Apakah tujuan kita hidup??? pernahkah kita menyoal persoalan ini.. mengapa kita dihidupkan didunia..
Aku melihat dunia ini tidak akan terlepas diantara dua yang berlawanan iaitu hidup dan mati, sihat dan sakit, miskin dan kaya, bijak dan bodoh, baik dan buruk, dosa dan pahala..dan seterusnya.. semua perkara ini sentiasa ada dalam kehidupan manusia..persoalannya apakah tujuan kamu hidup?? jika kamu telah mengetahui tujuan kehidupanmu...adakah kamu telah berada dijalan yang betul???
Aku melihat dalam jiwaku...tujuan hidupku masih lagi pudar. Tidak ada halatuju yang di redhai olehNya. Aku tidak tahu mengapa aku perlu hidup disini begitu lama..walaupun kamu mengganggap ianya sekejap sahaja..tapi aku merasa..aku hidup disini telah begitu lama..dan aku seperti tidak pernah mencari...apa yang Tuhanku inginkan...buat apa aku hidup disini..terlalu lama??? lebih baik aku pergi sahaja..
Apapun sebelum pemergianku...aku mengharap dan meminta kepada Tuhanku yang memiliki belas kasihan... ambillah aku..dalam keadaan seperti mana perjanjian rohku...dihadapan mu...Tamatkanlah kehidupanku ini dengan kalimah la Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah dan matikan aku seperti diriku mula-mula dilahirkan ke dunia..aku tidak mahu jasad dan rohku dibebani oleh dosa dan hutang...dan aku memohon juga kepadamu redhailah dari hambaMu ini..yang selalu memungkiri janji...kerana aku adalah seorang yang lemah dan tidak bermaya untuk bertahan..setiap ujian yang melanda...Maafkan daku wahai yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih..aku mengharapkan pengampun dariMu disetiap dosa yang telahku lakukan.
No comments:
Post a Comment