Gemerlapan

Thursday, 28 February 2013

Genetik Nabi Adam Antara Penyebab Kita Bijak

 
Menurut kajian neurologi, otak manusia ni kalau  dimasukkan maklumat mengenai seluruh alam semesta, takkan penuh. Alasan saintifiknya,

" otak manusia mempunyai 100 bilion sel aktif yang setiap satunya bersambung dengan 20000 sel sesaat. "

Wallahua'lam..


Tapi yang Istimewanya, bagaimana permulaan 'genius' ni bermula? Dari siapa kita mewarisi genetik bijak ini? Ianya bermula sejak dari Nabi adam dicipta..


Firman Allah SWT yang bermaksud :


" Wahai Adam ! Beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu ! Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia (Allah) berfirman ; bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dab aku mengetahui apa yang kamu sembunyikan? "

(Surah al-Baqarah : 33)


Ha.. kerana Dia Maha Adil, sesiapa juga mampu menjadi genius ! Tapi, berusahalah. Genius tidak datang kepada kamu melainkan ia menjadi 


sandaran-Nya untuk menguji kamu. Adakah kamu setia, atau berpaling dari-Nya..


Memaksimumkan potensi otak, mampu mengubah hidup kamu. Lihat je bangsa - bangsa yang memaksimumkan penggunaan otak mereka untuk berfikir; Jepun. Lihat kemajuan yang mereka kecapi walaupun pernah dilanda ujian-Nya.Bom atom dan juga tsunami..


Tapi, semua ketentuan itu datang dari-Nya. Jika ditakdirkan kamu bukan genius, ingatlah.. Setiap manusia itu diberikan kelebihan yang saling melengkapi antara manusia.

^^,

Daripada Shadad bin Ausin r.a berkata ;


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


" Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa yang mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa -apa sesudah matinya (yakni menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikut dirinya (yakni, menghisab kesedapan dunianya), hawa nafsunya dan berangan-angan di atas Allah SWT (yakni, tetap ingin kerahmatan Allah SWT untuk mendapat syurga). "


(Hadith Riwayat at-Tirmidzi) -hadith hasan-

Orang yang lemah, akan mengikut nafsunya,
Orang yang bijak, akan mengikut imannya,
Yakni berpandukan hadith, al-Quran dan sunnah


p/s : Iman tak diwarisi. Tak sama dengan ilmu. Malah kena berkorban lebih banyak untuk mendapatkannya.. Mahukan laluan ke syurga tak?

^__^



-selamat membaca-
Dari~ http://fadzli-rt.blogspot.com/2012/02/genetik-nabi-adam-antara-penyebab-kita.html

No comments:

Post a Comment