Ilmu itu pedangku,
dosa itu kegagalanku,
Syaitan itu musuhku,
Sedangkan aku tertipu oleh nafsuku
Nafsu itu merupakan suatu yang susah dibendung. Apabila datang keinginan (syahwat) nafsu meronta-ronta. Jika kau tidak menuruti nafsumu kamu akan jadi tidak menentu arah dan jika kau menuruti nafsumu kamu akan menjadi tidak menentu arah juga selepas kau melakukannya, dek kerana dosa yang telah dilakukan. Ketahuilah wahai jiwa yang ingin mencari redha Allah SWT. Apabila kamu menuruti nafsumu buat kali pertama, kamu mesti akan melakukan dosa itu lagi buat berapa kali sehinggalah nafsumu sudah sampai tahap jemu dengan perbuatan tersebut. Selepas itu kau akan bertaubat nasuha kepada Pemilik Pengampunan. Kau akan menjadi seorang yang dekat dengan Tuhanmu tapi apabila masa telah berlalu...akan tiba suatu detik engkau akan diuji tahap keimananmu....sesungguhnya apabila diuji kamu pasti tersungkur dengan ujian itu.. kerana nafsumu yang membara. Keadaan ini akan berlaku seperti kitaran yang telahku terangkan diatas. Oleh sebab itu aku ingin menasihati diri aku dan dirimu. Apabila datang pukulan nafsu yang pertama itu hendaklah engkau lawan semampu yang mungkin...Rotan lah dirimu dengan apa pun atau bakarlah kulit tanganmu barang sekejap jikalau nafsumu tidak lagi dapat dibendung dengan berpuasa.
Nafsu telah membuat manusia yang baik menjadi jahat,
Nafsu telah membuat manusia yang dekat dengan Tuhannya menjadi semakin jauh,
Nafsu telah membuat manusia menjadi tidak menentu arah
Nafsu telah membuat seorang Raja menjadi hamba dan
Nafsu juga akan membuat kau masuk ke dalam jurang Neraka.
Oleh itu lawanlah semampu mungkin musuh dalam selimut itu...
No comments:
Post a Comment