Gemerlapan

Saturday 29 March 2014

Erti Tamadun Bagiku


Aku melihat Tamadun Itu Bermula di atas darah, kesedihan, penderitaan, dan pengorbanan. Selepas itu wujudlah sebuah tamadun yang baru dan sebuah tamadun yang telah diadaptasi dengan persekitaran. Wahai jiwa adakah engkau menghargai nilai sesebuah tamadun itu?

Wednesday 5 March 2014

Adakah Kamu Akan Menyerah Terhadap Debaran Yang Telah Kamu Ciptakan?



Telah dikatakan dalam memori ini.. yang daku akan menjadi sebuah pencetus kencangan dunia..
dan katakanlah kepadaku..yang daku tidak akan menyerah disini..
setelah sekian lama kamu merantau dalam mencari ilmu... sambil di buai jerangkat samar...
dan telahku mendengari yang daku telah terperangkap didalamnya..
dan telahku mendengari yang daku hilang kewarasan kerananya
dan telahku mendengari yang daku menangis dalam kegelapan sepi kerananya..
inginku katakan kepadamu bersabarlah walaupun kamu perit menjalaninya...

Katakanlah kepadaku....yang daku tidak akan berduka setiap langkah yang telah dilalui
dan yang akan dilalui...
tapi...aku telah melihat kamu telah berduka...
aku bimbang..sendainya kamu akan tersesat dalam perantauan ini...
jikalau kamu tersesat dalam perantauan ini...
ketahuilah, kamu tidak ada jalan kembali..

aku ingin menasihatimu...
biarkan dirimu menderita disini..jangan biarkan kamu terpikat kepada fatamorgana
menangislah..selautan yang termampu...agar kamu tidak menangis sejauh galaksi...

katakan juga kepadaku...yang daku tidak akan sia-siakan setiap ilmu dan penat lelah yang daku rintangi


"Jadikanlah apa yang kamu inginkan kerana ia akan membawanya ke tempat impian"