KRONOLOGI PEGAWAI PUKUL PELAJAR PERAK MESIR
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala
puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup bagi menyempurnakan amanah
sebagai hamba. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W
yang memandu manusia ke jalan yang benar bagi mengikuti perintah Allah
dan meninggalkan segala laranganNya.
Perjuangan
menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada
kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya
penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Sahabat-sahabat
yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,
Pada
19 Januari 2013, kita telah dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar
Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang telah melakukan satu tindakan
yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B
dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.
Perkara
ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di
tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci. Setelah gagal mendapat
respon yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari
inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.
Setelah
beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak
dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut.
Dengan tindakan tersebut, dua orang pelajar yang juga merupakan AJKT KPIPM
terus berjumpa dan cuba berbincang dengan memohon penjelasan daripada beliau di
pejabatnya.
Setelah
perbincangan dilakukan, Pegawai HEP tidak dapat memberikan alasan yang munasabah
bagi menyokong tindakan yang beliau lakukan. Namun, perkara amat dikesali
adalah apabila ketika perbincangan tersebut, beliau gagal menunjuk akhlak dan
syakhsiah sebagai seorang pegawai yang professional.
Setelah
itu, kedua-dua pelajar tersebut mengambil keputusan untuk beredar dari pejabat
HEP tersebut.
Dengan secara tiba-tiba beliau sekali lagi melakukan tindakan yang tidak sesuai sebagai seorang pegawai dengan keluar daripada pejabatnya dalam keadaan beremosi dan memarahi kedua-dua pelajar tersebut.
Dengan secara tiba-tiba beliau sekali lagi melakukan tindakan yang tidak sesuai sebagai seorang pegawai dengan keluar daripada pejabatnya dalam keadaan beremosi dan memarahi kedua-dua pelajar tersebut.
Dengan
tidak semena-mena beliau menampar salah seorang daripada pelajar tersebut tanpa
menyatakan sebarang sebab. Setelah itu, pelajar tersebut terus beredar daripada
Wisma Darul Ridzuan B.
Rentetan
daripada itu, saya selaku Yang Dipertua KPIPM mengambil tindakan dengan
berjumpa sendiri pegawai HEP Perak bagi mendapatkan maklumat sebenar. Di dalam
perjumpaan tersebut beliau sendiri menyatakan bahawa beliau memang memukul
pelajar tersebut. Namun yang mendukacitakan adalah tiada sebarang permohonan
maaf di atas kelakuan beliau.
Seluruh
tindakan yang telah dilakukan oleh beliau itu, tidak sedikit pun menunjukkan
beliau mempunyai kredibiliti serta moral sebagai seorang pegawai yang
diamanahkan oleh pihak kerajaan. Ini juga tidak sehaluan dengan laungan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Laungan ini juga seperti dibakul sampahkan sekiranya laungan itu hanya retorik
semata-mata.
Saya
sebagai Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melahir
perasaan dukacita saya terhadap apa yang berlaku semalam. Kami sebagai
mahasiswa di bumi Mesir ini ibarat dinafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia
apabila dilakukan sebegini rupa.
Harapan
kami adalah, hak yang selama ini dicanang-canangkan kepada kami semasa menuntut
ilmu di sini diberikan kepada kami. Mahasiswa berhak mendapat layanan yang baik
dan tidak disekat sedemikian rupa.
Mari
sama-sama kita teguhkan ukhuwah, satukan fikrah demi mencapai cita-cita dalam
mendalami ilmu dan menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.
BERILMU,
BERAMAL, IKHLAS
MUHAMMAD
HANIF BIN ABDULLAH
Yang
Dipertua
Keluarga
Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013
No comments:
Post a Comment