Gemerlapan

Friday 21 December 2012

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal menangis



Jika Tuhanku bertanya pada ku...
Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku

Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-Ku...
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa

Bagaimana aku nak jawab..
Duhai diriku yang malang...
Dan siapakah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
Dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan

Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri..
nah! Siapa sekarang yang mampu melindungiku?

Aku melihat pada wajah-wajah...
Adakah ada diantara mereka yang akan menebusku?

Akanku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini? 
Maka bagaimana aku hendak jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakanya aku! apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?

adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhitungan dan hari ad-deen(qiyamah)

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku?
Maka Ya Rabb! seorang hamba datang bertaubat,
Siapa yang dapat melindunginya?

Melainkan Tuhan Yang Maha Luas PengampunanNya dan Yang Maha Membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang pada Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku

Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban

No comments:

Post a Comment