Bapa Rogol Anak Selama 30 Tahun
Seorang lelaki warga emas Argentina ditahan atas dakwaan merogol anak
perempuannya selama lebih 30 tahun sehingga melahirkan 10 anak, dalam
satu kes sumbang mahram yang 'lebih dahsyat' dibandingkan dengan kes
Josef Fritzl di Austria pada 2008.
"Tertuduh menafikan dakwaan tersebut tetapi ujian DNA membuktikan adanya
paterniti," kata Hakim Virgilio Palud kepada radio tempatan.
Hakim berkata, lelaki berusia 62 tahun yang identitinya tidak didedahkan
itu didakwa melakukan pencabulan seks berulang kali dan sumbang muhram,
yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun jika sabit
kesalahan.
Lelaki itu ditahan pada Jun lalu atas dakwaan mencuri lembu, menyebabkan
anak perempuannya yang kini berusia 43 tahun mengambil peluang itu
untuk melaporkan apa yang berlaku ke atas dirinya kepada polis walaupun
diugut akan dicederakan.
Kes itu kali pertama dilaporkan, semalam.
Wanita itu yang identitinya turut dirahsiakan, mendakwa dipukul dan
dirogol sejak berusia 13 tahun di rumah mereka di perkampungan Nicanor
Molinas, 600 kilometer di utara Buenos Aires.
Palud berkata, wanita itu memberitahu perbuatan keji bapanya menyebabkan
dia melahirkan 10 orang anak berusia antara tujuh tahun hingga 27 tahun
dan hanya anak sulungnya mengetahui yang bapa dan datuknya adalah orang
yang sama.
"Ia lebih dahsyat daripada apa yang pernah berlaku di Austria," kata
Palud merujuk kepada perbuatan hina Josef Fritzl yang dipenjarakan
seumur hidup pada tahun lalu kerana mengurung dan merogol anak
perempuannya selama 24 tahun sehingga melahirkan tujuh orang anak yang
mana seorang daripadanya turut dibunuh.
Dalam kes di Argentina ini, seorang daripada 10 anak yang dilahirkan juga meninggal dunia.
Kata Palud, seorang lagi anak perempuan suspek turut mendakwa dirogol
berulangkali dan menjalani pengguguran sebelum melarikan diri dari rumah
keluarga di wilayah Santa Fe itu. - AFP
No comments:
Post a Comment