Gemerlapan

Tuesday 9 October 2012

Apa Itu Cinta

Cinta..kadang kalanya membawa kita ketempat yang terindah dalam kehidupan sehingga kita melihat dunia ini segala-galanya. Mengapa cinta ini kadang kalanya membuatkan kita menjadikan manusia yang mempunyai akal dan iman yang sempurna dan kadang kala cinta juga membuat hati kita menjadi buta yang gelap dan gelita. Apakah erti cinta yang sebenarnya??? dan mengapa kita menganggap cinta itu buta sedangkan cinta yang betul membuka mata hati kita untuk bersyukur kepada nikmat yang Allah berikan itu seperti nikmat memiliki pasangan hidup. Nikmat ini dapat menghindarkan diri kita daripada melakukan maksiat kepada Allah. Cinta yang sebenar ialah mencintai Allah Dan Rasulullah melebihi segala-galanya, bahkan nyawa sanggup dikorbankan. 
       
 Tanpa cinta manusia hidup tanpa kesempurnaan. Cinta... akan membawa kita ke jalan yang mengembirakan dan menyenangkan  serta kerinduan yang tak terhingga. Dalam bercinta sesama pasangan manusia ada waktu yang gembira, pilu, sedih dan kecewa tetapi CINTA kepada ALLAH dan Rasulullah membawa kepada ketenangan dalam kehidupan ini.    

Mengapa kita sebagai manusia terlalu sukar untuk mengawal nafsu cinta??? sehingga membawa kepada lembah kemaksiatan atau penzinaan. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Iman yang lemah, sehingga nafsu menjadi Raja kepada Iman dan Akal. Maka jadilah kita sebagai manusia yang lebih hina dari HAIWAN yang tidak berakal. Seandainya, aku tergolong dalam golongan ini, aku lebih bersyukur jika aku mati sejak kecil lagi tapi apakah daya, untuk kita menyatakan demikian. Kita hanya makhluk yang hamba. Hanya Dia Yang Maha Berkuasa di atas segalanya yang menentukan hidup dan mati kita. Allah menjadikan kita sebagai manusia untuk melihat sama ada kita ini merupakan golongan yang bertakwa dan beriman kepadaNYA atau golongan yang Celaka. Oleh itu, muhasabahlah diri kita sama ada kita berada di jalanNya atau jalan kecelakaan yang tiada kesudahan melainkan kesakitan azab dariNYA. Aku sebagai manusia ingin berubah menjadi manusia yang benar-benar bertakwa dan beriman kepadaNYa kerana hidup di dunia hanyalah penipuan semata-mata. Dan ingatlah...harta, pangkat, kuasa, darjat, keturunan dan keluarga hanyalah perhiasan semata-mata.                                          

No comments:

Post a Comment