Allah Azza Wa Jalla berfirman
"....mereka itu senantiasa berselisih. Kecuali orang yang di kasihi Tuhanmu...." (Q.S. Hud: 119)
Sebahagian mufasir berpendapat bahawa mereka itu senantiasa berselisih dalam soal rezeki. Ada yang kaya dan ada pula yang miskin. Oleh kerana itu, semestinya orang yang diberi rezeki mahu bersyukur dan menggunakannya untuk kebaikan. Tidak sepatutnya melambat-lambatkannya.
".....sebab itu janganlah kamu terpedaya oleh tipu daya (syaitan)."
(Q.S. Luqman: 33)
"Tetapi kamu merosakkan dirimu sendiri (kerana hatimu tidak beriman) dan kamu tunggu (kesengsaraan kami) dan ragu-ragu (hatimu) dan kamu terpedaya oleh angan-angan saja...."
(Q.S. Al-Hadid: 14)
Rasulullah SAW bersabda:
"Alangkah baik tidur dan berbukanya orang pandai. Bagaimana mereka memperleceh usaha orang bodoh. Seberat zarah pemilik taqwa dan yakin lebih utama daripada orang-orang yang tertipu."
Orang bodoh adalah orang yang memperturutkan hawa nafsunya serta penuh keinginan berlaka. Terdapat seorang penyair yang berkata:
Demi umurku,
Pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga,
Bila dunia pergi dia merasa rugi,
Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak.
No comments:
Post a Comment