Gemerlapan

Friday 21 December 2012

Soalan-soalan untuk filem Laskar Pelangi




1.                  Namakan watak-watak utama di dalam filem berkenaan dan apakah ciri-ciri identiti mereka.

·         Ikal merupakan murid SD Muhammdiyah  yang  dapat sambung belajar di Universiti Paris
·         Pak Harfan pengetua sekolah SD Muhammadiyah
·         Cikgu Muslimah merupakan seorang guru yang gigih dan tekun dalam meneruskan hayat  SD Muhammadiyah
·         Lintang merupakan pelajar yang sangat pintar, rajin dan tekun belajar
·         Mahar seorang pelajar yang pandai tentang kesenian
·         Harun merupakan seorang murid yang istimewa dan dialah yang menyelamatkan  sekolah SD Muhammdiyah daripada di tutup.
·         Ucai menyandar jawatan  ketua kelas SD Muhammadiyah
·         Cikgu Mahmud merupakan seorang guru di sekolah SD PN Timah

2.                   Catatkan peristiwa-peristiwa penting atau rentetan cerita yang berlaku.
·         Pada tahu 1974, Harun menjadi penyelamat kepada 9 orang murid lain, kerana sekolah itu akan dibuka sekiranya muridnya melebihi sepuluh orang dan Cikgu Muslimah mengelarkan muridnya sebagai Laskar Pelangi
·         ulangan peperiksaan umum sekolah SD Muhammadiyah Belintong akan bergabung dengan sekolah SD PN Timah Lenggang
·         cikgu Bakri meninggalkan sekolah SD Muhammadiyah kerana menerima tawaran mengajar di sekolah lain yang lebih menjamin masa depannya.
·         Ikal  telah jatuh cinta kepada seorang anak tauke Cina, iaitu A Ling.
·         SD Muhammadiyah menang karnival  seni  tari dengan mengalahkan sekolah yang lain.
·         Ikal merasa kesepian dan dukacita kerana A Ling telah pergi ke Jakarta. A ling meninggalkan sekotak hadiah berlabelkan menara Paris. Hal ini menyebabkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk pergi ke Paris.
·         Pak Harfan telah mati dan tinggallah cikgu Muslimah seorang sahaja yang mengajar  dan meneruskan hayat sekolah SD Muhammadiyah
·         Sekolah SD Muhammadiyah menang pertandingan cerdas cermat dengan mengalahkan sekolah-sekolah SD PN Timah dan Negeri. Sehingga mengejutkan semua guru-guru sekolah lain.
·         Lintang terpaksa berhenti sekolah kerana mesti menjaga adiknya yang masih kecil lagi kerana ayahnya telah meninggal dunia.
·         Selepas itu, pada tahun 1999, Ikal mendapat biasiswa untuk melanjutkan pendidikannya  di University Paris, Sorbonne. Sebelum dia bertolak ke Paris, dia balik ke kampung dan berjumpa dengan Lintang , sahabat  baiknya itu.


3.                   Bincangkan watak-watak atau babak-babak dari cerita Mulan yang anda fikirkan berkaitan dengan kemahiran-kemahiran berikut:

(a)          Kemahiran komunikasi.
·         Bijak dalam mempengaruhi minat seseorang. Contonya, Pak Harfan menawarkan untuk mendengar cerita Nabi Nuh,  ketika itu murid-muridnya tidak mahu masuk kelas. Apabila satu laungan tawaran itu didengari  oleh muridnya, semua  terus berlari masuk ke kelas.
·         Keras dan tegas. Contonya, Lintang merupakan seorang yang mendengar arahan ayahnya, iaitu ayahnya mahu dia pergi ke sekolah untuk belajar. Walaupun pada mulanya, Lintang tidak mahu pergi ke sekolah kerana mahu menolong ayahnya  tetapi dia akur dengar arahan ayahnya itu.
·         Pandai bermain dengan intonasi penceritaan. Contohnya, Pak Harfan pandai bermain dengan emosi  ketika dia bercerita tentang kisah perang Badar kepada murid-muridnya itu. Sehingga muridnya, terpegun ketika mendengar cerita tersebut.

(b)         Kemahiran berfikir.
Ø  Cikgu Muslimah berfikir dengan pantas, disaat keputusan yang diberikan oleh Pak Harfan untuk menutupkan sekolah SD Muhammadiyah kerana tidak cukup 10 orang murid  dengan memberi keputusan muktamad untuk mencari seorang murid lagi.
Ø  Ikal sengaja membuat-buatkan seperti  kotak  kapur itu terjatuh bagi melihat wajah A Ling yang terlindung di sebalik tabir kedai.
Ø  Lintang dapat berfikir dengan cepat dan tangkas dalam memberi jawapan matematik tanpa menggunakan apa-apa alat pengiraan.
Ø  Mahar  bijak mencari idea untuk membuat persembahan tarian di Karnival  sekolah-sekolah SD PN, sehingga sekolahnya mendapat johan dalam persembahan tersebut.

(c)          Kemahiran kepimpinan.
v  Pak Harfan tanpa menyusahkan orang lain telah merelakan dirinya sendiri, bagi membersihkan kelas SD Muhammadiyah yang kotor itu, akibat beberapa ekor kambing memasuki kelas tersebut. Walaupun cikgu Muslimah menawarkan bantuannya tetapi  dia menolak tawaran itu.
v  Cikgu Muslimah sanggup mengajar semua subjek demi murid-muridnya,  apabila cikgu Bakri berpindah sekolah dan selepas itu, menjadi pengetua sekolah apabila Pak Harfan meninggal dunia.
v  Lintang dengan rela hati berhenti daripada menjadi murid di sekolah SD Muhammadiyah, setelah ayahnya meninggal dunia bagi  menjadi ketua keluarga untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil.

(d)         Kemahiran kerja berpasukan.
ü  Murid-murid lelaki  sekolah SD Muhammadiyah berkerjasama dalam membuat latihan seni tari untuk persembahan di karnival SD PN tanpa ada yang menarik diri.
ü  Lintang sanggup menunggu buaya yang sedang berehat di tepi jalan, begitu lama. Untuk melintas jalan tersebut  kerana dia merupakan salah seorang dari tiga orang murid yang menyertai pertandingan Cerdas Cermat demi  pasukan sekolahnya itu.
ü  Mahar, Lintang dan kawannya yang lain bersepakat untuk berjumpa bomoh bagi menyelesaikan masalah Ikal yang kesepian dan kecewa apabila wanita yang dicintainya telah berpindah.

(e)         Pembelajaran sepanjang hayat.
§  Kehidupan ini penuh dengan liku-liku kehidupan yang tidak pernah kita merasainya. Apabila kita menghadapi liku-liku tersebut, sudah pasti diri kita akan merasa sedih, pilu dan dukacita tetapi liku-liku itulah yang menyebabkan seseorang itu terus  bangkit dan bangkit.  Walaupun cita-citanya tidak tercapai, pewarisnya mungkin akan menjadi pengganti kepada cita-citanya. Contohnya , Lintang sanggup berhenti sekolah kerana terpaksa menjaga dua orang adiknya selepas ayahnya meninggal dunia. Lintang merupakan seorang pelajar yang bijak, pintas dan berdikari tetapi demi adik-adiknya dia sanggup berkorban. Semangat, kebijaksaan, dan kepintarannya itu,  telah diwarisi oleh anaknya pula.


4.               Bincangkan pengajaran penting yang anda dapati daripada cerita Mulan?

o   Kita janganlah berpandangan sempit. Contohnya, penduduk Belintong mengejek penduduknya yang menghantar anaknya ke sekolah kerana beranggapan tamat belajar tetap menjadi buruh.
o   Kita perlulah bijak dalam membuat keputusan. Contohnya, cikgu Muslimah membuat keputusan muktamad  iaitu mahu mencari seorang lagi murid bagi mengelakkan daripada sekolah SD Muhammadiyah ditutup disebabkan  tidak  10 orang.
o   Kita mestila pandai bermain dengan psikologi seseorang. Contohnya, dengan satu laungan tawaran untuk mendengar cerita Nabi Nuh oleh Pak Harfan, semua pelajar bergegas masuk kelas tetapi laungan masuk kelas oleh cikgu Muslimah tidak diendahkan.
o   Kita mestilah ada sifat pengorbanan dalam kehidupan. Contonya, Lintang sanggup berkorban demi menjaga dan menyara adik-adiknya setelah ayahnya meninggal  dunia dengan berhenti daripada belajar.

No comments:

Post a Comment