Gemerlapan

Thursday, 28 February 2013

Post Tahan Kencing Punca Kerosakan Buah Pinggang dan Pundi Kencing

 السلام عليكم
 peace be upon you

credit to :


Kamu seorang yang kerap minum air? Atau..paling kurang, makan makanan serat yang mengandungi air macam tembikai dan betik? 


Tapi kamu kerap menahan kencing? Sila berhati -hati kerana apa yang pakcik bagitau kat sini, bakal mengubah kehidupan kamu menjadi lebih buruk~


Menahan kencing,  akan menakung lebih banyak air dalam badan yang mengandungi toksin . Ini akan mengakibatkan buah pinggang menjadi rosak kerana tindak balas tekananan antara buah pinggang dan pundi kencing.


Kena ingat, fungsi buah pinggang yang utama, menapis toksin dalam darah.
Bila kandungan toksin sedia ada gagal dilepaskan, toksin sedia ada dalam badan akan memaksa buah pinggang untuk menapis lebih bayak lagi toksin. 
Pada masa yang sama, toksin yang tersimpan dalam pundi kencing masih belum dilepaskan.
Pundi kencing yang tak dapat menampung, akan memaksa kita untuk kencing. Tapi bila kita gagal lakukan juga, tekanan dari pundi kencing akan memaksa kembali pula fungsi buah pinggang. disamping itu, kemungkinan batu karang untuk terbentuk adalah tinggi dalam pundi kencing dan buah pinggang


Pakcik cuma jelaskan kat sini secara umum berdasarkan pembacaan dan pemahaman dari jurnal kesihatan + pengalaman sendiri. Kalau nak buat penjelasan secara saintifik, kena tunggu entri akan datang 

6___9"


Jangan tahan kencing ya~ Ia bererti menahan toksin dalam badan. Kalau dah biasa, kurang-kurangkan ya. lama kelamaan tabiat ni akan hilang sendiri.
nak hidup lama kan? kena la kekal sihat


(^^,)




~ http://fadzli-rt.blogspot.com/2012/02/tahan-kencing-punca-kerosakan-buah.html

No comments:

Post a Comment