Gemerlapan

Tuesday, 6 May 2014

Malaikat Maut Datang Kepadaku


Disaat malaikat maut datang kepadaku pada hari jumaat, dalam jam 12 tengah hari (UITM Arau, 2010). Pada masa ini, jasad dan rohku ingin berehat buat seketika sebelum berangkat ke Masjid. Setelah beberapa minit aku terlelap, ku melihat di hujung kaki ku, ada lembaga yang berwarna hitam. Tiba-tiba jasadku menjadi kaku dan lisanku menjadi kelu kerana melihat maut telah datang menjemputku

Pada saat ini, aku berkata kepada diriku, rugilah aku...rugilah aku....kematianku telah datang. Diriku menjadi sebak, gelisah, menyesal dan pelbagai perasaan yang muncul ketika itu. aku belum lagi bertaubat, sedangkan dosaku terlalu banyak.

Aku berkata lagi kepada hatiku ini...seandainya aku tidak mati hari ini, aku ingin bertaubat..tidak ingin lagi aku melakukan dosa dan aku akan buat apa yang Allah perintahkan...Tapi harapan ini.. seperti sia-sia saja. Aku tidak boleh buat apa-apa lagi...penyesalan yang datang..tidak dapatku bayangkan. Tiba-tibaku tersedar dari jagaan mimpi.

Selepas kejadian itu, aku cuba untuk solat berjemaah disetiap waktu. walaubagaimanapun, selepas beberapa bulan selepas itu...aku seperti.. kembali ke zaman gemerlapan. zaman yang menjauhkan diriku dengan Tuhanku yang Maha Berkuasa...

Walaupun sekarang ini (7 Rejab 1435), aku merasa, kesan mimpi ini dah mula nak terpadam dalam dirikku. Aku rasa seperti tiada harapan untuk aku mati dalam bersyahadah dan dalam keadaan suci dari segala dosa, hutang dan diredhai olehNya. Walau apapun, aku hanya berharap belas kasihan Tuhanku yang Maha Pengasih...membantuku di alam ini.

Ku menceritakan peristiwa yang ku alami ini supaya aku sentiasa mengingati bila tiba masa yang telah dijanjikan itu.. ku berharap...aku akan mati dalam keadaan Allah meredhai jasad dan roh yang munafik ini. Aku hanyalah insan yang lemah...insan yang mudah terpedaya...insan yang bodoh... insan yang zalim dan pemungkir janji..

Ya...Allah ku mengaku kelemahan diri ini...oleh itu bantulah aku dalam menghadapi dunia ini... Aku tidak tahan lagi tinggal disini...Aku hanya boleh mengatakan...aku adalah manusia yang telah terhijab dengan gemerlapan dunia..aku merana disini..untuk melawan setiap yang datang dan pergi aku tidak terdaya..ku memohon bantuan dariMu agarku tabah dan sabar menghadapi sesuatu yang akan datang. Sesungguhnya...Engkaulah Allah yang Maha Penyayang dan Maha Menerima Taubat terhadap hamba-hambaNya yang melakukan kesilapan.

Amin....

No comments:

Post a Comment