Gemerlapan

Tuesday 24 December 2013

Sebelumku Pergi

Apakah tujuan kita hidup??? pernahkah kita menyoal persoalan ini.. mengapa kita dihidupkan didunia..
Aku melihat dunia ini tidak akan terlepas diantara dua yang berlawanan iaitu hidup dan mati, sihat dan sakit, miskin dan kaya, bijak dan bodoh, baik dan buruk, dosa dan pahala..dan seterusnya.. semua perkara ini sentiasa ada dalam kehidupan manusia..persoalannya apakah tujuan kamu hidup?? jika kamu telah mengetahui  tujuan kehidupanmu...adakah kamu telah berada dijalan yang betul???

Aku melihat dalam jiwaku...tujuan hidupku masih lagi pudar. Tidak ada halatuju yang di redhai olehNya. Aku tidak tahu mengapa aku perlu hidup disini begitu lama..walaupun kamu mengganggap ianya sekejap sahaja..tapi aku merasa..aku hidup disini telah begitu lama..dan aku seperti tidak pernah mencari...apa yang Tuhanku inginkan...buat apa aku hidup disini..terlalu lama??? lebih baik aku pergi sahaja..

Apapun sebelum pemergianku...aku mengharap dan meminta kepada Tuhanku yang memiliki belas kasihan... ambillah aku..dalam keadaan seperti mana perjanjian rohku...dihadapan mu...Tamatkanlah kehidupanku ini dengan kalimah la Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah dan matikan aku seperti diriku mula-mula dilahirkan ke dunia..aku tidak mahu jasad dan rohku dibebani oleh dosa dan hutang...dan aku memohon juga kepadamu redhailah dari hambaMu ini..yang selalu memungkiri janji...kerana aku adalah seorang yang lemah dan tidak bermaya untuk bertahan..setiap ujian yang melanda...Maafkan daku wahai yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih..aku mengharapkan pengampun dariMu disetiap dosa yang telahku lakukan.

Friday 20 December 2013

Aku Hilang Arah Dalam Menaruh Harapan

Alangkah baiknya, jika aku tidak wujud disini. Kehidupan disini, aku lihat..aku menantap..aku merasa... aku melaluinya...dan aku melakukannya...aku tidak boleh lari diantara dua perkara... tapi dua perkara ini, aku.. selalu membuat pilihan yang bodoh...walaupun aku tahu jalan itu adalah jalan yang salah tapi mengapa aku tidak boleh mengawal diri ini. Diri aku seperti dikawal oleh persepsi dari hasutan-hasutan yang membisik.

Alangkah baiknya jika aku dulu...tidak memilih aliran dunia. Dulu aku ingat..dengan aku memilih aliran dunia ini aku akan tenang dan bahagian tapi tanggapan aku jauh kecundang. Seandainya, aku mempunyai kekuatan ketika..aku mula melangkah ke alam pemilihan aliran dunia atau akhirat...mungkin aku tidak akan jadi sebegini rupa...

aku telah menjadi seperti perahu yang tidak ada pendayungnya...bila dipukul ombak ke kiri.. aku pergi ke kiri.. bila aku dipukul ke kanan.. aku pergi ke kanan...

Ya Allah!!! sampai bilakah aku harus begini. Hatiku..telah menjadi buta yang berlapis, akalku telah menjadi pendusta bagiku.. naluriku telah menipuku...ingatanku telah memadamkan memori taqwaku... aku seperti manusia yang hidup di sini tanpa halatuju..kadangkala aku merasa perit, kesunyian, hiba dan tersempit...diantara penderitaan diatas ketenangan atau gembira diatas kedukaan yang tiba dan akan tiba.

Tapi...walaupun aku masih lagi ada waktu yang singkat untuk aku berubah... aku masih lagi tidak boleh mempercayai kata-kataku...kata-kataku adalah dusta. Dengan dusta itu..aku sebagai manusia terus berdiri dalam kesempitan fitrah asal usulku...

Aku mengharap selepas aku tamatkan aliran dunia ini pada satu tahun setengah lagi... hantarkanlah jasad dan rohku ini...untuk merantau mencari fitrah dan jiwaku yang telah hilang. Demi keabadian yang akan muncul... dan adakah aku akan menderita kerana itu???

Sunday 24 November 2013

Tangisan Pilu Diatas Segala Dosa-Dosa Semalam

 Wahai diri yang hina ini... mengapa kamu tidak merintis dan menangis sepuas-puasnya di dunia ini!! Ketahuilah kematian lebih dekat daripada harapan dan angan-angan. Tapi.... mengapa kita selalu melupakan tujuan kehidupan di dunia ini...kenapa! kenapa! kenapa!!! kamu juga tidak pernah menangis memikirkan bagaimana keadaan mu nanti..apabila menghadap Tuhan Sekalian Alam.. Menangis sepuas-puasnya akan kesilapan yang kamu lakukan disini...sayangilah Allah dan Rasulullah melebihi nyawamu sendiri....

Tuesday 19 November 2013

Mengapa Manusia Memerlukan Cinta?

Cinta merupakan sesuatu penghapus segala kedukaan dan kepedihan. Apabila seseorang itu bercinta, mereka akan melupai atau tidak akan merasai akan kesusahan, kesakitan, cacian dan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepadanya. Bahkan mereka yang bercinta merasa manis dan tenang apabila membuat sesuatu perkara yang disukai oleh Sang Pencintanya. Mengapa mereka merasa manis dan tenang kalau tidak kerana cinta sejati.

Seseorang itu, akan bertindak seperti manusia hilang kewarasannya apabila mereka terputus cinta. Sehingga dunia ini, dianggap menjadi kosong dan tiada guna lagi dia hidup di dunia ini. Tapi mengapa manusia tidak merasa apa-apa bila diri mereka terputus cinta dengan Allah Pemilik Sekian Alam. Sedangkan cinta itu, diciptakan oleh Allah SWT dan mereka ini akan dikembalikan kepada TuhanNya.

"Sekadar untuk renungan dan muhasabah diri"



Nukilan: Ramadhan Terakhir

Friday 8 November 2013

Erti Sejarah

Setiap Yang Datang Akan Pergi Jua..                                                                       Dan Ketahuilah Ia Tidak Akan kembali Lagi...                                             Tinggallah Kenangan Yang Lampau...                                                                Apabila Ia Diulang dan Diulang Kenangan Itu...                                    Terpanggillah Sejarah Silam Mengingati Memorial Yang Berlalu...


Nukilan

"Ramadhan Terakhir"

Hasbi Robbi - Instrumental Yang Meresap Kalbu



Tuesday 30 April 2013

Ulama Turut Serta Dalam Medan Jihad

Ulama terkemuka sunni Lubnan Sheikh Ahmad Al-Aseer bersama-sama dengan para mujahidin mereka mengawasi kubu medan peperangan untuk memburu syabiha dan hizbullata di Qusair. Homs. Ulama sendiri turun medan jihad hendak membantu mujahidin Syria. Allahuakbar!
Ulama terkemuka sunni Lubnan Sheikh Ahmad Al-Aseer bersama-sama dengan para mujahidin mereka mengawasi kubu medan peperangan untuk memburu syabiha dan hizbullata di Qusair. Homs. Ulama sendiri turun medan jihad hendak membantu mujahidin Syria. Allahuakbar!

Monday 29 April 2013

Teori Rahman: Suratan atau Kebetulan?

Teori Rahman: Suratan atau Kebetulan?

http://konspiressokaigan.blogspot.com/2013/04/teori-rahman-suratan-atau-kebetulan.html

Tahukah anda mengenai Teori Rahman.? Teori Rahman adalah satu teori mengenai siapa yg akan menjadi perdana menteri Malaysia. Ianya merupakan satu mitos atau legenda politik moden tanah air mengenai akronim RAHMAN di mana setiap huruf mewakili nama-nama bekas perdana menteri dan siapa yang akan menjadi perdana menteri selepas Tun Mahathir berdasarkan 2 huruf terakhir pada perkataan Rahman. Mula popular sekitar akhir 80-an (macam-macam pendapat ada dan susah untuk dikesan mana datangnya) dan sekarang boleh dikatakan yang ianya sudah lengkap.

Dimulai oleh Rahman(R), Abdul Razak (A), Hussein (H), Mahathir (M), Abdullah (A) dan Najib (N). Serba sedikit sejarah mengenai Teori RAHMAN boleh dirujuk di sini :-

http://www.malaysiakini.com/news/91193
http://www.utusankini.com/2013/01/teori-rahman-akan-berakhir-dalam-pru13.html
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=507906
http://adibabdullah.net/r-a-h-m-a-n-the-untold-story.html

Jika kita perhalusi teori ini, antara perkara menarik, aneh dan ajaib yg dapat dicungkil mengenai Teori Rahman ini ialah:-

1. formula matematik seperti berikut, penyelesaian matematik R.A.H.M.A.N:-

R = huruf ke 18
A = huruf pertama
H = huruf ke 8
M = huruf ke 13
A = huruf ke 1
N = huruf ke 14

Jadi 18+1+8+13+1+14=55. Jumlah 55 = tahun UMNO berkuasa di Malaysia (lebih kurang Ogos 57-Mac 13 atau 55 tahun merdeka)

2. Pilihanraya Malaysia ke 13 bakal diadakan pada tarikh 5.5.2013.

3.Surah/Tajuk Ar-Rahman dalam Al-Quran ialah Surah yang ke 55.


Apakah sebenarnya maksud di sebalik semua suratan kebetulan ini? tamatnya riwayat pentadbiran UMNO? Permulaan zaman baharu? Berakhirnya demokrasi di Malaysia? Namun jika ditanya pada penulis, penulis mempunyai andaian yang tersendiri. Kemungkinan besar ialah berakhirnya zaman demokrasi di Malaysia dan bermulanya kebangkitan Islam dan Empayar Nusantara Bani Tamim di Akhir Zaman. Wallahua’lam. Hanya Allah lebih mengetahui.


 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=425188214244316&set=a.423837911046013.1073741836.147121475384326&type=1&theater

Saturday 20 April 2013

Cara Nak Melakukan Sujud Syukur



Tips Sujud Syukur
Sujud Syukur ialah sujud dua kali yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka/bala bencana.
Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’.

Tips Sujud Syukur

Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.

Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:

  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Sujud (sekali sahaja)
  • Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Nota tambahan:

  • 1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
  • 2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
  • 3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
  • Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).
    Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
    Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
    Sumber: Dr Wahbah Zuhaily



     ~http://harianislam.com/2013/02/11/tips-sujud-syukur/

    Friday 19 April 2013

    Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan



    Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

    Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

    Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

    Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

    Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

    Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

    Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

    Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

    Salam hormat,

    NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
    Al-Mursyidul Am,
    Parti Islam Semalaysia (PAS)

    Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M
    ~FB : http://www.facebook.com/nikaziz/posts/10151368611032592

    Thursday 18 April 2013

    Puak T for "Talam" Dua Muka...



    Berpura2 sokong Islam, untuk dapat undi. Belum dapat Undi dah buat dandut, jika dah menang habis satu Kelantan mereka buat ni.

    Masih nak undi UMNO?
    Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama - Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka. (Hadith Riwayat Ibnu Majah).

Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik - Daripada Anas r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. (Hadith Riwayat Ibnu 'Adi).


    Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama - Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka. (Hadith Riwayat Ibnu Majah).





    Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik - Daripada Anas r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. (Hadith Riwayat Ibnu 'Adi).


    FB: gambar Vel Oliver.

    Wednesday 17 April 2013

    Dulu lain, sekarang.. PAS @ BN??



    Dulu PAS nak buat negara Islam.
    BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnye majmuk.
    sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan.

    BN kata PAS dah lupa Negara Islam

    Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam
    BN kata PAS ekstrimis,anti sosial dan tak releven
    sekarang PAS berkawan dengan DAP,PKR dan ada DHPP
    BN kata PAS dah berubah demi kuasa dan dah sesat..

    Dulu PAS hanya didokong oleh tok guru,ulama dan orang kampung
    BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung
    Sekarang PAS didokong oleh ulama, profesional dan teknokrat Islamis
    BN kata dah tinggalkan kempimpinan ulama

    Dulu pakatan buat janji nak turunkan harga kereta
    BN kata negara dan industri kereta akan bankrap
    sekarang BN pula tiru manisfeto nak turunkan harga kereta
    Semua pencacai kata itu yang terbaik dari BN..

    Dulu DAP bantah hudud
    BN kata kita perangai DAP yang anti Islam
    Sekarang Chua Sui Lek bantah hudud
    BN kata itu hanya kata2 individu

    Dulu BN jadi kerajaan Pahang, Johor dan Melaka sampai sekarang masalah air masih tak selesai..sekarang bila berkempen sebut bagi BN menang di Selangor dan Kelantan...Kerajaan akan selesaikan masalah air di kedia-dua negri..


    ~FB:  Wan Mohd Isa

    Friday 5 April 2013

    Luar Biasa! Fenomena Tanah 7 Warna Di Mauritius (7 Foto)


    Luar Biasa! Fenomena Tanah 7 Warna Di Mauritius (7 Foto) | Menghayati panorama dari atas bukit satu aktiviti yang menyeronokkan. Satu pemandangan yang sangat indah seperti berada di kawasan tinggi di Bukit Broga. Namun di Mauritius, Kami difahamkan terdapat sebuah bukit yang telah mengalami fenomena warna tanah. Fenomena tanah 7 warna ini telah menyebabkan kawasan ini dipenuhi dengan orang ramai. Jom lihat gambar di bawah ini.


    Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi. Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.


    Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa. Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini.


    Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke  Chamarel. Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan.


    Melihat kepada foto-foto dibawah ini, ia nampak hanya seperti sebuah lukisan. Tetapi percayalah kerana ia benar-benar berlaku. Subahanallah…





     








    Sumber Kisahbest.my

     http://www.myberita.com/luar-biasa-fenomena-tanah-7-warna-di-mauritius-7-foto/

    Misteri Gunung Ledang Dan Kota Gelanggi Yang Belum Terungkai


    Pernahkah anda melihat peta-peta lama semenanjung Tanah Melayu? Kita juga tahu bahawa Tanah Melayu suatu ketika dahulu tercatat di dalam peta-peta pelayaran di barat malahan Gunung Ledang juga telah dikenali sekian lama dahulu.




    Di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Negara Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas. manakala pedagang China pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.


    Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.


    Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya. Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas. Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.


    Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.


    Cuba teliti dua peta lama versi barat ini pula.


    Peta pertama dicetak pada 1572 oleh Ignazio Danti, manakala yang kedua pada 1606 oleh Jodocus Hondius. Hondius menamakan sungai itu sebagai R Fermoso. Mengikut peta Danti, kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang.


    Sekiranya kita mencari lokasi kota Melaka menurut lakaran Ignazio Danti, kemungkinannya Melaka terletak di sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang.


    Adat Melayu, rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana.
    Jadi persoalannya apakah kemungkinannya pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka bukan terletak di lokasi sekarang sepertimana yang kita sedia maklum? Apakah kita sekali lagi tertipu dengan sejarah yang diciptakan orang-orang Barat yang jelas memusuhi Islam.


    Apakah kemungkinannya sebuah kota lama sengaja ditenggelamkan bagi memberi laluan pembinaan empangan Lingui yang dibina pada tahun 1990 serta diuruskan oleh Public Utility Board yang menguruskan sumber bekalan air untuk Singapura? apakah kemungkinannya Kota Gelanggi itu sebenarnya adalah pusat empayar kerajaan Melayu suatu ketika dahulu.


    Walaupun satu kajian telah dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2005 yang menafikan sebarang kewujudan kota di dasar empangan berkenaan, namun dakwaan beberapa pengkaji yang pernah melihat foto para pegawai British bergambar berlatar belakang sebuah kota yang gah terletak di dalam hutan tebal masih merupakan satu misteri buat kita.

    Thursday 4 April 2013

    BAHAYA MAKAN IKAN SARDIN DALAM TIN!



    WASPADA KETIKA MAKAN SARDIN DALAM TIN |


    Umum mengetahui makanan dalam tin kurang berkhasiat dan mungkin membawa keburukan kepada kesihatan andai terus dijadikan rutin hidangan dalam kehidupan anda. Andai anda merupakan penggemar dan peminat tegar Ikan Sardin dalam tin, anda wajib membaca artikel ini untuk menambah pengetahuan anda mengenai makanan kegemaran anda itu.Artikel ini adalah sekadar perkongsian. Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Ia merupakan cerita pengalaman. Percaya atau tidak, ia terpulang kepada akal dan fikiran serta taraf pemikiran anda.

    Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

    Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempoh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

    Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

    Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwich sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

    Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, Insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

    Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

    Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

    Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

    Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

    Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

    Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cubalah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekalian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.... Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
     
     
     
     http://www.facebook.com/photo.php?fbid=255881494549305&set=a.104730116331111.5793.104198649717591&type=1\

     

    Laksamana Pertama (B) Bakal Calon PR N52 DUN Pangkor

    Bakal Calon PR N52 DUN Pangkor.



    Salam Sejahtera!!

    Kenalkah siapa dalam gambar ini? Buat warga Manjung memang tidak asing lagi.., Inilah Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Hj Abd Hamid.

    Beliau masih baru lagi bersara dari TLDM iaitu 1 Apr 2010 yang lalu, malam Jumaat lalu aku bertemu dengannya, sempat dalam waktu yang terhad aku bertanya kepadanya, benarkah ada ura-ura yang mengatakan beliau sedia bertanding untuk kerusi N52 DUN Pangkor.

    Beliau mengaku benar, ini adalah kehendak akar umbi ahli dan penduduk sekitar terutama sekali warga TLDM, dan beliau sedia memikul amanah tersebut jika pimpinan PR rakyat memberi laluan dan kepercayaan kepada beliau.

    Yang kelakarnya menurut cerita dari beliau, belum apa-apa lagi si Zambri MB Mahkamah dah mula kelam kabut, ia dah telefon Panglima Tentera Laut, Panglima Angkatan Tentera serta juga Menteri Pertahanan memaklumkan perkara tersebut.

    Hebat juga Zambri ni ya, dapat menghidu musuh-musuhnya, jadi bila Zambri dah dapat mengesaninya, maka biarlah aku istihar perang buat Zambri. Bersedialah kamu Zambri, kalau kerajaan BN dah hilang deposit dengan penduduk Sarawak, maka kamu Zambri bin Abd Kader akan kehilangan deposit undi pos TLDM.

    Ingatlah perbuatan kamu dengan menggunakan mahkamah dan hakim-hakim kamu merampas watan MB dan negeri Perak dengan cara paling keji dalam dunia, kamu membuatnya bukan sebagai anak jantan,

    Maka bersedialah kamu, kamu akan menghadapi musuh kamu umpama buku dengan ruas kali ini, moga-moga PRU13 nanti kalau diberi keizinan oleh Allah, maka umur politik kamu akan dapat dikafankan. Warga TLDM masih menunggu Beras, Gula dan Minyak Masak dari Kamu, tetapi undi belum tentu......

    Aku sebenarnya sewaktu dalam perkhidmatan dahulu tidak berapa mengenali Laksama Imran ni, sebab beliau dalam bidang teknikal, aku pula dalam bidang bekalan, lagi satu aku hanyalah prebet manakala beliau pegawai, cuma bila aku hampir-hampir nak pencen barulah aku dapat mengenali.

    Sebelum aku menulis ni pun, aku dah tanya dengan beberapa orang pegawai teknikal yang tinggal setaman dengan aku mengenai tingkah laku Laksamana Imran dengan pegawai bawahan dan anggota-anggotanya, mereka menjawab tak masaalah, laksamana dengan anggota bawahannya memang cukup akrab, semenjak beliau dari jawatan Leftenan lagi.

    Jadi dengan itu bagi aku tak ada masaalah jika Laksamana diberi kepercayaan oleh pimpinan PAS dan Pakatan rakyat untuk bertanding menentang Zambri. Biarlah Zambri balik ke kelompok mamaknya, Cukuplah Zambri diberi masa 3 tahun lebih memegang jawatan MB dan 2 penggal ADUN Pangkor. Cukup...

    Ini sebagai muqadimah awal siri peperangan awal dengan Zamri untuk merebut DUN Pangkor....

    Di bawah ini aku sediakan koleksi gambar-gambar Laksamana Imran yang aku dapat dari Setiausahanya Haji Amin. Mana tahu ada pembaca yang kenal dengan lain-lain wajah dalam gambar tersebut.



    Ini adalah sewaktu beliau dalam Apprentice tahun 1970-73 - Pangkatnya Sarjan..., Teringat cerita Sarjan Hassan....


    Sempena di Majlis Perasmian Muzium Selangor, Gambar yang sebelah lagi tu bermisai juga tu, aku memang kenal baik, Lt Kdr Rahim, waktu aku kenalnya beliau bertugas di Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Attache Manila.

    Sewaktu menerima Pingat Kesatria Angkatan tentera.




    MENERIMA ANUGERAH ACM 2003






    Mengiringi Sultan Pahang...

    Bersama Projct Team di German.















    Ha ha.. yang memang betui-betui baguih punya, mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai anggotanya di KD Pelandok. Yang bestnya beliau pun dapat naik bersanding lagi sekali....





    Sewaktu mengadili perlawanan bolasepak di Dun Pasir Panjang,


    Yang ini lagi kelakar, cuba hangpa perati tengok, monyok aja beliau, tunduk mukanya, kenapa tak ceria... sebabnya kena hadir tanpa rela hati lah tu agaknya,....


    Yang ini ,,, huhh, dia punya senyum, dapat bergambar sebelah Nizar...


    Aktif dengan kumpulan Marhaban..., ia tak peduli, UMNO jemput pun dia pergi...


    Inilah dugaan yang paling besar beliau hadapi dalam hidupnya... sehinggakan ada
    kisahnya DI SINI

    Sebagai bapa yang betui-betui menyayangi Puteri-puterinya hingga ke akhir hayat.


    Mendapat ucapan takziah dan munkin ini juga sebagai pendorong sehingga
    mendapat sijil ahli dibawah





    http://manjongmari.blogspot.com/2010/05/blog-post.html

    TENTERA : JANGAN TAKUT UNDI PAS



    1. Kebangkitan rakyat yang berlaku di sesebuah negara sebenarnya tidak meminggirkan peranan anggota tentera . Sebahagiannya anggota tenteralah yang memimpin kebangkitan tersebut .

    2. Saya sebenarnya tidak bimbang sokongan anggota tentera kepada Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya tetapi malangnya kita dihambat oleh sistem undi pos yang terdedah kepada manipulasi pihak UMNO dan BN .

    3. Begitu juga tekanan atau ugutan dari pegawai atasan kepada anggota tentera yang memaksa mereka mengundi UMNO dan BN seperti penggunaan borang 2 yang memuatkan data dan latar belakang pengundi tersebut . Sedang undi dalam sistem pilihanraya negara kita adalah rahsia . Apabila undi tersebut terdedah kepada pengetahuan pihak lain , ia mengganggu ketulusan dan ketelusan demokrasi .

    4. Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan bahawa anggota tentera sewajarnya berada di hadapan bersama kebangkitan rakyat menuntut perubahan khasnya menentang rasuah . Inilah antara yang berlaku di negara - negara lain seperti Thailand yang akhirnya berjaya menuntut perubahan total dan meruntuhkan kerajaan rasuah .

    5. Tiada apa sebenarnya yang perlu dibimbangi jauh sekali ditakuti oleh anggota tentera sesuai dengan semangat wira mereka sebagai anggota tentera yang sasa dan berani . Apatah lagi hanya sekadar untuk mengundi dan memberi sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke13 nanti meskipun undi itu diketahui .

    6. Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana - mana anggota tentera yang diambil tindakan semata - mata kerana ia mengundi PAS dalam pilihanraya ke13 kelak .

    7. Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti .

    8. Ingat pesan al Mursyidul Am PAS , jangan sesiapa takut untuk mengundi PAS . Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi . Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara . Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman .

    9. Namun begitu , bagi memastikan perjalanan undian pos berjalan dengan baik dan selamat , Dewan Pemuda PAS akan senantiasa mengekori perkembangannya dalam jarak sejengkal dibelakang dan mendahului kawalan dan pengawasan sejengkal di hadapan agar tiada sebarang penyelewengan .

    10. Kami tidak akan teragak - agak untuk mengambil tindakan undang - undang ke atas mana - mana individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos sekalipun melibatkan pegawai - pegawai tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera . Harapan kita , tiada sebarang penyelewengan - Insyaallah .

    NASRUDDIN HASSAN TANTAWI

    Ketua

    Dewan Pemuda PAS Pusat.

    Rawat Sakit Kepala Cara Islam

    Semoga di permudahkan
    Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 

5. Baca Surah An-Nas (1kali) 

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Jom SHARE ^_^
    Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

    1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

    2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

    3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

    4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

    5. Baca Surah An-Nas (1kali)

    6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

    7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

    NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

    Jom SHARE ^_^

    Dewan Undangan Negeri Kelantan Dibubar 4/4/2013

    Kenyataan Media Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
    Selaras dengan pembubaran parlimen yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 22 Jamadil Awwal 1434H bersamaan 3 April 2013M, saya telah memohon ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan untuk turut melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan mengikut Perkara 46 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama). Ini membolehkan penetapan tarikh hari penamaan calon dan pilihanraya bagi Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri dapat diadakan serentak.

    Justeru, dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan ini diisytihar dibubarkan pada hari ini 23 Jamadil Awwal 1434H bersamaan 4 April 2013M. Dokumen pengisytiharan pembubaran ini akan dihantar kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya dengan kadar yang segera.

    Sekian, terima kasih.

    Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

    Bertarikh : 23 Jamadil Awwal 1434H bersamaan 4 April 2013M

    Tuesday 2 April 2013

    Muhasabah Tentang Undang-undang Hudud

    Saya setuju dengan idea tersebut. walaupun ada yang tidak beberapa setuju :) Saya mencadangkan setiap pesalah ragut mesti dikenakan undang-undang hudud. Bagi yang ada saksi mengikut prosedur saksi dalam Islam. Kalau ada keraguan dalam saksi tersebut walaupun keraguan itu kecil maka hukum hudud tidak boleh dikenakan. Undang-undang Islam adalah untuk menakut-nakutkan manusia untuk tidak melakukan perbuatan yang dilarang di sisi agama bukan undang-undang yang zalim.
     
     
    Undang-undang Hudud ini, Jika cukup saksi dan buktinya baru boleh dilaksanakan. Ini bukan bermaksud penjenayah akan dilepaskan begitu sahaja. Undang Islam bukan undang-undang yang bodoh kerana undang ini adalah dicipta oleh Raja Segala Raja. Setiap penjenayah yang tidak melepasi saksi dan bukti yang diperlukan undang-undang taksir (hukuman dari pemerintah iaitu undang-undang yang diguna pakai oleh sesebuah kerajaan) tersebut mesti dikenakan.
     
     
    Tapi, ada manusia yang diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Pencipta tidak boleh menerima undang Allah ini. Adakah mereka menganggap diri mereka ini Tuhan atau manusia ini tidak mengenal budi?
    atau juga mereka menganggap diri mereka LEBIH HEBAT dari Allah SWT.
     
     
    Lihatlah dipersekitaran kita, adakah undang-undang manusia dapat membasmi jenayah yang berlaku di dalam negera ini. Ingatlah undang-undang Islam tidak mengenal jawatan yang disandang oleh mereka. Jika Raja, Perdana Menteri, Menteri Besar dan rakyat biasa melakukan jenayah. Undang-undang Islam tetap akan dikenakan kepada mereka tersebut. Indahnya Undang-Undang Ciptaan Allah ini. Tidakkah kita berfikir sejenak?

    Tersalah Membaca Isi Hati Orang

    Mereka sangka mereka dapat membaca apa yang hendak dikatakan oleh pihak lawannya..kerana apa? kerana pihak lawannya itu puak politik lain.

    Aku hanya menanya soalan untuk pengetahuan melalui proses pembelajaran tetapi mereka membalas dengan respon negatif. dengan menyatakan pembangkang menanam benih-benih kebencian kepada UMNO/BN.

    Membenci polis, menyatakan itu dan ini. sedangkan maksud aku bertanya kepada golongan intelektual bersandarkan ilmiah  bukannya bersandarkan puak politik

    Mengapa manusia berbicara seperti seorang yang bijak pandai dalam ilmu kepolitikkan sedang ianya adalah fanatik kepada sesebuah parti politik.

    Apabila seseorang itu, telah fanatik kepada sesebuah parti dia akan memandang negatif terhadap apa yang dibuat oleh parti politik lain.

    Dia/mereka boleh berkata yang mana yang benar kita ikut, yang mana yang salah kita tolak. Dalam menghujah perkara ini, aku melihat seseorang itu seperti tahu yang mana salah dan betul tapi yang hairannya mengapa dia tetap menyokong kebatilan?

    Dan dia berkata juga, aku adalah pekerja kerajaan...sudah tentunya aku wajib menyokong kerajaan hatta kerajaan tersebut bukan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Biarlah iman dan taqwa tergadai demi benih-benih dosa yang mesti diwarisi.

    Dengan teriakan tersirat..dia berkata aku pencinta maksiat!, akulah pengikut kezaliman!, akulah manusia yang tidak akan mati!, aku manusia yang tidak takut dengan ancaman Allah yang Maha Dahsyat! kerna aku adalah pewaris dosa pelantikan pemimpinku.

    Hayatilah Firman Allah ini (Surah Saba)

    Terjemahannya

    Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya. Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman. (31)


    Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayat petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa. (32)

    Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. (33)

    Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: Seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya. (34)

    Ingatlah surah Saba ini, kerna mungkin kau akan menjadi salah seorang dari mereka. Mungkin ada pula orang berkata..ayat dalam surah ini adalah ditujukan oleh orang-orang kafir bukannya orang Islam yang menyokong pemerintah yang zalim, menolak undang Allah, pencinta maksiat dan sebagainya.

    Untuk kau memahami lebih banyak lagi dengan mentafsir ayat-ayat Allah ini. Kau janganlah tanya ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang didalam Malaysia. Kerna apa? kerana kebanyakkan ulama-ulama dan ustaz-ustaz ini adalah pembangkang. Kenapa dengan pembangkang? kerana kau adalah pembenci ulama pembangkang dan kau menyayangi ulama dan ustaz yang menggadaikan ayat-ayat Allah ini dengan harga dunia. Oleh itu, kau tanyalah ulama Sunni yang ada dinegara Mesir atau lain2 negara.

    Dan sila nyatakan apa yang di beritahu ulama tersebut berserta nama ulama itu dan biodata ringkas beliau

    Monday 1 April 2013

    Ulama Tidak Boleh Memerintah???

    Mengapa orang kata ulama tidak boleh merintah? kalau ulama tidak boleh memerintah ini bermaksud Nabi Muhammad SAW..tidak boleh memerintah Madinah kerana Baginda membawa dan berdakwah atas nama agama Islam, bergitu juga dengan sahabat2 Nabi SAW, kerana sahabat nabi juga seorang ulama dan pemerintah..

    Seandainya...Nabi Muhammad SAW dan Sahabat2 Baginda merintah Malaysia, apakah kata2 yang akan dilaungkan oleh orang Melayu. Adakah akan menolak baginda dan sahabat2 baginda untuk memerintah Malaysia.

    Atau orang melayu akan berkata, Nabi Muhammad dan Sahabat Nabi ini lain. Klau lainlah, lain yang macam mana? Nabi tetap Nabi, sahabat2 Nabi tetap sahabat Nabi. Tapi kamu kenal ingat Nabi SAW dan sahabat2 Nabi ini...membawa perkara yang sama dengan apa yang dibawa oleh Ulama.

    Jika kamu cakap Ulama tidak boleh memerintah...Dr perubatan, pakar Ekonomi, pakar Rasuah, pakar munafik siang dan malam boleh pula memerintah Malaysia.

    Ideologi apa yang kamu pakai sebenarnya ini..akupun tidak faham dengan manusia yang bergelar Melayu...Ingatlah orang Melayu tidak akan masuk Syurga Allah. Yang boleh masuk syurga hanya orang Islam yang beriman, ditambah lagi yang bertaqwa kepada Allah... lagi senang untuk masuk syurga Allah.

    Nukilan Bisikan Angin

    Sunday 31 March 2013

    Orang Kelantan Asabiyyah???

    Benarkah orang Kelantan itu Asabiyyah?

    Apabila ditanya Nabi s.a.w.

    يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْم

    Wahai Rasulullah! Apakah termasuk dalam `asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya?. Jawab baginda: Tidak! Tetapi `asabiyyah itu seseorang menolong kaumnya atas kezaliman.*3

    Kalaulah tolong menolong sesama puak diizinkan dan dipuji oleh Rasululuh s.a.w. demi kebajikan terutamanya ketika waktu susah dan terdesak, tentulah tolong-menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuh dan ditindas lebih dituntut. Bahkan tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Sabda Nabi s.a.w.:

    عَنْ أَبِي مُوسَى عَنِ النَّبِيِّ rقَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

    “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

     http://www.darulkautsar.net/print.php?page=&ArticleID=381


    Adakah rakyat kelantan menyokong kezaliman yang dilakukan oleh masyarakatnya dan apakah kezaliman yang orang kelantan telah dilakukan?

    Atas sandaran apakah masyarakat negeri lain menuduh masyarakat Kelantan Asabiyyah???

    Tolong beri hujah anda berdasarkan fakta dan kebenaran

    Saturday 30 March 2013

    Cipta Perangkap Nyamuk


    KESIHATAN ADALAH SEGALANYA! - JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK ADEAS DAN DENGGI.



Apa yang kita perlukan  ialah:


200 ml air
50 gram gula perang,
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1.  Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2.  Campurkan gula perang dengan air panas. 
Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan  menghasilkan karbon dioksida.

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam,  dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini  dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang,  dan lain-lain .




Dr @[100000052618148:2048:Giena Hadi]

Jangan lupa denggi @ nyamuk ini boleh membunuh seseorang!


    KESIHATAN ADALAH SEGALANYA! - JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK ADEAS DAN DENGGI.



    Apa yang kita perlukan ialah:


    200 ml air
    50 gram gula perang,
    1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
    1 botol plastik 2-liter.

    Bagaimana caranya:

    1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

    2. Campurkan gula perang dengan air panas.
    Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

    3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.

    4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

    5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

    Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

    Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .




    Dr Giena Hadi

    Jangan lupa denggi @ nyamuk ini boleh membunuh seseorang!

    Friday 29 March 2013

    Mimpiku Sebelum dan Dalam Kebangkitan Rakyat Syria

    Pada suatu pagi, aku terkejut dari tidurku....beberapa lelaki berjubah putih mengajak aku pergi ke suatu tempat perang...selepas beberapa hari dari mimpiku ini, bergegarlah bumi Syam dengan kebangkitan rakyatnya menentang Rejim basyar..

    Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan aku bermimpi kembali...aku melihat golongan Jin Islam merancang untuk bersama dengan orang Islam untuk menentang kebatilan.. pada keesokan paginya, aku turut serta dengan kebangkitan tersebut.

    Aku melihat dijalanan...bergitu ramai hamba Allah yang berhimpun, sehingga alunan suara Syahadah dan Takbir bergema diudara dan menusuk kedalam hatiku..menyebabkan hatiku tiba-tiba menjadi sebak, pilu, gementar dan sedih. Aku memaksakan diriku ini untuk meneruskan perjalanan demontrasi ini.. Biarpun perjalanan ini diselangi dengan bunyi-bunyian bom di merata-rata tempat.

    Aku berkata dalam hatiku sendainya aku mati diatas jalan Allah dan kerana Allah sudah tentu dosa-dosa silamku akan terhapus kecuali hutang dengan manusia. Dan akan teruskan perjalanan ini...sehinggalah aku tersedar dari tidurku


    MIMPIKU...............


    Beratus-ratus Tentera Rejim Basyar Meninggalkan Kedudukanny

    TERKINI

    Beratus-ratus tentera rejim Basyar berhampiran sempadan dengan Israel meninggalkan kedudukan mereka pada hari Khamis, tanda terbaru yang Dimasyq semakin hilang kawalan di Bukit Golan, Syria.

    Seramai kira-kira 170 askar yang berkawal berhampiran bandar Kuneitra, beberapa kilometer dari sempadan dengan Israel, telah meninggalkan kedudukan mereka, menurut laporan Al-Arabiya.

    Pertempuran di selatan Syria bertambah hebat sejak beberapa hari lepas, dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditempatkan di antara Israel dan Syria terperangkap dalam pertempuran.

    Pinggir selatan Dimasyq juga menyaksikan pertempuran sengit pada hari Khamis. Aktivis berkata mujahidin FSA menyerang pusat pemeriksaan tentera di dalam dan sekitar bandar utama selatan yang merupakan pintu masuk ke Dimasyq.
     
    ~ http://www.facebook.com/Malaysia.Syria?ref=stream
    TERKINI

Beratus-ratus tentera rejim Basyar berhampiran sempadan dengan Israel meninggalkan kedudukan mereka pada hari Khamis, tanda terbaru yang Dimasyq semakin hilang kawalan di Bukit Golan, Syria. 

Seramai kira-kira 170 askar yang berkawal berhampiran bandar Kuneitra, beberapa kilometer dari sempadan dengan Israel, telah meninggalkan kedudukan mereka, menurut laporan Al-Arabiya. 

Pertempuran di selatan Syria bertambah hebat sejak beberapa hari lepas, dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditempatkan di antara Israel dan Syria terperangkap dalam pertempuran. 

Pinggir selatan Dimasyq juga menyaksikan pertempuran sengit pada hari Khamis. Aktivis berkata mujahidin FSA menyerang pusat pemeriksaan tentera di dalam dan sekitar bandar utama selatan yang merupakan pintu masuk ke Dimasyq.