Pengenalan
Dalam
dunia ini, terdapat pelbagai corak didikan anak-anak yang diamalkan oleh
sesebuah keluarga. Corak yang diamalkan inilah, akan menghasilkan pelbagai
personaliti seorang individu. Personaliti ini akan menjadi lambang kepada keperibadian seseorang. Contohnya, ada
individu yang pendiam, ceria, agresif, pemarah, berdisiplin dan lain-lain lagi.
Ini dapat dilihat melalui sifat dan perwatakannya dalam sehari-hari. Sebagai
contohnya, tingkah laku, cara bertindak dan percakapannya dengan seseorang
individu. Personaliti ini terbentuk dan terhasil daripada corak didikan atau
gaya asuhan ibu bapa terhadap anaknya. Menurut Baumrind (1966) corak didikan
atau gaya asuhan ibu bapa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu gaya asuhan
permisif, gaya asuhan autoritarian dan gaya asuhan autoritatif. Setiap gaya
asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa akan memberi kesan baik dan buruk kepada
pembentukkan personaliti anak mereka. Oleh hal yang demikian, saya mesti
mengkaji lebih terperinci apa itu 3 corak didikan atau gaya asuhan tersebut dan
kesan baik dan buruk terhadap pembentukkan personaliti anak mereka melalui
sumber-sumber sekunder yang yang akan
dirujuk.
Corak Didikan Permisif
Apakah
yang dimaksudkan dengan permisif? Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Perpustakaan
(DBP 2008), permisif bermaksud sifat terbuka yang membolehkan atau
mengizikan anak-anak mereka melakukan sesuatu tanpa ada bantahan daripada ibu
bapa mereka. Menurut Baumrind (1966) pula, corak didikan yang permisif
merupakan corak didikan yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak
mereka. Ibu bapa yang mengamalkan corak ini, bercirikan komunikasi yang terbuka
dan kurang menekankan tingkah laku yang baik terhadap anaknya. Selain itu, ibu
bapa yang mengamalkan corak didikan ini, berperanan sebagai sumber yang
memenuhi segala keperluan dan kemahuan anaknya tanpa menjadi agen-agen
aktif dalam menentukan tingkah laku anak
mereka. Ibu bapa seperti ini juga, sering membiarkan anak-anaknya mengatur
aktiviti sendirian tanpa ada kawalan dan permerhatian oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun
mereka atau ibu bapa ini, mencuba untuk membimbing anaknya ke arah perkembangan
yang baik tetapi mereka gagal dalam membentuk had-had batasan yang tegas dan
tingkah laku yang matang terhadap anaknya.
Corak
didikan permisif ini, akan melahirkan
beberapa personaliti yang baik kepada anak mereka tapi kebaikan corak didikan
ini adalah kecil berbanding dengan kesan buruknya. Antara kebaikannya kepada
personaliti anak mereka ialah anak-anaknya akan lebih gembira dan cepat sembuh
daripada tekanan atau masalah yang
berlaku terhadap dirinya. Namun, corak didikan permisif ini juga, akan melahirkan
kesan yang negatif kepada anak mereka iaitu menurut Baumrind (1966), anak-anak
yang didik dengan corak didikan ini tidak dapat mengawal diri sendiri ,
implusif, terlalu bergantung kepada ibu bapa seperti kurang berdikari dan
menjelajah ke dunia baru. Selain itu, anak-anak yang di didik dengan corak
didikan ini akan terjebat dalam gejala – gejala seks bebas, pengambilan alkohol
dan dadah semasa remaja serta tingkah laku anti sosial. Dengan kata lain, corak
didikan ini memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak mereka sehingga anaknya
berperilaku buruk dan tidak matang.
Corak Didikan
Autotarian
Corak
didikan autoritarian menurut Baumrind (1966) ialah cara membesarkan kanak-kanak
oleh ibu bapa dengan mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak
mereka dengan membuat peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang mesti dipatuhi
dan tidak boleh dipersoalkan. Ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini,
tidak mengamalkan sikap bertolak ansur dan mempersepsikan bahawa kanak-kanak
harus menerima perintah mereka tanpa di persoalkan. Sebagai contohnya, ibu bapa
yang menggunakan corak didikan autotarian terlalu ketat dalam mengawal tingkah
laku, tidak bersifat responsif dan fleksibel terhadap anak mereka. Dengan kata
lain, apa saja keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh dibantah
walaupun sedikit. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang mengamalkan corak
didikan ini ingin mengawal dan menilai tingkah laku anak mereka mengikut
piawaian mutlak. Selain itu, corak didikan ini lebih cenderung untuk
menggunakan disiplin yang bersifat hukuman sekiranya anak mereka melanggar
sesuatu disiplin yang ditetapkan.
Corak
didikan ini akan melahirkan anak-anak
yang berdisiplin, sentiasa mematuhi waktu, menghormati orang tua, mematuhi
setiap arahan yang dibagi walaupun terpaksa. Walau bagaimanapun, corak didikan
ini lebih menjurus kepada perkembangan kendiri yang negatif terhadap anak
mereka. Anak-anak yang dibentuk melalui cara ini akan mempunyai kemahiran
sosial yang lemah, menjadi individu yang agresif dan mempunyai mood yang tidak
menentu. Selain itu, kanak-kanak ini akan menjadi delinkuen dan agresif. Hal
ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa yang selalu menggunakan hukuman fizikal
secara berlebihan.
Corak Didikan
Outoritatif
Apakah
yang dimaksudkan dengan corak didikan autoritatif? Mengikut Baumrind (1966)
autoritatif bermaksud satu cara atau asuhan untuk membesarkan anak-anak oleh
ibu bapa. Dengan mengenakan peraturan atau had-had batasan tingkah laku
tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka. Selain itu, anak-anak
juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan sesuatu
perkara. Namun begitu, ibu bapa yang autoritatif akan bersifat fleksibel dan
rasional dalam sikap dan padangan serta menggalakan anaknya untuk berdikari.
Walau bagaimanapun, ibu bapa autoritatif akan mengenakan kawalan yang tegas
tetapi membenarkan kebebasan yang bersesuaian dengan perkembangan anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini, akan menunjukkan sikap
dan sifatnya yang peramah, ceria, sentiasa mesra, amanah dan berfikiran terbuka
terhadap anak-anaknya. Hal ini kerana, ibu bapa ingin melahirkan persekitaran
sosial keluarga yang harmoni dan seimbang untuk perkembangan anak-anak mereka.
Menurut
Baumrind (1971), kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang
autoritatif lebih cenderung menjadi
lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu lebih tinggi,
berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dan bersikap positif terhadap rakan
sebaya. Dengan penggunaan corak didikan
ini juga, komunikasi antara ibu bapa dan anaknya menjadi baik dan juga suasana
keluarga menjadi lebih tenteram. Selain itu, beberapa ciri asuhan autoritatif ini
akan menghasilkan remaja yang bersikap positif. Jadi, corak didikan ini tidak
melahirkan kendiri yang negatif kepada perkembangan kanak-kanak.
Cara
Yang Terbaik Mendisiplinkan Kanak-Kanak
Pada
pendapat saya, cara yang terbaik untuk mendisiplinkan kanak-kanak ialah dengan
menggunakan disiplin yang sederhana iaitu tidak longgar dan tidak terlalu ketat
seperti autoritatif. Dengan kata lain, setiap sesuatu disiplin yang hendak
digunakan kepada kanak-kanak mestilah bersesuaian dengan tahap perkembangan
mereka supaya kanak-kanak tersebut dapat mengembangkan sifat-sifat kendiri yang
positif. Dalam agama Islam, perkara ini sudah lama diajar. Iaitu melalui sabda
Rasulullah S.A.W, “suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh
tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun”
(Riwayat Abu Daud, sahih).
Mengikut
Dr. MAZA (2012), dalam menerangkan hadis tersebut, kita diperintahkan menyuruh
kanak-kanak bersolat ketika berusia tujuh tahun sebelum memukulnya dengan
tujuan mendidik pada usia sepuluh tahun. Jika dia dipukul setelah berusia
sepuluh tahun, dia akan faham, itu adalah pukulan kasih sayang dan cinta kerana
sudah 3 tahun ibu bapanya menyeru tanpa kekerasan dan paksaan supaya solat.
Dengan ini, dia akan mengambil iktibar terhadap hukuman yang diberikan kepadanya
tanpa merasakan dirinya didera atau dizalimi oleh ibu bapanya sendiri. Hal ini
secara tidak lansungnya, dapat membentuk disiplin yang kukuh dan seimbang
dengan perkembangan diri kanak-kanak tersebut dengan hanya seruan solat yang diajar
oleh Rasulullah S.A.W.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
corak didikan autoritatif adalah corak didikan yang terbaik untuk perkembangan
seseorang individu. Menurut Baumrind (1971), corak didikan Autoritatif merupakan
didikan yang tegas tetapi mesra. Selain itu, ibu bapa yang mengamalkan corak
didikan ini sentiasa bersedia memberi penjelasan dan mempertimbangan terhadap
peraturan yang dikenakan kepada anak-anaknya. Hal ini disebabkan ibu bapa mahu melahirkan
perkembangan kendiri yang positif terhadap anak-anak mereka. Berbanding dengan
corak didikan permisif dan autoritarian iaitu corak didikan permisif terlalu
memberi kebebasan kepada seseorang individu sehingga merosakkan kendiri anak-anak
mereka seperti terlibat dengan gejala
seks bebas, penagihan dadah dan lain-lain lagi. Manakala, corak didikan
autoritarian pula adalah sangat menyekat kebebasan anak-anaknya dengan
menggunakan disiplin dan hukuman yang
terlampau sehingga melahirkan perkembangan kendiri yang pasif, mudah cemas,
bimbang dan kurang berdikari.
Rujukan
Dewan
Bahasa Dan Perpustakaan (DBP). 2008. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Carian PRPM@DBP Malaysia. http://www.prpm.dbp.gov.my/search
[22 November 2012] Baumrind. 1966.
Developmental Psychology. Prototypical
Descriptions Of 3 Parenting Styles. http://www.devpsy.org/teaching/parent/baumrind_styles.html
[23 Nowember 2012]
Dr.
MAZA. 2012. Minda Tajdid. Maaf Anakku!
Mereka Tidak Mesra Dengan Mu. http://drmaza.com/home/?p=1753
[23 November 2012]
Baumrind.
1971. Education.com. Parenting Styles. http://www.education.com/reference/article/parenting-styles1/ [24 November 2012]
No comments:
Post a Comment