Gemerlapan

Tuesday 21 April 2015

Apakah Jihad Yang Paling Susah?

Bagi aku Jihad yang paling susah nak dilakukan adalah jihad melawan hawa nafsu. Jihad melawan hawa nafsu ini memang susah sangat untuk kau melawannya. Sekiranya kamu tewas dalam melawan hawa nafsu maka nerakalah yang kamu dapat. Sekiranya kamu menang dalam pertarungan ini maka dapatlah dikatakan kamu telah bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya. 

Kalau kita tengok dari sudut jihad melawan musuh  di medan perang. Sekiranya kamu menang kamu akan mendapat harta ghanimah dan pahala berjihad kerana Allah SWT. Sekiranya kamu kalah pula, kamu akan mendapat syahid. 

Oleh sebab itulah aku katakan, jihad melawan hawa nafsu merupakan suatu yang susah untuk kau uruskannya. Seandainya kamu kalah kamu akan mendapat kemurkaan Allah. Inilah yang dikatakan dunia. Dunia adalah tempat ujian sama ada kamu tahan tak dengan ujian tersebut. Sebab itulah Allah SWT  beri engkau Akal dan Nafsu disamping keimanan dan ketaqwaan yang ada dalam dirimu. Seandainya engkau tidak kuat iman dan ketaqwaan kamu seperti haiwan kerana akal kamu tidak lagi berfungsi dengan sempurna.

Oleh itu..berusahalah untuk mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT agar ianya dapat menjadi perisai yang kukuh apabila nafsu mula mengoda hati ini.

Persoalannya dapatkah dariku dan dirimu kuatkan keimanan dan ketaqwaan ini dengan adanya pelbagai medium yang menaikkan syahwat????


Tuesday 14 April 2015

Sudahkah Kamu Memahami Apa Itu Nafsu

Ada satu syair arab yang berbunyi:

Ilmu itu pedangku, 
dosa itu kegagalanku,
Syaitan itu musuhku,
Sedangkan aku tertipu oleh nafsuku

Nafsu itu merupakan suatu yang susah dibendung. Apabila datang keinginan (syahwat) nafsu meronta-ronta. Jika kau tidak menuruti nafsumu kamu akan jadi tidak menentu arah dan jika kau menuruti nafsumu kamu akan menjadi tidak menentu arah juga selepas kau melakukannya, dek kerana dosa yang telah dilakukan. Ketahuilah wahai jiwa yang ingin mencari redha Allah SWT. Apabila kamu menuruti nafsumu buat kali pertama, kamu mesti akan melakukan dosa itu lagi buat berapa kali sehinggalah nafsumu sudah sampai tahap jemu dengan perbuatan tersebut. Selepas itu kau akan bertaubat nasuha kepada Pemilik Pengampunan. Kau akan menjadi seorang yang dekat dengan Tuhanmu tapi apabila masa telah berlalu...akan tiba suatu detik engkau akan diuji tahap keimananmu....sesungguhnya apabila diuji kamu pasti tersungkur dengan ujian itu.. kerana nafsumu yang membara. Keadaan ini akan berlaku seperti kitaran yang telahku terangkan diatas. Oleh sebab itu aku ingin menasihati diri aku dan dirimu. Apabila datang pukulan nafsu yang pertama itu hendaklah engkau lawan semampu yang mungkin...Rotan lah dirimu dengan apa pun atau bakarlah kulit tanganmu barang sekejap jikalau nafsumu tidak lagi dapat dibendung  dengan berpuasa. 

Nafsu telah membuat manusia yang baik menjadi jahat,
Nafsu telah membuat manusia yang dekat dengan Tuhannya menjadi semakin jauh,
Nafsu telah membuat manusia menjadi tidak menentu arah
Nafsu telah membuat seorang Raja menjadi hamba dan
Nafsu juga akan membuat kau masuk ke dalam jurang Neraka.
Oleh itu lawanlah semampu mungkin musuh dalam selimut itu...


Sunday 12 April 2015

Manusia Yang Telah Hilang Kewarasan

Demi kematian yang akan tiba,
Lamunan pengejaran tiada ertinya
Hidup yang tidak mungkin akan kembali dalam dunia fana
Manusia bekejaran mencari dunia seperti tiada kematian dalam kehidupan

Disana-sini aku melihat dunia semakin dirobekkan
Ideologi dipropagandakan seperti kemanusian hilang kewarasan
Manusia sibuk dengan pengekalan dan perluasan kuasa
Persoalannya sampai bilakah hal ini harus terjadi?

Friday 10 April 2015

Peringatan Akan Bahaya Dunia



Alangkah indahnya jika hatimu menghayati syair yang berbunyi:

Wahai orang yang bersuka-suka dengan dunia dan gemerlapannya!
Dan kedua matanya tidak pernah tidur,
Nafsumu memburu apa yang tidak kau temu,
Saat kau menemui Allah akan berkata, "apa ini?"


Penyair lain pula ada mengatakan:

Kucela dunia kerana mengangkat orang yang bodoh dan merendahkan orang yang mulia,
Dia berkata, "Orang bodoh itu anakku." Makaku angkat,
Sedang ahli taqwa adalah anak tiriku.


Mahmud al-Bahili ada mengatakan:

Ingat, dunia itu fitnah bagi seseorang,
Tiap saat dia pergi dan datang,
Jika pergi sabarlah dan jika datang bersyukurlah.


Ada Suatu Kisah:

Dirawikan dari Abi Ummah Al-Bahili bahawa Tsa'labah bin Hatib berkata, "Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar memberiku rezeki harta." Rasulullah SAW berkata, "Wahai Tsa'labah, sedikit yang engkau syukuri lebih baik daripada banyak namun engkau tidak kuat menerimanya." Dia berkata lagi, "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar memberiku rezeki harta." Rasulullah SAW berkata, "wahai Tsa'labah, jika kau fikirkan aku cukuplah sebagai contoh. Tidakkah kau rela hidup seperti Nabi Allah ni? Ingat, demi Zat yang aku dalam Kekuasaan-Nya, jika aku mahu, gunung akan berjalan bersamaku sebagai emas dan perak. "Tsa'labah berkata, "Demi Zat yang mengutuskanmu sebagai nabi, jika engkau doakan aku kepada Allah agar memberiku rezeki harta, tentulah akan kuberikan haknya kepada yang memerlukan hak dan sungguh aku akan lakukan." Rasulullah SAW lalu berdoa, "Allahumma Ya Allah, berilah Tsa'labah rezeki harta. Berilah kambing." Kemudian terus membiak kambing-kambing itu seperti membiaknya ulat. Hingga seoalah-olah kota itu (Madinah) sempit baginya.

         Akhirnya dia berpindah kesuatu jurang disebabkan terlalu sibuk menguruskan kambingnya sampai dia hanya solat Zuhur dan Asar saja yang berjemaah sedang yang lainnya dia tinggalkan. Namun kambing itu terus membiak dengan banyaknya. Dia semakin meninggalkan jemaah kecuali solat Jumaat. Tetapi kambing itu terus bertambah juga sebagaimana bertambah-tambahnya ulat sehingga dia meninggalkan solat Jumaat. Dan ketika dia berjumpa dengan para penunggang, dia tanya mereka tentang Madinah. Dan Rasulullah SAW menanyakan dia, "Apa yang diperbuat oleh Tsa'labah bin Hatib?' Maka berkatakan, "Wahai Rasulullah, kambingnya terlalu banyak hingga Madinah penuh sesak olehnya, " Dan dikhabarkan perihal Tsa'labah seluruhnya. Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Rugilah wahai Tsa'labah! Rugilah wahai Tsa'labah! Rugilah wahai Tsa'labah!" Umamah berkata, "Kemudian Allah SWT menurunkan ayat:

"Ambilah sedekah dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan (hati) mereka."
                                                                                                                               (Q.S. At-Taubah: 103)

         Dan Allah menurunkan kewajipan berzakat. Maka Rasulullah SAW mengutuskan seorang lelaki dari Jahinah dan lelaki dari Bani Sulaim untuk mengambil sedekah. Keduanya, baginda berikan surat kuasa untuk mengambil sedekah, lalu memerintahkannya keluar, maka keduanyapun  mengambil sedekah dari kaum muslim ini. Beliau berkata, "wahai suadaraku, aku perintah datang ke tempat Tsa'labah bin Hatib, ambillah zakatnya dan membacakan kepadanya surat daripada Rasulullah SAW," Tsa'labah berkata, "Ini tidak lain adalah ceti. Ini tidak lain adalah ceti. Ini tidak lain adalah sama saja dengan ceti!" Kemudian keduanya pergi semula memungut zakat. Lalu keduanya ke rumah Sulaimi. Ia mendengar kedatangan mereka, maka ia segera menyiapkan unta untuk zakat dan menyerahkannya kepada mereka. Ketika mereka melihat dia, mereka berkata, "Hal itu tidak wajib bagimu dan kami tidak bermaksud mengambil itu darimu." Sulaimi berkata, "Ya, tapi ambillah. Hatiku akan senang kerananya. Itu kusediakan, memang agar kamu mengambilnya.

       Ketika keduanya telah habis mengutip zakat, mereka kembali. Sehingga mereka diperintahkan lagi datang ke rumah Tsa'labah dan meminta zakatnya. Tsa'labah berkata, "Tunjukkan kepadaku suratnya!" Setelah Tsa'labah melihatnya, dia berkata, "Ini sama saja dengan ceti. Kembalilah kalian. Aku fikir-fikir dulu." Mereka lalu pergi dan datang kepada Nabi SAW. Ketika melihat mereka, Baginda bertanya, "Celakalah engkau wahai Tsa'labah." Sebelum mereka memberitahu kepada baginda dan berdoa untuk Sulaimi. Mereka lalu menceritakan sikap Tsa'labah dan apa yang diperbuat oleh Sulaimi. Kemudian Allah SWT menurunkan ayat tentang Tsa'labah:

              "Di antara mereka itu ada yang telah berjanji dengan Allah. Demi, jika Dia memberikan kepada kamu kurniaan-Nya, nescaya kami sedekahkan dan kami akan termasuk orang-orang soleh. Tatkala Allah memberikan kurniaan-Nya kepada mereka, mereka menjadi bakhil (kikir) dan berpaling, sedang mereka tetap berpaling. Lalu Allah menjadikan akibat mereka jadi munafik dalam hatinya, sampai pada hari mereka menemui-Nya (Hari Kiamat), disebabkan mereka telah melanggar yang mereka janjikan dan kerana mereka berdusta."
                                                                                                                            
                                                                                                                           (Q.S. At-Taubah: 75-77)
 
         Di sisi Nabi SAW, ketika itu ada seorang lelaki kerabat Tsa'labah. Dia mendengar ayat yang diturunkan Allah itu. Lalu dia pergi ke rumah Tsa'labah. Dia berkata, "Tidak ada pergantungan lagi kau wahai Tsa'labah. Allah telah menurunkan ayat tentang engkau demikian......"

         Tsa'labah pun lalu keluar dan datang kepada Nabi SAW. Dia memohon kepada Baginda agar menerima zakatnya. Nabi SAW berkata, "Allah telah melarangku untuk menerima zakatmu." Tsa'labah bukan kepalang  sedihnya sehingga dia menaburkan debu di kepalanya. Rasulullah SAW berkata kepadanya, "Ini adalah dari sikap sendiri. Aku telah memerintahkanmu. Tapi kamu tidak mentaatiku." Ketika Rasulullah SAW telah menolak sesuatu darinya, ia lalu kembali kerumahnya. Setelah Rasulullah SAW meninggal, dia datang kepada Abu Bakar ra. Tapi Abu Bakar menolak pemberian darinya. Dia memberikan Zakatnya kepada Umar ra. Umar pun tidak mahu menerimanya. Dan Tsa'labah meninggal dunia setelah kekhalifahan Usman ra.


Tipuan Dunia

Allah Azza Wa Jalla berfirman

          "....mereka itu senantiasa berselisih. Kecuali orang yang di kasihi Tuhanmu...."                                                                                                                                                                   (Q.S. Hud: 119)

Sebahagian mufasir berpendapat bahawa mereka itu senantiasa berselisih dalam soal rezeki. Ada yang kaya dan ada pula yang miskin. Oleh kerana itu, semestinya orang yang diberi rezeki mahu bersyukur dan menggunakannya untuk kebaikan. Tidak sepatutnya melambat-lambatkannya.

          ".....sebab itu janganlah kamu terpedaya oleh tipu daya (syaitan)."
                                                                                                                                     (Q.S. Luqman: 33)

         "Tetapi kamu merosakkan dirimu sendiri (kerana hatimu tidak beriman) dan kamu tunggu                (kesengsaraan kami) dan ragu-ragu (hatimu) dan kamu terpedaya oleh angan-angan saja...."
                                                                                                                                   (Q.S. Al-Hadid: 14)

Rasulullah SAW bersabda:
"Alangkah baik tidur dan berbukanya orang pandai. Bagaimana mereka memperleceh usaha orang bodoh. Seberat zarah pemilik taqwa dan yakin lebih utama daripada orang-orang yang tertipu."

Orang bodoh adalah orang yang memperturutkan hawa nafsunya serta penuh keinginan berlaka. Terdapat seorang penyair yang berkata:

                                                                  Demi umurku,

                                          Pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga,
                                                   Bila dunia pergi dia merasa rugi,
                                       Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak.



 

Thursday 1 January 2015

Rintihanku Yang Telah Lelah Dibuai Oleh Gemerlapan

Ya Allah bilakah Kamu akan menjemputku?  Sungguhnya hidup di alam ini dipenuhi kegelapan. Maafkan diri hambamu yang hina ini kerana tidak dapat menjadi seorang hamba yang baik.

Ya Allah Engkaulah Tuhan Yang Mahu Halus lagi Maha Mengetahui perkara yang nyata..bahkan yang tersembunyi...diri ini penat hidup di alam ini..diri ini telah letih..diri ini bimbang..seandainyaku tidak terdaya lagi menahan ujianMu. Bantulah daku yang lemah lagi hina ini wahai Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.

Ya Allah..aku malu denganMu...Setiap langkah berjalananku dipenuhi kemaksiatan dan dosa. Sedangkanku mengetahui.. perbuatan itu Engkau murka. Maafkanlah kesilapanku itu..Ampunilah daku..Redhakanlah diriku ini yang telah mencalarkan janji kasih itu.

Ya Maha Mulia..Janganlah dengan kesilapanku itu Engkau memadamkan cahayamu dariku.. Kasihanilah hambamu ini yang kesepian bilamana Engkau menjauhi dariku.. bila mana aku buat kesilapan. Dari ituku memohon kepadaMu..Ya Maha Pemaaf Lagi Maha Bercahaya..campakkan ke dalam hatiku cahaya kasihMu yang kekal abadi supaya daku dapat melihat dengan NurMu dan agar diri ini tidak tersesat dalam perantauan.

Wahai Tuhan Yang Mendengar...aku merayu dan merintis padamu..janganlah biarkan daku ini, kedua ibu bapaku, keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku serta seluruh Umat Nabi Muhammad SAW
mati dalam kesesatan. Kami berharap kepadaMu agar langkah-langkah kami adalah langkah para ahli Syurga.