Gemerlapan

Monday 29 April 2013

Teori Rahman: Suratan atau Kebetulan?

Teori Rahman: Suratan atau Kebetulan?

http://konspiressokaigan.blogspot.com/2013/04/teori-rahman-suratan-atau-kebetulan.html

Tahukah anda mengenai Teori Rahman.? Teori Rahman adalah satu teori mengenai siapa yg akan menjadi perdana menteri Malaysia. Ianya merupakan satu mitos atau legenda politik moden tanah air mengenai akronim RAHMAN di mana setiap huruf mewakili nama-nama bekas perdana menteri dan siapa yang akan menjadi perdana menteri selepas Tun Mahathir berdasarkan 2 huruf terakhir pada perkataan Rahman. Mula popular sekitar akhir 80-an (macam-macam pendapat ada dan susah untuk dikesan mana datangnya) dan sekarang boleh dikatakan yang ianya sudah lengkap.

Dimulai oleh Rahman(R), Abdul Razak (A), Hussein (H), Mahathir (M), Abdullah (A) dan Najib (N). Serba sedikit sejarah mengenai Teori RAHMAN boleh dirujuk di sini :-

http://www.malaysiakini.com/news/91193
http://www.utusankini.com/2013/01/teori-rahman-akan-berakhir-dalam-pru13.html
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=507906
http://adibabdullah.net/r-a-h-m-a-n-the-untold-story.html

Jika kita perhalusi teori ini, antara perkara menarik, aneh dan ajaib yg dapat dicungkil mengenai Teori Rahman ini ialah:-

1. formula matematik seperti berikut, penyelesaian matematik R.A.H.M.A.N:-

R = huruf ke 18
A = huruf pertama
H = huruf ke 8
M = huruf ke 13
A = huruf ke 1
N = huruf ke 14

Jadi 18+1+8+13+1+14=55. Jumlah 55 = tahun UMNO berkuasa di Malaysia (lebih kurang Ogos 57-Mac 13 atau 55 tahun merdeka)

2. Pilihanraya Malaysia ke 13 bakal diadakan pada tarikh 5.5.2013.

3.Surah/Tajuk Ar-Rahman dalam Al-Quran ialah Surah yang ke 55.


Apakah sebenarnya maksud di sebalik semua suratan kebetulan ini? tamatnya riwayat pentadbiran UMNO? Permulaan zaman baharu? Berakhirnya demokrasi di Malaysia? Namun jika ditanya pada penulis, penulis mempunyai andaian yang tersendiri. Kemungkinan besar ialah berakhirnya zaman demokrasi di Malaysia dan bermulanya kebangkitan Islam dan Empayar Nusantara Bani Tamim di Akhir Zaman. Wallahua’lam. Hanya Allah lebih mengetahui.


 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=425188214244316&set=a.423837911046013.1073741836.147121475384326&type=1&theater

No comments:

Post a Comment