IPTA: UKM
Student: Semester 1
Submit Kepada: Prof Madya Ajid
Terdapat
pendedahan tentang bencana alam yang menyatakan gelombang air boleh membunuh manusia yang terleka dengan
irama banjir. Walaupun statistik banjir Negara Malaysia pada tahun 2010 hingga
2011 menunjukkan jumlah kematian pada tahap minimum iaitu 21 orang yang mati
lemas. Namun begitu,mangsa banjir adalah terlalu tinggi iaitu 231, 377 mangsa
banjir dengan melibatkan 906 buah pusat pemindahan banjir di seluruh Malaysia. Hal ini
menunjukkan, situasi banjir di Malaysia berada dipalang merah, ini amat
membahayakan kepada penghuni Malaysia terutamanya yang berada di negeri Johor,
Kedah dan Perlis. Mungkin kejadian-kejadian banjir yang berlaku ini adalah
berpunca daripada tangan-tangan manusia dan alam semulajadi. Oleh sebab itu,
punca-punca kejadian banjir ini mesti dikenalpasti supaya langkah-langkah
pencegahan dapat dilaksanakan dengan berkesan
Antara
punca kejadian banjir yang berlaku di Malaysia ialah disebabkan oleh sistem
perparitan yang tidak sistematik. Sistem perparitan ini sudah tentunya terlalu
kecil dan cetek, ditambah lagi sistem perparitan yang tidak sistematik. Apabila
sesuatu sistem perparitan dibina secara tidak terancang akan menyebabkan aliran
air melimpahi keluar dari sistem perparitan, sebelum sampai ke sungai . Hal ini
demikian kerana, sistem perparitan ini sudah tentunya tidak dapat menampung
jumlah atau kuantiti air hujan yang banyak sehingga menyebabkan banjir kilat
berlaku. Masalah ini selalunya, berlaku di bandar seperti bandar Kuala Lumpur,
Kajang, Seremban, dan beberapa buah bandar lagi. Oleh sebab itulah, banjir
kilat ini sering berlaku dibandar bukannya di luar bandar.
Selain
itu, pembangunan yang pesat juga akan menyebabkan berlakunya banjir seperti
banjir kilat. Hal ini demikian kerana, dibandar atau dikawasan pembangunan yang
pesat selalunya kurang tumbuhan dan permukaan bumi yang berturap. Hal ini akan
menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap ke dalam tanih kerana
permukaan tanih yang berturap seperti tar dan simen atau ditutupi dengan
konkrit pembangunan. Seterusnya, air larian permukaan akan terjadi sehingga
mengakibatkan banjir kilat berlaku disesuatu kawasan. Banjir kilat ini,
selalunya berlaku dan surut dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contohnya,
banjir kilat yang berlaku di bandar Kajang pada 2 Mei 2012. Maka benarlah
kata-kata ahli geografi, pembangunan yang pesat membawa impak negatif kepada alam sekitar sekiranya sistem pembangunan
yang dijalankan secara tidak terancang dan mesra alam.
Aktiviti
pembalakan yang dilakukan secara tidak terancang juga menjadi faktor berlakunya
banjir di Malaysia ini. Hal ini demikian kerana, aktiviti pembalakan yang tidak
terancang akan memusnahkan kitaran habitat flora. Hal ini akan mengakibatkan
gangguan kepada sistem hidorologi disesuatu kawasan yang terbabit. Apabila
flora musnah kesan dari pembalakan, maka tumbuh-tumbuhan iaitu flora tidak
boleh membantu penyerapan air hujan untuk disimpan ke dalam tanih. Hal ini,
akan menyebabkan berlakunya pembentukkan air larian permukaan di kawasan
pembalakan. Air larian permukaan ini akan turun ke dalam sungai dalam kuantiti
yang banyak sehingga daya tampungan sungai melebihi haknya dan melimpahi keluar
ke daratan. Sebagai contohnya, menurut Malaysia Kini, kegiatan pembalakan di
daerah Segamat, Johor sudah bertahun-tahun berlaku secara tidak terkawal
sehingga kejadian banjir yang berlaku semakin membimbangkan rakyat negerinya.
Perlepasan
air daripada empangan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan banjir
berlaku secara tiba-tiba. Walaupun hujan yang turun disesuatu kawasan sedikit
sahaja. Sebagai contohnya, menurut Edisi Pahang pada tahun 2001, kejadian
banjir besar berlaku di perkampungan Sungai Isap, Pahang. Dengan melibatkan
8000 mangsa yang terpaksa dipindahkan. Kejadian banjir ini berlaku disebabkan
perlepasan air dari empangan Chereh. Hal ini menyebabkan air
sungai melimpahi keluar dan meneggelamkan kawasan tersebut. Seandainya,
Pihak Pengurusan Air Kuantan tidak
bertindak sedemikian sudah tentu empangan ini akan pecah dan menyebabkan banjir
yang lebih besar lagi akan terjadi di Pahang. Peningkatan air dari empangan ini
adalah disebabkan hujan yang lebat di kawasan aliran air sungai yang menuju ke
empangan tersebut.
Menurut
Universiti Sains Malaysia, pembuangan sampah sarap merata-rata oleh masyarakat
yang tidak bertanggungjawab menjadi punca kepada masalah banjir. Walaupun punca
ini, tidak diletakkan sebagai punca utama tetapi setelah kami buat kajian
disesuatu kawasan di Pulau Pinang, kami mendapati ianya turut menumbang kepada
masalah banjir. Bahkan, ramai pihak yang mempunyai pendapat yang sedemikian
tidak kiralah daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran
Pulau Pinang (MPP) dan juga orang ramai. Melalui pemerhatian kami, keadaan sampah sarap dikawasan kajian kami
adalah tidak memuaskan kerana sampah sarap dibuang merata-rata. Terutamanya, di
kawasan penempatan tetapi lebih teruk lagi apabila ada masyarakat yang membuang
sampah sarap ke dalam longkang dan parit. Hal ini, secara tidak langsungnya
menghalang pengaliran air daripada terus mengalir ke sungai. Cuba anda
bayangkan sekiranya, pada masa itu hujan lebat turun tanpa henti dalam tiga
jam, sudah tentu banjir kilat akan berlaku secara tiba-tiba di kawasan tersebut.
Sama ada
anda percaya atau tidak, hanya dengan tiupan angin sahaja banjir boleh berlaku
dalam jangka masa yang lama. Tiupan angin ini, merupakan tiupan angin lazim
iaitu Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut yang merupakan angin
monsun yang paling dominan di Malaysia. Menurut Geografi STPM, kejadian angin
monsun ini adalah disebabkan kewujudan perbezaan tekanan udara di antara
hemisfera utara dan selatan. Angin Monsun Timur Laut ini, mula bertiup pada bulan November hingga bulan Mac. Tiupan
angin ini, terjadi disebabkan matahari yang berada diantara garisan Jadi di
Hemisfera selatan. Keadaan ini menyebabkan Hemisfera Selatan iaitu Benua
Australia menerima haba matahari yang paling banyak berbanding di Hemisfera
Utara. Penerimaan sinaran matahari yang banyak akan meningkatkan suhu atmosfera
dan mewujudkan pusat tekanan udara rendah. Seterusnya, udara dari kawasan
tekanan tinggi di pendalaman Benua Asia akan bergerak keluar menuju ke kawasan
ini. Pada peringkat awal, angin ini keluar sebagai Angin Monsun Barat Laut
tetapi terbias menjadi Angin Monsun Timur Laut apabila melintasi Malaysia atau
Asia Tenggara. Hal ini meyebabkan kawasan pantai timur di negara kita menerima
hujan Monsun yang lebat dalam jangka masa yang lama. Sebagai contohnya,
kejadian banjir di Malaysia khusus di pantai timur semenanjung pada bulan
November hingga Mac akibat tiupan Angin Monsun Timur Laut seperti di negeri
Kelantan, Terengganu dan Pahang. Selalunya, banjir ini berlaku di sesetengah
kawasan yang mempunyai tanah rendah seperti Rantau Panjang, Kelantan; Rompin,
Pahang dan Daerah Setiu di Hulu Terengganu.
Kesimpulannya, banjir yang berlaku di negara kita ini berpunca daripada masalah perancangan pembinaan sistem perparitan seperti sistem perparitan yang tidak sistematik dan disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri iaitu pembangunan yang pesat, aktiviti pembalakan yang tidak terancang, pembuangan sampah sarap merata-rata dan disebabkan oleh masalah teknikal seperti pelepasan air daripada empangan dalam kuantiti yang banyak, selain masalah yang berpunca daripada alam semulajadi sendiri seperti tiupan Angin Monson Timur Laut. Oleh iu, saya mencadangkan sama ada pihak kerajaan atau pihak swasta dan masyarakat sendiri mestilah membuat Kajian Impak Alam Sekitar (EIA), sekiranya mana-mana pihak ini ingin membuat pembanguna disesuatu kawasan seperti rumah, bangunan, parit, longkang, kilang dan lain-lain pembangunan. Hal ini kerana EIA, akan membuat penyelidikan terlebih dahulu tentang kesan pembinaan tersebut kepada alam sekitar sama ada dari sudut banjir kilat dan sebagainya. Saya berharap pihak kerajaan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang tidak membuat Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum sesuatu pembinaan yang hendak dibuat. Akhirnya saya ingin menegaskan bahawa kejadian banjir yang berlaku terutamanya banjir kilat dapat dikurangkan sekiranya semua pihak membuat Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum sesuatu pembangunan dibinakan.
Rujukan
Majlis
Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri.
Isu-Isu Pengurusan Bencana Banjir Musim 2010 Dan 2011. http://www.met.gov.my/images/pdf/national.../dmc4.pdf
[1
Disember 2012]
Bernama.
Ampang, Cheras, Kajang Dilanda Banjir
Kilat. http://www.bharian.com.my/articles/AmpangCherasKajangdilandabanjirkilat/Article
[2
Disember 2012]
Malaysiakini.
DAP Dakwa Pembalakan Haram Antara Punca
Banjir Teruk Di Johor.
http://www.malaysiakini.com/news/61366
[ 2Disember 2012]
Edisi
Pahang. 475 Juta Liter Air Dilepaskan
Setiap Hari Mulai Selasa Di Empangan Chereh Kuantan. http://pahangdaily.blogspot.com/2010/07/edisi-pahang-sejumlah-475-juta-liter.html
[3 Disember 2012]
Universiti
Sains Malaysia. Masalah Banjir. Punca-Punca
Banjir. http://www.hbp.usm.my/banjir/punca_sampah.htm
[5 Disember 2012]
Geografi
STPM. Sistem Atmosfera. Sistem Angin
Dunia, Angin Monsun. http://smrpanjang.blogspot.com/2008/08/tema-3-sistem-atmosfera.html
[5 Disember 2012].
Can I copy...hihi
ReplyDeletecopy je.... huhuhu
ReplyDelete