Assalamu'alaikum warohmatullah hiwabarokatuh....tajuk
perucapan saya pada hari ini ialah Islam dan dimana kita. kita hidup di dunia
ini diibaratkan sebagai pengembara yang menuju ke alam Baqa..tapi sejauh
manakah persediaan kita hendak menuju ke alam Baqa. Jika kita ditanya sama ada
kita mahu masuk syurga atau tidak..sudah tentu lisan kata mahu. tapi sejauh
manakah amalan yang boleh membawa kita kepada pusaka nenek moyang kita iaitu
pusaka Adam. Kita belajar begitu tekun dan rajin demi mendapat pointer yang
tinggi dalam final Exam...dan kamu memperolehi pointer yang baik tapi bagaimana
pula pointer untuk akhirat...kamu impikan kejayaan di akhirat tapi apakah usaha
mu? adakah dengan berpakaian seksi dan tidak menutup aurat atau dengan terlalu
gila kepada dunia hingga lupa pada akhirat.
Apakah tujuan sebenar, kita hidup diatas muka bumi Allah
ini? Allah SWT yang memberikan kita sebuah kitab yang mengandungi pelbagai
peraturan, untuk dijadiakan panduan menggunakan dunia ini tapi manusia merasa
dia lebih bijak dan pandai dari Tuhan. dia menggunakan peraturan yang dicipta
oleh manusia sendiri. Sedangkan pengetahuan manusia adalah terbatas. andaikata
kamu membeli sebuah kapal terbang dan kamu diberi sebuah buku panduan oleh sang
penciptanya, tapi kamu tidak menggunakan buku panduan itu, kamu buat-buat
pandai sahaja dalam keadaan bodoh dan bengung... kamu terus membawa kapal
terbang itu tanpa rujukan dari buku panduan, Insyaallah kamu akan terbabas.
Aku melihat gelagak manusia sekarang yang bergelar sebagai
Islam, mereka menolak dan menghina hukum-hukum Allah...rakyatnya juga turut
serta menghina hukum-hukum Allah dan ingatlah, barang siapa yang ragu tentang
apa jua yang datang daripada Allah macam ragu kepada Allah, sudah semestinya
Islamnya sudah terbatal dan isterinya juga telah terputus ikatan perkahwinan.
satu lagi hal, yang paling bodoh yang pernah aku dengar, tentang politik dan
agama. ada orang kata agama dan politik tidak boleh bercampur kerana politik
adalah kotor dan agama adalah suci. bagaimana pula pakaian yang kotor tapi tidak boleh campur dengan
sabun yang suci itu. adakah pakaian itu akan bersih? fikir-fikirkan lah.
Kita hidup didunia ini hanyalah sementara...jadilah kita
sebagai manusia yang hina lagi jahil hendaklah sentiasa berpesan-pesan ke arah
kebaikan agar kita tidak tersesat dalam dunia yang fana ini.
Sesunguhnya, orang yang mengejar dunia akan dikejar oleh
akhirat dan orang yang mengejar akhirat akan dikejar oleh dunia.
dan satu lagi kata-kata dari seorang yang Alim..dunia ini
diibaratkan sebagai penjara bagai orang
yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, syurga bagi orang yang mencintai
dunia.
No comments:
Post a Comment