Mengapa Dunia, Nafsu dan Iblis@Syaitan Menyayangi Manusia yg Melakukan Dosa dan Ada Golongan Alim pula Menyisihkan Hamba Allah Yang sudah Bertaubat??
Apabila seseorang yang jahil tentang agamanya ingin kembali kejalan yang benar. Mengapa ada penolakan dari golongan orang yang berilmu tentang agama Islam? Sedangkan dia ingin sangat mengubah dirinya dari kejahilan kepada kebaikan. Mengapa dunia ini macam ini, apabila seseorang yang berdosa bertaubat kepada Allah SWT dan meninggalkan sesuatu kemaksiatan dalam hidupnya, para -para ilmuan atau alim dengan ilmu agamanya menolak mereka yang ingin berubah.
Dimanakah dia ingin bergantung hidup? Jikalau orang-orang yang alim menyisihkan hamba Allah yang ingin berubah? Mengapa dunia ini begini? Tidakah kamu mengasihi saudara-saudara mu yang ingin mengubah dirinya kearah kebaikan.
Wahai Dunia yang mengangkat orang-orang bodoh, menyisihkan orang-orang yang mahu beriman kepada Allah.. Mengapakah kamu dijadikan sedemikian? Dan ada pula orang-orang alim tentang Islam menyisihkan hamba Allah yang mahu menuju kejalan yang benar. Mengapa ada manusia yang sedemikian? Mengapa?
Jika ada seseorang yang melakukan kesalahan atau dosa, dunia, nafsu, dan Iblis@syaitan mendekati mereka dengan lebih erat. Tapi aku melihat, golongan-golongan yang alim, apabila dia melihat seseorang itu telah melakukan maksiat atau dosa, sedangkan dia sudah bertaubat nasuha kepada Allah mereka telah disisihkan oleh golongan ini.
Mereka boleh berkata ini baik dan ini tidak baik tetapi setiap kata-kata mereka hanyalah dusta... hanyalah dusta. Setiap kata-katanya akan menjadi ujian terhadap diri mereka dan akan menjadi kesaksian di akhirat kelak. Aku tidak membenci golongan-golongan alim tapi aku membenci golongan-golongan yang alim yang menyisihkan hamba Allah yang ingin kembali kepada kebenaran.
No comments:
Post a Comment