DEWASA
AKHIR
NAMA:
RAJA AHMAD BIN RAJA IBRAHIM
UMUR:
71
SOAL
SELIDIK
a) Adakah
anda mengalami masalah organ dalaman?
Kerap kali sakit perut,
mungkin disebabkan gastrik
b) Adakah
anda ada penyakit seperti penyakit kencing manis, angin ahmar, darah tinggi dan
kataraks?
Ada angin ahmar
c) Adakah
anda mengalami masalah gigi, penghadaman, pernafasan, immunisasi dan kehilangan
pasangan/anak-anak/kawan?
Semua giginya sudah
tiada, cepat lelah, ibu bapanya sudah tiada dan immunisasi kurang kerana selalu
batuk.
f) Adakah
anda hidup dengan pasangan yang telah pencen?
Ya
g) Adakah
anda sudah tidak bekerja dan sumber kewangan sudah berkurangan?
Ya tapi dari segi
sumber kewangan masih stabil kerana ada aset-aset seperti tanah, haiwan
peliharaan (lembu) dan anak-anaknya, selalu memberinya duit dan barang-barang
keperluan harian seperti susu, beras dan lain-lain.
h) Adakah
anda menerima dan bersedia menghadapi
kematian?
Kalau hidup mestilah
mati, jadi mahu atau tidak mahu kita tetap akan mati dan saya bersedia
menghadapinya
i)
Adakah anda merasa menyesal terhadap apa
yang anda telah lakukan?
Ada juga perasaan merasa menyesal
terhadap apa yang dilakukan
j) Adakah dengan amalan kerohanian (solat, zikir,
selawat dan mengaji Al-Quran) dapat menyumbang kepada ketenangan hidup?
Ya, responden ini selalu pergi
solat berjemaah di Surau, mengaji Al-Quran, berzikir dan selawat ke atas
Rasulullah S.A.W. kerana dengan cara ini dapat melahirkan ketenangan dalam
hidup
k) Adakah
anda dahulunya seorang yang aktif (rajin)? Dan sekarang ini sehingga sekarang
ini anda masih lagi melakukan sesuatu?
Kerja kuat atau rajin
bekerja semasa zaman boleh bekerja. Sekarang ini pun, boleh lagi membaiki atap-atap
rumah yang rosak sendirian dan suka menanam, walaupun dilarang oleh ahli
keluarga tetapi tidak diendahkan
l)
Adakah anda mengasingkan diri dari jiran
anda?
Tidak kerana klien ini
selalu pergi berehat di rumah jirannya yang berdekatan dengan rumahnya iaitu
anaknya sendiri.
m) Adakah
anda ada melepaskan jawatan-jawatan tertentu dalam masyarkat?
Dari soal selidik saya,
saya mendapati klien ini telah melepaskan jawatan yang dilantik secara tidak
rasmi iaitu menjadi iman surau, tidak boleh mengaji Al-Quran untuk bebarapa
hari bagi mensedekahkan kepada si mati sekiranya, ahli keluarga si mati
menyuruh dia berbuat demikian kecuali ketika dia sihat.
n) Merasa
gembira bermain dengan cucu?
Selalu bermain dengan
cucunya terutamanya yang masih kecil dan selalu ketawa apabila bermain dengan cucunya
o) Bergaul
dengan cucu hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja?
Ya, iaitu ketika
anaknya mengziarahinya terutamanya hari Perayaan, hari minggu dan ketika klien
mengziarahi anaknya, klien akan bermain dengan cucunya
p) Anda
menjaga cucu dan mengambil tanggungjawab menjaga daripada ibu bapa mereka?
Ada kalanya, klien
mengambil tanggungjawab ini tapi tidak selalu
q) Adakah
anda menghadkan hubungan dengan cucu dan ingin mendapatkan layanan penjagaan?
Tidak
PEMERHATIAN
Dari segi rupa klien pada zaman
muda agak jauh sudah berubah tapi masih mengekalkan mirip-mirip wajah pada
zaman muda atau dewasa. Dari segi suaranya agak perlahan, sering sakit-sakit
sendi, kulit telah berkedut, sering lelah dan dari segi struktur otot hanya nampak tulang-tulang
kerana telah kurus mungkin akibat sakit tua
ANALISIS
Berdasarkan jawapan yang diberi
oleh klien menunjukkan ada banyak jawapan yang sama dengan teori-teori yang di
gunakan untuk dewasa peringkat akhir ini. Contonya, teori tekanan menyatakan
tekanan dalam hidup akan menyebabkan rambut seseorang itu akan cepat beruban
dan gugur.
Selain itu, dari kesamaan teori
kejayaan menghadapi proses penuaan ialah teori aktiviti. Iaitu klien ini, pada
masa mudanya aktif dan selalu membuat kerja-kerja berat. Salah satu sebabnya
mungkin disebabkan klien ini bekerja kampung iaitu menjadi buruh tani, tukang
membuat rumah, menjadi suara dan dan lain-lain aktiviti lagi. Apabila sudah
mencapai peringkat Dewasa Akhir, klien masih lagi melakukan pekerjaan yang
berat walaupun di larang oleh ahli
keluarganya iaitu isteri dan anak-anaknya.
Dari segi teori pengasingan, tidak
semuanya betul atau selari dengan jawapan klien hal ini mungkin disebabkan oleh
sakit, uzur dan lain-lain faktor. Tetapi dari segi peletakan jawatan walaupun
pelantikkan itu tidak rasmi adalah selari, walaubagaimanapun ini adalah
keselarian dari penglihatan mata kasar, dari penglihatan secara tersirat ianya
disebabkan ke uzuran dan sakit tua. Jika ada masa dia sihat, komuniti akan
memintanya menjadi imam surau dan menjadi imam untuk sesuatu tahlil yang di
adakan oleh masyarakat.
Selain itu, dari segi perhubungan
nenek atau datuk dengan cucu banyak keselariannya tetapi keselarian berdasarkan
situasi dan keadaan. Contohnya, Klien ini, hanya suka bergaul dengan
kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun ke bawah berbanding dengan 4 tahun ke
atas. Dari menghadkan hubungan dengan cucu kerana ingin mendapatkan layanan
penjagaan mungkin salah dan ada betulnya mengikut personaliti individu
tersebut. Tapi bagi klien ini, tidak menghadkan hubungan dengan cucu kerana
ingin mendapat layanan penjagaan.
Dari aspek biologi memang ada
perubahan yang ketara bagi dewasa akhir dari segi kulit, rambut, deria,
pernafasan, struktur otot, suara dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin di
sebabkan oleh tubuh badan dalaman atau
luaran akan sentiasa berubah sedikit demi sedikit dari segi perkembangan awal
seseorang manusia hingga ke kepada kematian.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, gerontologi iaitu
bidang pengajian multidisiplin tentang penuaan dalam aspek biologikal,
psikologikal dan sosial adalah kebanyakkannya selari dengan teori-teori proses
penuaan seperti teori genetik, teori sel bukan genetik dan teori fisiologi.
Walaupun kenyataan teori ini tidak semuanya tepat tapi banyak yang betul dan
selari dengan perubahan yang berlaku pada diri klien sama ada dari segi dalaman
atau luaran tubuh badannya dan personaliti serta mental klien.