DEWASA AWAL ATAU PERTENGAHAN
NAMA: FITRI
UMUR: 20
Soalan Berdasarkan Peringkat Umur
Yang Anda Miliki
1. Adakah
anda prihatin terhadap pandangan orang lain dan menyedari bahawa kuasa bukan
segala-galanya?
Ada
kalanya, saya prihatin tetapi keperihatinan saya bergantung kepada tahap keintelektuaan,
latar belakang dan keadaan atau situasi orang yang memberi pandangan kepadanya.
Saya sedar bahawa kekuasaan bukanlah segala-galanya.
2. Adakah pengetahuan anda, diperoleh sendiri
atau dipelajari?
Kebanyakan
pengetahuan yang saya perolehi adalah dari pembelajaran. Selain itu ada juga
yang diperoleh sendiri melalui pemerhatian tetapi ianya sedikit sahaja.
3. Adakah
anda, kurang suka meneruskan pelajaran?
Memang
saya kurang minat belajar. Semasa saya disekolah sekolah rendah saya hanya suka
bermain hingga keputusan UPSR sangat teruk. Tetapi selepas sekolah menengah
saya mula mengubah diri saya ini dari malas kepada suka belajar. Selepas dapat
keputusan SPM, perasaan kurang suka
untuk sambung belajar datang balik. Begitu juga pada peringkat STPM tapi kerana terikut-ikut dengan keadaan saya
teruskan sambung belajar. Selepas itu, pemikiran saya sudah matang. Saya
berkata dalam diri, aku belajar ini demi keluarga, masa depan aku dan niat aku untuk
membantu masyarakat di sekelilingku untuk menyediakan peluang pekerjaan dan
pendapatan yang lumayan kepadanya. Ditambah lagi perasaan untuk membantu
saudara seIslam dengan saya yang tertindas oleh pemimpin yang zalim dan
dendam-dendam silam oleh Yahudi, Barat dan Mazhab Syiah terhadap orang Islam.
Dengan ini, samangat saya semakin tinggi untuk terus mencari ilmu bagi
memenangkan saudara saya ini.
4. Adakah
anda mahu berbakti kepada masyarakat dan komuniti?
Sangat
mahu berbakti kepada masyarakat terutamanya, masyarakat di kampung saya. Saya
bercita-cita untuk membuka kilang Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi memberi
sumber ekonomi dan peluang pekerjaan kepada masyarakat kampung terutamanya
kepada suri-suri rumah atau wanita.
5. Adakah
anda sukar untuk memahami keperluan orang lain?
Adakalanya,
saya mudah dan sukar untuk memahami keperluan orang lain. Ianya bergantung
kepada personaliti seseorang dan situasi serta keadaan seseorang individu untuk
mempengaruhi persepsi saya memahami keperluannya.
6. Adakah
anda merasa seronok apabila anda mengambil kesempatan terhadap orang lain?
Saya
tidak suka sifat sebegini
7. Keinginan
anda untuk menjadikan seseorang yang kreatif dan produktif, adakah dengan
tujuan untuk memberikan manfaat kepada generasi yang akan datang?
Ya,
kerana saya mahu mengubah persekitaran sosial di negara kita ini menjadi normal
kembali dan ingin melahirkan masyarakat yang bersifat keislamannya.
8. Setelah
anda habis persekolahan, anda keluar dari rumah ibu bapa dan keluar bekerja.
Betul atau tidak?
Ya,
tapi tinggal serumah dengan keluarga saya. Sebabnya saya bekerja sambilan
sahaja di kampung ketika habis persekolahan dan setelah saya dapat sambung
belajar ke peringkat yang lebih tinggi saya tinggal di asrama dan jarang balik
kampung kecuali pada hari cuti semester atau cuti yang panjang.
9. Pada
umur ini juga, adakah anda telah berdikari daripada keluarga dan membuat
keputusan untuk bagaimana orang dewasa perlu menjalankan kehidupannya?
Ya,
sekarang ini saya masih belajar di IPTA, segala keperluan harian saya, saya
urusnya sendirian. Dari segi makanan, basuh baju, kemas bilik dan lain-lain.
Saya juga telah membuat keputusan
menjalankan kehidupan seperti orang yang sudah dewasa dan berjanji
kepada diri sendiri untuk tidak meminta wang dari keluarga kecuali
sangat-sangat terdesak.
10. Adakah
identiti anda dipengaruhi oleh persekitaran keluarga? Contohnya cita-cita.
Selepas
saya gagal semester satu peringkat Diploma, saya ingin belajar dan menuntut
ilmu agama di sebuah pondok. Tapi akibat ibu menyuruh saya sambung belajar di
tingkatan 6 atas dan menasihatkan saya
supaya belajar di pondok selepas habis peperiksaan STPM. Jadi saya menuruti
kata-kata ibu saya, kerana dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Sehingga sekarang
cita-cita untuk menuntut ilmu agama di pondok boleh kesampaian. Ditambah lagi
saya menjadi pelajar di sebuah IPTA
peringkat Ijazah sekarang ini.
11. adakah
anda suka berkongsi sesuatu aktiviti atau minat anda seperti menceritakan
aktiviti bermain bola sepak kepada rakan-rakan?
Saya
minat mempelajari ilmu agama, ambil tahu isu-isu luar dan dalam negara. Minat
ini, saya akan kongsikan atau menceritakannya rakan-rakan saya. Dari segi
aktiviti pula, saya suka berenang, memanjat pokok, main sorok-sorok dan suka
merayau-rayau dalam hutan. Segala mengalaman yang saya lalui ini, saya selalu
menceritakan kepada rakan-rakan saya untuk dikongsi bersama
12. Adakah
anda lebih memahami keperluan orang lain dan mampu memberi
sokongan
kepadanya?
Ya,
suka memahami keperluan orang lain dan memberi sokongan kepadanya sama ada dari
segi moral dan bantuan setakat yang termampu
13. Dalam
bercinta, adakah cinta anda dalam kategori:
a) Cinta
yang bermula dengan persahabatan?
Mula-mula
saya berkawan dengannya tapi lama-kelamaan ada terdetik dalam hati dan
pemikiran untuk saya jatuh cinta kepadanya. Inilah kisah cinta saya
ANALISI
Berdasarkan
soalan-soalan yang diberi dan jawapan klien ini, menunjukkan bahawa teori-teori
yang di ke mukakan dalam bab dewasa awal atau pertengahan menunjukan ada
kebenaranya dan ketidak selariannya dengan teori.
William
Perry, menjelaskan perubahan penting dalam cara berfikir dan cara ini berbeza
pada peringkat remaja dan dewasa kerana apabila mencapai peringkat dewasa cara
berfikir bertukar menjadi multiple thinking. Selain itu, William Perry
menyatakan, mereka atau dewasa ini menjadi prihatin kepada pandangan orang lain
dan menyedari bahawa kuasa bukanlah segalanya. Penjelasan William ini, memang
selari dengan perkembangan kedewasaan klien tapi ada percanggahannya iaitu dari
segi keprihatinan terhadap pandangan orang lain. Mungkin dari sudut prihatin
terhadap pandangan orang lain ini bergantung kepada keintelektuan, latar
belakang, situasi atau keadaan orang tersebut. Selain itu, kenyataan William
Perry adalah selari dengan kenyataan klien walaupun ada sedikit perbezaan.
Iaitu Perry menyatakan pengetahuan adalah dipelajari bukannya diperoleh sendiri
manakala klien pula menyatakan kebanyakkan pengetahuan adalah dipelajari tetapi
ada sedikit pengetahuan yang diperolehi sendiri melalui pemerhatian.
Erikson
menyatakan peringkat dewasa awal iaitu (20-35 tahun), intimasi melawan isolasi
berlaku selepas pencarian indentiti. Dalam soal jawab atau selidik dengan klien
menunjukkan klien ini dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Contohnya, di antara cita-cita atau indentitinya dengan
cita-cita keluarga. Cita-cita kelurga lebih mempengaruhinya. Dalam kesibukan
menentukan indentiti dirinya, masih lagi ada masa untuk intimasi dengan orang
lain.
Selain
itu, perkembangan psikososial klien adalah selari dengan teori Erikson yang
menyatakan bahawa kanak-kanak lelaki dengan difficult temperament kurang suka
meneruskan pembelajaran. Tapi akibat
dari dapat pengaruh persekitaran keluarga, masyarakat dan komuniti kurang
berminat untuk teruskan pembelajaran telah bertukar kepada minat untuk
meneruskan pembelajaran. Jadi teori ini memang selari tentang apa yang
dijelaskan oleh Erikson’s, walaupun ketepatannya tidaklah sepenuhnya.
Teori
kawalan menyatakan bahawa lelaki suka berkongsi aktiviti dan minatnya adalah
benar. Klien ini suka menceritakan aktiviti dan minatnya tentang sesuatu
perkara kepada orang lain iaitu rakan-rakannya. Jadi teori Erikson ini memang
betul.
Dari
segi kematangan hubungan yang dinyatakan oleh Katleen White adalah selari
dengan tahap perkembangan klien iaitu dari segi kedewasaannya, memahami
keperluan dan memberi sokongan kepada orang lain.
Selain
itu, dalam kategori cinta pula klien ini dalam kategori Friendship iaitu cinta
yang mempunyai kualiti, keseronokan, perapatan dan berbakti. Hal ini, memang
betul tepat dengan penjelasan 4 kategori cinta oleh Ellen Berschied.
Levinson’s
melihat kehidupan sebagai siri tempoh masa yang dibentuk iaitu disekeliling
tugasan perkembangan kehidupan manusia, objektif penting dalam kehidupan dan
perkara yang dilalui dalam setiap perkembangan adalah selari dengan kenyataan
yang diberi oleh klien (peralihan daripada pra dewasa kepada alam dewasa) iaitu habis sekolah menengah, pergi bekerja
sambilan tetapi tidak keluar dari rumah keluarga mungkin disebabkan bekerja di
kampung bukan dibandar yang berjauhan dengan rumah keluarga.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
dalam soal jawab dan soal selidik dengan klien berdasarkan teori-teori dan
penjelasan teori di peringkat dewasa awal dan akhir adalah kebanyakkannya
selari dengan apa yang dikatakan atau yang dijelaskan oleh teori kognitif,
teori kawalan, teori William Perry, teori Erikson’s, teori Levinson dan
Kathleen White. Walaupun ada sedikit perbezaan dengan jawapan yang diberi oleh
klien tetapi kenyataan-kenyataan teori ini agak tepat dengan penjelasan yang
diberi oleh klien dalam peringkat kedewasaannya.
No comments:
Post a Comment