Soalan:
Terangkan
apakah prinsip-prinsip kerja sosial yang perlu ada dalam profesion menolong
Dalam
kursus pengantar kerja sosial terdapat pelbagai definisi kerja sosial, salah
satunya kerja sosial merupakan profesion mengalakkan perubahan sosial,
menyelesaikan masalah dalam perhubungan manusia dan masyarakat, bagi
meningkatkan sejahteraan sosial. Kerja sosial ini juga merupakan campur tangan
dalam interaksi persekitaran seseorang. Dalam konteks lain, kerja sosial juga
membawa makna perlakuan profesional dalam menolong individu, keluarga, kelompok,
pertubuhan dan komuniti bagi melebarkan dan memeliharakan jumlah kefungsian
sosial dan mewujudkan keadaan masyarakat yang di kehendaki untuk menggapai cita-cita
mereka.Berdasarkan definisi di atas, kerja sosial merupakan sesuatu pekerjaan
untuk menyelesaikan dan menangani pelbagai pelbagai masalah yang berkaitan
dengan manusia dan persekitaran mereka. Tujuannya, untuk membolehkan individu,
keluarga, kelompok, pertubuhan atau komuniti yang bermasalah membangunkan
kekuatan dan melahirkan semangat baru bagi meneruskan kehidupan mereka. Dengan
kata lain, kerja sosial yang berprofesional merupakan pemberian sepenuh
komitmen dalam menyelesaikan sesuatu masalah manusia dan perubahan persekitaran
mereka. Oleh itu, pekerja sosial merupakan agen perubahan paradigma dalam
kehidupan individu, keluarga, kelompok, pertubuhan dan komuniti.
Untuk
menjadi pekerja sosial yang berprofesional, seseorang itu perlulah mengamalkan
dan mempraktikan apa yang telah mereka belajar semasa mereka menuntut di mana-mana pusat ilmu sama ada di
Universiti atau Kolej Universiti. Selain itu, pekerja sosial juga perlu
mematuhi dan mengikut prinsip-prinsip kerja sosial yang perlu ada dalam
profesion menolong supaya menjadi pekerja sosial yang benar-benar
berprofesional. Oleh sebab itu, prinsip-prinsip kerja sosial perlu dikenalpasti
dengan lebih terperinci untuk memastikan pekerja sosial menjalankan tugas dengan
profesional yang mempunyai pelbagai cara penyelesian bijak.
Antara
prinsip kerja sosial yang perlu ada dalam profesion menolong ialah maruah manusia.
Maruah diri seseorang manusia adalah asas etika masyarakat yang bermoral. Sebagai
pekerja sosial, mereka perlu menghormati kewujudan maruah dan semua individu
ada harga diri. Selain itu, pekerja sosial mesti merawat sesiapa saja kliennya
yang bermasalah dengan sifat empati, penyayang, tidak beremosi dan tidak
memilih klien, walaupun kliennya berbeza agama, bangsa dan budaya. Dengan kata
lain, pekerja sosial merupakan badan pelaksanaan yang bebas iaitu untuk
menyelesaikan masalah dominasi, ekspolitasi dan diskriminasi yang melibat
individu atau kumpulan, terutamanya yang melibatkan parti politik. Terdapat beberapa teori yang
berkaitan dengan maruah manusia seperti teori Kantian yang menyatakan manusia
mempunyai “nilai intrinsik, iaitu, maruah” yang menjadikan mereka berharga’
“atas semua harga”. “Sebaliknya, haiwan lain kerana haiwan mempunyai nilai
sejuah mana tujuan mereka berkhidmat kepada manusia. James Rachels. 1986.
Random House. The Elements of Moral
Philosophy. http://www.public.callutheran.edu/chenxi/phil345-022.pdf
[23 September 2012]
Prinsip
kerja sosial yang kedua dalam profesion menolong ialah empati. Dalam kamus dewan
edisi keempat, empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi
orang lain. Dewan Bahasa Dan Perpustakaan (DBP). 2008. Pusat Rujukan Persuratan
Melayu. Carian PRPM@DBP Malaysia. http://www.prpm.dbp.gov.my/search
(28 September 2012). Dengan kata lain, untuk menjadi pekerja sosial yang
berprofesional sifat empati mesti ada dalam dirinya. Hal ini demikian kerana,
sifat empati akan menyebabkan kita mudah untuk sensitif kepada perasaan klien tetapi sensitif yang
dapat mengawal emosi empati diri sendiri. Untuk melahirkan sifat empati ini kita
perlulah meletakkan atau berimaginasi, bagaimana perasaan ini jika situasi itu
berlaku kepada diri kita sendiri sama ada rasa sedih, kecewa, marah atau mengganggu
tekanan mental. Menurut beberapa pandangan tokoh barat tentang empati seperti
Alfred Adler menyebut empati sebagai penerimaan terhadap perasaan orang lain
dan meletakkan diri kita pada tempat orang itu. Empathy bererti to feel in,
berdiri sebentar pada situasi orang lain untuk merasakan betapa dalamnya
perasaan orang itu. Dhamas. Empati: Sebuah
Resonansi Dari Perasaan. http://www.edukasi.kompasiana.com
[28 September 2012].
Prinsip
kerja sosial yang ketiga ialah perpaduan. Dalam konteks bahasa perpaduan satu
proses yang menyatupadukan anggota masyrakat dan negara seluruhnya melalui
ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama di kalangan mereka. Portal Pendidikan. 2002.
E-Tuisyen. Dasar Dalam Negara : Perpaduan.
http://www.tutor.com.my/tutor
[30 September 2012]. Dalam konteks perpaduan sosial pula, bermaksud perhubungan
yang membawa manusia bersama-sama dalam masyarakat yang diberikan. Konsep ini
adalah satu tanggapan yang tidak ada kejujuran dalam meliputi fenomena sosial.
Ia dikaitkan dengan teori sosiologi dari struktur fungsionalisme dan lebih luas
lagi dalam bidang sains politik. Wikipedia The Free Encyclopedia. 2012.
Article. Social Cohesion. http://www.en.wikipedia.org/wiki/socialcohesion
[10 Oktober 2012]. Dengan ini dapatlah kita fahami bahawa perpaduan membawa
kita kepada satu keluarga manusia, walaupun apa jua negara kita, perbezaan
etnik, ekonomi dan ideologi. Satu etika penjagaan telah diakui bahawa kita
saling bergantung dalam setiap aspek pengalaman manusia, termasuk keluarga,
masyarakat, komuniti dan dimensi global. Pekerja sosial perlu memahami hubungan
di kalangan masyarakat adalah wahana yang penting untuk perubahan. Hal ini
demikian kerana pekerja sosial melibatkan masyarakat sekeliling sebagai rakan
kongsi dalam membantu dan berusaha untuk mengukuhkan hubungan di kalangan
masyarakat bagi menggalakkan kemakmuran dan kesejahteraan di semua peringkat.
Prinsip
kerja sosial yang keempat dalam profesion menolong ialah komitmen. Komitmen
bererti sikap (pendirian atau perbuatan) yang memberikan sepenuh tenaga dan
perhatian atau ianya menunjukkan sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada
sesuatu iltizam. Dewan Bahasa Dan Perpustakaan (DBP). 2008. Pusat Rujukan
Persuratan Melayu (PRPM). Carian PRPM@DBP Malaysia. http://www.prpm.dbp.gov.my/search
(3 Oktober 2012). Sikap komiten ini
penting untuk mengekalkan keadilan sosial dan kesejahteraan semua ahli
masyarakat. Bagi pekerja sosial yang berprofesional prinsip komitmen ini
mestilah digunakan secara seimbang dengan situasi keadaan. Hal ini demikian
kerana mungkin kita akan berhadapan dengan klien yang boleh mencederakan ahli
masyarakat lain. Sebagai contohnya, kita berhadapan dengan klien yang mempunyai
penyakit skizofrenia. Klien ini sudah semestinya mengalami tekanan mental yang
tinggi mungkin disebabkan oleh faktor genetik yang diwarisi turun temurun atau
tekanan hidup yang melampau seperti kemiskinan, tekanan dari pelajaran atau
sentiasa didera oleh ibu bapa mereka. Dengan situasi sebegini, kita perlulah
bijak bermain dengan psikologi klien. Seandainya psikologi yang di gunakan
tidak berkesan dan boleh mendatangkan keburukan kepada kita atau orang lain,
kita mestilah menggunakan pihak yang ketiga seperti Hospital untuk rawatan
susulan.
Prinsip
kerja sosial yang kelima dalam profesion menolong ialah memberikan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada klien. Prinsip ini mestilah digunakan oleh
pekerja sosial dalam apa-apa jua situasi atau keadaan klien. Hal ini demikian
kerana, dengan pemberian ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada klien, sedikit
sebanyak klien yang mendapat perkhidmatan daripada pekerja sosial itu dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh nya. Sebagai contonya, seorang pekerja
sosial menyelesaikan masalah seseorang klien yang berhadapan dengan masalah
kewangan yang kritikal. Klien ini merupakan seorang ibu tunggal yang baru
sahaja kehilangan suaminya dan dia terpaksa menanggung 5 orang anak yang masih
belajar. Ibu tunggal ini telah mengalami tekanan mental akibat terlalu
memikirkan masa depan anaknya kerana dia tidak mempunyai sebarang ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk mencari kerja. Jadi sebagai pekerja sosial kita
mestilah memberi tunjuk ajar kepadanya tentang cara-cara untuk menyelesaikan
masalah ini. Sama ada dengan memberi dia kemahiran atau mencari peluang
pekerjaan kepadanya. Disamping menyalurkan bantuan kewangan kepadanya mengikut
kadar yang diperlukan dan jumlah wang bantuan yang ada. Dengan prinsip ini,
sudah tentu masalah ibu tunggal itu dapat diselesaikan, walaupun tidak
sepenuhnya dengan profesional yang ada pada diri pekerja sosial itu.
Prinsip
kerja sosial yang keenam dalam profesion menolong ialah menghargai perbezaaan
yang wujud diantara klien dengan sifat peribadi atau perbezaan yang ada pada
diri kita. Hal ini mungkin menjurus kepada sifat benci kepada klien yang berkaitan
dengan agama, bangsa, budaya, berbezaan aliran politik atau masalah peribadi
yang ada kaitan dengan klien. Secara tersiratnya sifat ini memang wujud pada
setiap diri seseorang manusia, tetapi hanya segelintir manusia sahaja yang
tidak dapat mengawal sifat ini kerana mereka kurang ilmu pengetahuan untuk
mengawal emosinya. Sehingga wujud sifat diskriminasi dalam menyelesaikan
isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial dan membawa kepada ketidakadilan
sosial. Oleh hal yang demikian, kita sebagai pekerja sosial tidak seharus
bersikap prejudis kepada klien kerana setiap klien mesti mempunyai nilai
kemanusiaan wujud dalam diri mereka. Oleh sebab itu, kita sebagai manusia mesti
merasai apa yang dia rasa. Seandainya, kita berada di situasi mereka sudah
tentu kita merasa diri kita telah dizalim juga dan hak kemanusiaan telah
diskriminasikan. Oleh yang demikian, kita seharusnya membuang sifat ini untuk
mewujudkan keadilan sosial.
Akhir
kata, dalam profesion menolong terdapat pelbagai prinsip kerja sosial yang perlu
dipatuhi oleh pekerja sosial seperti maruah manusia, empati, perpaduan,
komitmen, berkongsi ilmu dan kemahiran kepada klien dan lain-lain lagi. Prinsip
ini, mesti dipegang teguh oleh pekerja sosial dalam profesion menolong klien.
Hal ini demikian kerana kita akan bertemu dengan pelbagai ragam klien sama ada
dari segi masalah, sifat peribadi, budaya, bangsa dan agama. Seandainya kita
melakukan tugas kerja sosial tanpa berpegang teguh kepada prinsip kerja sosial
sudah tentu kerja yang kita lakukan itu tidak mencapai maklamat yang sebenar.
Sebagai contohnya, seorang pekerja sosial melakukan tugas tidak seperti
seseorang yang profesional tetapi sebagai sukarelawan yang kadang kalanya bertindak
tanpa berpegang kepada prinsip kerja sosial. Hal ini akan menimbulkan pelbagai
persepektif buruk klien atau masyarakat terhadap pelaksanaan tugas pekerja
sosial seperti dari segi hak dan maruah manusia serta keadilan sosial. Bak kata
pepatah melayu silam “akibat nila setitik, rosak susu sebelanga”. Oleh hal yang
demikian, untuk menjadi pekerja sosial yang berprofesional dalam profesion
menolong kita mestilah mengamalkan dan mempraktikal segala prinsip kerja sosial
yang ada supaya keadilan sosial ada disampaikan dengan sempurna.
hai
ReplyDelete