1. Namakan watak-watak utama di
dalam filem berkenaan dan apakah ciri-ciri identiti mereka.
·
Ikal merupakan murid SD
Muhammdiyah yang dapat sambung belajar di Universiti Paris
·
Pak Harfan pengetua sekolah SD Muhammadiyah
·
Cikgu Muslimah merupakan seorang
guru yang gigih dan tekun dalam meneruskan hayat SD Muhammadiyah
·
Lintang merupakan pelajar yang
sangat pintar, rajin dan tekun belajar
·
Mahar seorang pelajar yang
pandai tentang kesenian
·
Harun merupakan seorang murid
yang istimewa dan dialah yang menyelamatkan
sekolah SD Muhammdiyah daripada di tutup.
·
Ucai menyandar jawatan ketua kelas SD Muhammadiyah
·
Cikgu Mahmud merupakan seorang
guru di sekolah SD PN Timah
2.
Catatkan peristiwa-peristiwa
penting atau rentetan cerita yang berlaku.
·
Pada tahu 1974, Harun menjadi
penyelamat kepada 9 orang murid lain, kerana sekolah itu akan dibuka sekiranya
muridnya melebihi sepuluh orang dan Cikgu Muslimah mengelarkan muridnya sebagai
Laskar Pelangi
·
ulangan peperiksaan umum sekolah
SD Muhammadiyah Belintong akan bergabung dengan sekolah SD PN Timah Lenggang
·
cikgu Bakri meninggalkan
sekolah SD Muhammadiyah kerana menerima tawaran mengajar di sekolah lain yang
lebih menjamin masa depannya.
·
Ikal telah jatuh cinta kepada seorang anak tauke
Cina, iaitu A Ling.
·
SD Muhammadiyah menang karnival
seni tari dengan mengalahkan sekolah yang lain.
·
Ikal merasa kesepian dan
dukacita kerana A Ling telah pergi ke Jakarta. A ling meninggalkan sekotak hadiah
berlabelkan menara Paris. Hal ini menyebabkan dia belajar bersungguh-sungguh
untuk pergi ke Paris.
·
Pak Harfan telah mati dan
tinggallah cikgu Muslimah seorang sahaja yang mengajar dan meneruskan hayat sekolah SD Muhammadiyah
·
Sekolah SD Muhammadiyah menang
pertandingan cerdas cermat dengan mengalahkan sekolah-sekolah SD PN Timah dan
Negeri. Sehingga mengejutkan semua guru-guru sekolah lain.
·
Lintang terpaksa berhenti
sekolah kerana mesti menjaga adiknya yang masih kecil lagi kerana ayahnya telah
meninggal dunia.
·
Selepas itu, pada tahun 1999, Ikal
mendapat biasiswa untuk melanjutkan pendidikannya di University Paris, Sorbonne. Sebelum dia
bertolak ke Paris, dia balik ke kampung dan berjumpa dengan Lintang ,
sahabat baiknya itu.
3.
Bincangkan watak-watak atau
babak-babak dari cerita Mulan yang
anda fikirkan berkaitan dengan kemahiran-kemahiran berikut:
(a) Kemahiran komunikasi.
·
Bijak dalam mempengaruhi minat
seseorang. Contonya, Pak Harfan menawarkan untuk mendengar cerita Nabi
Nuh, ketika itu murid-muridnya tidak
mahu masuk kelas. Apabila satu laungan tawaran itu didengari oleh muridnya, semua terus berlari masuk ke kelas.
·
Keras dan tegas. Contonya, Lintang
merupakan seorang yang mendengar arahan ayahnya, iaitu ayahnya mahu dia pergi
ke sekolah untuk belajar. Walaupun pada mulanya, Lintang tidak mahu pergi ke
sekolah kerana mahu menolong ayahnya
tetapi dia akur dengar arahan ayahnya itu.
·
Pandai bermain dengan intonasi
penceritaan. Contohnya, Pak Harfan pandai bermain dengan emosi ketika dia bercerita tentang kisah perang
Badar kepada murid-muridnya itu. Sehingga muridnya, terpegun ketika mendengar
cerita tersebut.
(b) Kemahiran berfikir.
Ø Cikgu Muslimah berfikir dengan pantas, disaat keputusan yang
diberikan oleh Pak Harfan untuk menutupkan sekolah SD Muhammadiyah kerana tidak
cukup 10 orang murid dengan memberi
keputusan muktamad untuk mencari seorang murid lagi.
Ø Ikal sengaja membuat-buatkan seperti kotak
kapur itu terjatuh bagi melihat wajah A Ling yang terlindung di sebalik
tabir kedai.
Ø Lintang dapat berfikir dengan cepat dan tangkas dalam memberi
jawapan matematik tanpa menggunakan apa-apa alat pengiraan.
Ø Mahar bijak mencari idea
untuk membuat persembahan tarian di Karnival
sekolah-sekolah SD PN, sehingga sekolahnya mendapat johan dalam
persembahan tersebut.
(c) Kemahiran kepimpinan.
v Pak Harfan tanpa menyusahkan orang lain telah merelakan dirinya
sendiri, bagi membersihkan kelas SD Muhammadiyah yang kotor itu, akibat beberapa
ekor kambing memasuki kelas tersebut. Walaupun cikgu Muslimah menawarkan
bantuannya tetapi dia menolak tawaran
itu.
v Cikgu Muslimah sanggup mengajar semua subjek demi
murid-muridnya, apabila cikgu Bakri
berpindah sekolah dan selepas itu, menjadi pengetua sekolah apabila Pak Harfan
meninggal dunia.
v Lintang dengan rela hati berhenti daripada menjadi murid di sekolah
SD Muhammadiyah, setelah ayahnya meninggal dunia bagi menjadi ketua keluarga untuk menjaga
adik-adiknya yang masih kecil.
(d) Kemahiran kerja berpasukan.
ü Murid-murid lelaki sekolah SD
Muhammadiyah berkerjasama dalam membuat latihan seni tari untuk persembahan di
karnival SD PN tanpa ada yang menarik diri.
ü Lintang sanggup menunggu buaya yang sedang berehat di tepi jalan,
begitu lama. Untuk melintas jalan tersebut
kerana dia merupakan salah seorang dari tiga orang murid yang menyertai pertandingan
Cerdas Cermat demi pasukan sekolahnya
itu.
ü Mahar, Lintang dan kawannya yang lain bersepakat untuk berjumpa
bomoh bagi menyelesaikan masalah Ikal yang kesepian dan kecewa apabila wanita
yang dicintainya telah berpindah.
(e) Pembelajaran sepanjang hayat.
§ Kehidupan ini penuh dengan liku-liku kehidupan yang tidak pernah
kita merasainya. Apabila kita menghadapi liku-liku tersebut, sudah pasti diri
kita akan merasa sedih, pilu dan dukacita tetapi liku-liku itulah yang
menyebabkan seseorang itu terus bangkit
dan bangkit. Walaupun cita-citanya tidak
tercapai, pewarisnya mungkin akan menjadi pengganti kepada cita-citanya.
Contohnya , Lintang sanggup berhenti sekolah kerana terpaksa menjaga dua orang
adiknya selepas ayahnya meninggal dunia. Lintang merupakan seorang pelajar yang
bijak, pintas dan berdikari tetapi demi adik-adiknya dia sanggup berkorban.
Semangat, kebijaksaan, dan kepintarannya itu, telah diwarisi oleh anaknya pula.
4.
Bincangkan pengajaran penting
yang anda dapati daripada cerita Mulan?
o
Kita janganlah berpandangan
sempit. Contohnya, penduduk Belintong mengejek penduduknya yang menghantar
anaknya ke sekolah kerana beranggapan tamat belajar tetap menjadi buruh.
o
Kita perlulah bijak dalam
membuat keputusan. Contohnya, cikgu Muslimah membuat keputusan muktamad iaitu mahu mencari seorang lagi murid bagi
mengelakkan daripada sekolah SD Muhammadiyah ditutup disebabkan tidak 10
orang.
o
Kita mestila pandai bermain
dengan psikologi seseorang. Contohnya, dengan satu laungan tawaran untuk
mendengar cerita Nabi Nuh oleh Pak Harfan, semua pelajar bergegas masuk kelas
tetapi laungan masuk kelas oleh cikgu Muslimah tidak diendahkan.
o
Kita mestilah ada sifat
pengorbanan dalam kehidupan. Contonya, Lintang sanggup berkorban demi menjaga
dan menyara adik-adiknya setelah ayahnya meninggal dunia dengan berhenti daripada belajar.
No comments:
Post a Comment