Gemerlapan

Tuesday 13 November 2012

Dosa Silam


Aku merupakan seorang manusia yang rugi lagi bodoh.. Mengapa aku kata begitu??? Aku adalah manusia yang selalu melakukan kesilapan yang sama tanpa henti. Dosa demi dosa terus aku miliki sehingga sekarang.

Setiap kali aku mahu mengubah diriku ke arah kebaikan, pasti datang sesuatu hasrat untuk melakukan dosa lagi. Dan aku melakukannya lagi.. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti bulan, dan tahun silih berganti, aku masih lagi dalam keadaan lumuran dosa.

Terfikir aku dalam minda..."alangkah untungnya jika aku mati sejak kecil lagi, jika aku mati ketika itu, tidaklah aku menderita menanggung dosa" Mungkin ada sesuatu yang aku tidak tahu...apa yang Allah SWT merencanakan terhadap kehidupanku ini...

Tapi aku tidak boleh tunggu hidayah dari Allah..sebabnya mungkin ia datang atau tidak datang kepadaku. Aku perlu berusaha sendiri bagaimana caranya untuk aku, mengubah diri aku sendiri. Jikalau terlambat... nescayanya rugi dan celakalah yang aku dapat kerana matiku!!!bila-bila akan berlaku.

Pada masa ini penyesalan tiada guna lagi...tangisan dan jeritanku tidak akan dipedulikan oleh Tuhanku. Di dunia ni..lah tempat aku meratap, menangis dan menyesali segala dosa dan maksiat yang aku lakukan di dunia, ciptaanNya ini.

No comments:

Post a Comment