisah cinta saya



ANALISI
Berdasarkan soalan-soalan yang diberi dan jawapan klien ini, menunjukkan bahawa teori-teori yang di ke mukakan dalam bab dewasa awal atau pertengahan menunjukan ada kebenaranya dan ketidak selariannya dengan teori.

William Perry, menjelaskan perubahan penting dalam cara berfikir dan cara ini berbeza pada peringkat remaja dan dewasa kerana apabila mencapai peringkat dewasa cara berfikir bertukar menjadi multiple thinking. Selain itu, William Perry menyatakan, mereka atau dewasa ini menjadi prihatin kepada pandangan orang lain dan menyedari bahawa kuasa bukanlah segalanya. Penjelasan William ini, memang selari dengan perkembangan kedewasaan klien tapi ada percanggahannya iaitu dari segi keprihatinan terhadap pandangan orang lain. Mungkin dari sudut prihatin terhadap pandangan orang lain ini bergantung kepada keintelektuan, latar belakang, situasi atau keadaan orang tersebut. Selain itu, kenyataan William Perry adalah selari dengan kenyataan klien walaupun ada sedikit perbezaan. Iaitu Perry menyatakan pengetahuan adalah dipelajari bukannya diperoleh sendiri manakala klien pula menyatakan kebanyakkan pengetahuan adalah dipelajari tetapi ada sedikit pengetahuan yang diperolehi sendiri melalui pemerhatian.

Erikson menyatakan peringkat dewasa awal iaitu (20-35 tahun), intimasi melawan isolasi berlaku selepas pencarian indentiti. Dalam soal jawab atau selidik dengan klien menunjukkan klien ini dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Contohnya,  di antara cita-cita atau indentitinya dengan cita-cita keluarga. Cita-cita kelurga lebih mempengaruhinya. Dalam kesibukan menentukan indentiti dirinya, masih lagi ada masa untuk intimasi dengan orang lain.

Selain itu, perkembangan psikososial klien adalah selari dengan teori Erikson yang menyatakan bahawa kanak-kanak lelaki dengan difficult temperament kurang suka meneruskan  pembelajaran. Tapi akibat dari dapat pengaruh persekitaran keluarga, masyarakat dan komuniti kurang berminat untuk teruskan pembelajaran telah bertukar kepada minat untuk meneruskan pembelajaran. Jadi teori ini memang selari tentang apa yang dijelaskan oleh Erikson’s, walaupun ketepatannya tidaklah sepenuhnya.


Teori kawalan menyatakan bahawa lelaki suka berkongsi aktiviti dan minatnya adalah benar. Klien ini suka menceritakan aktiviti dan minatnya tentang sesuatu perkara kepada orang lain iaitu rakan-rakannya. Jadi teori Erikson ini memang betul.

Dari segi kematangan hubungan yang dinyatakan oleh Katleen White adalah selari dengan tahap perkembangan klien iaitu dari segi kedewasaannya, memahami keperluan dan memberi sokongan kepada orang lain.

Selain itu, dalam kategori cinta pula klien ini dalam kategori Friendship iaitu cinta yang mempunyai kualiti, keseronokan, perapatan dan berbakti. Hal ini, memang betul tepat dengan penjelasan 4 kategori cinta oleh Ellen Berschied.

Levinson’s melihat kehidupan sebagai siri tempoh masa yang dibentuk iaitu disekeliling tugasan perkembangan kehidupan manusia, objektif penting dalam kehidupan dan perkara yang dilalui dalam setiap perkembangan adalah selari dengan kenyataan yang diberi oleh klien (peralihan daripada pra dewasa kepada alam dewasa)  iaitu habis sekolah menengah, pergi bekerja sambilan tetapi tidak keluar dari rumah keluarga mungkin disebabkan bekerja di kampung bukan dibandar yang berjauhan dengan rumah keluarga.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam soal jawab dan soal selidik dengan klien berdasarkan teori-teori dan penjelasan teori di peringkat dewasa awal dan akhir adalah kebanyakkannya selari dengan apa yang dikatakan atau yang dijelaskan oleh teori kognitif, teori kawalan, teori William Perry, teori Erikson’s, teori Levinson dan Kathleen White. Walaupun ada sedikit perbezaan dengan jawapan yang diberi oleh klien tetapi kenyataan-kenyataan teori ini agak tepat dengan penjelasan yang diberi oleh klien dalam peringkat kedewasaannya.

No comments:

Post a Comment