Alangkah indahnya jika hatimu menghayati syair yang
berbunyi:
Wahai orang yang bersuka-suka dengan dunia dan
gemerlapannya!
Dan kedua matanya tidak pernah tidur,
Nafsumu memburu apa yang tidak kau temu,
Saat kau menemui Allah akan berkata, "apa ini?"
Penyair lain pula ada mengatakan:
Kucela dunia kerana mengangkat orang yang bodoh dan
merendahkan orang yang mulia,
Dia berkata, "Orang bodoh itu anakku." Makaku
angkat,
Sedang ahli taqwa adalah anak tiriku.
Mahmud al-Bahili ada mengatakan:
Ingat, dunia itu fitnah bagi seseorang,
Tiap saat dia pergi dan datang,
Jika pergi sabarlah dan jika datang bersyukurlah.
Ada Suatu Kisah:
Dirawikan dari Abi Ummah Al-Bahili bahawa Tsa'labah bin
Hatib berkata, "Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar memberiku
rezeki harta." Rasulullah SAW berkata, "Wahai Tsa'labah, sedikit yang
engkau syukuri lebih baik daripada banyak namun engkau tidak kuat
menerimanya." Dia berkata lagi, "Ya Rasulullah, doakanlah kepada
Allah agar memberiku rezeki harta." Rasulullah SAW berkata, "wahai
Tsa'labah, jika kau fikirkan aku cukuplah sebagai contoh. Tidakkah kau rela
hidup seperti Nabi Allah ni? Ingat, demi Zat yang aku dalam Kekuasaan-Nya, jika
aku mahu, gunung akan berjalan bersamaku sebagai emas dan perak. "Tsa'labah berkata, "Demi Zat yang mengutuskanmu sebagai nabi, jika engkau
doakan aku kepada Allah agar memberiku rezeki harta, tentulah akan kuberikan haknya
kepada yang memerlukan hak dan sungguh aku akan lakukan." Rasulullah SAW
lalu berdoa, "Allahumma Ya Allah, berilah Tsa'labah rezeki harta. Berilah
kambing." Kemudian terus membiak kambing-kambing itu seperti membiaknya
ulat. Hingga seoalah-olah kota itu (Madinah) sempit baginya.
Akhirnya dia berpindah kesuatu jurang disebabkan terlalu sibuk menguruskan kambingnya sampai dia hanya solat Zuhur dan Asar saja yang berjemaah sedang yang lainnya dia tinggalkan. Namun kambing itu terus membiak dengan banyaknya. Dia semakin meninggalkan jemaah kecuali solat Jumaat. Tetapi kambing itu terus bertambah juga sebagaimana bertambah-tambahnya ulat sehingga dia meninggalkan solat Jumaat. Dan ketika dia berjumpa dengan para penunggang, dia tanya mereka tentang Madinah. Dan Rasulullah SAW menanyakan dia, "Apa yang diperbuat oleh Tsa'labah bin Hatib?' Maka berkatakan, "Wahai Rasulullah, kambingnya terlalu banyak hingga Madinah penuh sesak olehnya, " Dan dikhabarkan perihal Tsa'labah seluruhnya. Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Rugilah wahai Tsa'labah! Rugilah wahai Tsa'labah! Rugilah wahai Tsa'labah!" Umamah berkata, "Kemudian Allah SWT menurunkan ayat:
Akhirnya dia berpindah kesuatu jurang disebabkan terlalu sibuk menguruskan kambingnya sampai dia hanya solat Zuhur dan Asar saja yang berjemaah sedang yang lainnya dia tinggalkan. Namun kambing itu terus membiak dengan banyaknya. Dia semakin meninggalkan jemaah kecuali solat Jumaat. Tetapi kambing itu terus bertambah juga sebagaimana bertambah-tambahnya ulat sehingga dia meninggalkan solat Jumaat. Dan ketika dia berjumpa dengan para penunggang, dia tanya mereka tentang Madinah. Dan Rasulullah SAW menanyakan dia, "Apa yang diperbuat oleh Tsa'labah bin Hatib?' Maka berkatakan, "Wahai Rasulullah, kambingnya terlalu banyak hingga Madinah penuh sesak olehnya, " Dan dikhabarkan perihal Tsa'labah seluruhnya. Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Rugilah wahai Tsa'labah! Rugilah wahai Tsa'labah! Rugilah wahai Tsa'labah!" Umamah berkata, "Kemudian Allah SWT menurunkan ayat:
"Ambilah sedekah dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan (hati) mereka."
(Q.S. At-Taubah: 103)
Dan Allah menurunkan kewajipan berzakat. Maka Rasulullah SAW mengutuskan seorang lelaki dari Jahinah dan lelaki dari Bani Sulaim untuk mengambil sedekah. Keduanya, baginda berikan surat kuasa untuk mengambil sedekah, lalu memerintahkannya keluar, maka keduanyapun mengambil sedekah dari kaum muslim ini. Beliau berkata, "wahai suadaraku, aku perintah datang ke tempat Tsa'labah bin Hatib, ambillah zakatnya dan membacakan kepadanya surat daripada Rasulullah SAW," Tsa'labah berkata, "Ini tidak lain adalah ceti. Ini tidak lain adalah ceti. Ini tidak lain adalah sama saja dengan ceti!" Kemudian keduanya pergi semula memungut zakat. Lalu keduanya ke rumah Sulaimi. Ia mendengar kedatangan mereka, maka ia segera menyiapkan unta untuk zakat dan menyerahkannya kepada mereka. Ketika mereka melihat dia, mereka berkata, "Hal itu tidak wajib bagimu dan kami tidak bermaksud mengambil itu darimu." Sulaimi berkata, "Ya, tapi ambillah. Hatiku akan senang kerananya. Itu kusediakan, memang agar kamu mengambilnya.
Ketika keduanya telah habis mengutip zakat, mereka kembali. Sehingga mereka diperintahkan lagi datang ke rumah Tsa'labah dan meminta zakatnya. Tsa'labah berkata, "Tunjukkan kepadaku suratnya!" Setelah Tsa'labah melihatnya, dia berkata, "Ini sama saja dengan ceti. Kembalilah kalian. Aku fikir-fikir dulu." Mereka lalu pergi dan datang kepada Nabi SAW. Ketika melihat mereka, Baginda bertanya, "Celakalah engkau wahai Tsa'labah." Sebelum mereka memberitahu kepada baginda dan berdoa untuk Sulaimi. Mereka lalu menceritakan sikap Tsa'labah dan apa yang diperbuat oleh Sulaimi. Kemudian Allah SWT menurunkan ayat tentang Tsa'labah:
"Di antara mereka itu ada yang telah berjanji dengan Allah. Demi, jika Dia memberikan kepada kamu kurniaan-Nya, nescaya kami sedekahkan dan kami akan termasuk orang-orang soleh. Tatkala Allah memberikan kurniaan-Nya kepada mereka, mereka menjadi bakhil (kikir) dan berpaling, sedang mereka tetap berpaling. Lalu Allah menjadikan akibat mereka jadi munafik dalam hatinya, sampai pada hari mereka menemui-Nya (Hari Kiamat), disebabkan mereka telah melanggar yang mereka janjikan dan kerana mereka berdusta."
(Q.S. At-Taubah: 75-77)
Di sisi Nabi SAW, ketika itu ada seorang lelaki kerabat Tsa'labah. Dia mendengar ayat yang diturunkan Allah itu. Lalu dia pergi ke rumah Tsa'labah. Dia berkata, "Tidak ada pergantungan lagi kau wahai Tsa'labah. Allah telah menurunkan ayat tentang engkau demikian......"
Tsa'labah pun lalu keluar dan datang kepada Nabi SAW. Dia memohon kepada Baginda agar menerima zakatnya. Nabi SAW berkata, "Allah telah melarangku untuk menerima zakatmu." Tsa'labah bukan kepalang sedihnya sehingga dia menaburkan debu di kepalanya. Rasulullah SAW berkata kepadanya, "Ini adalah dari sikap sendiri. Aku telah memerintahkanmu. Tapi kamu tidak mentaatiku." Ketika Rasulullah SAW telah menolak sesuatu darinya, ia lalu kembali kerumahnya. Setelah Rasulullah SAW meninggal, dia datang kepada Abu Bakar ra. Tapi Abu Bakar menolak pemberian darinya. Dia memberikan Zakatnya kepada Umar ra. Umar pun tidak mahu menerimanya. Dan Tsa'labah meninggal dunia setelah kekhalifahan Usman ra.
No comments:
Post a Comment