Gemerlapan

Friday, 1 March 2013

Lahad Datu Dan Kesultanan Sulu: Konspirasi atau Kebenaran atau Menuntut Hak


Dalam sesuatu situasi manusia tidak boleh membuat persepsis yang terburu-buru terhadap sesuatu peristiwa, kejadian, atau yang sewaktu dengannya. Mengapa? kerana sesuatu kejadian atau peristiwa itu mesti dibuat kajian dengan atau secara saintifik atau terperinci. Contohnya, dalam situasi Kesultanan Sulu menceroboh Lahad Datu. 

 Lahad Datu

Mengapakah orang sulu mencoroboh Lahad Datu? mesti ada benda yang tersirat di sebalik kejadian ini tapi apakah benda yang tersirat itu? Inilah yang memeningkan kepala saya dalam mengkaji hal ini. Dalam situasi yang lain, Pihak keselamatan Malaysia yang terbunuh dikata pejuang dan mati syahid dalam mempertahankan Lahad Datu dari diceroboh, bagaimana pula dengan situasi orang sulu yang ingin mengambil atau menuntut haknya, adakah dianggap mati sia-sia dan di anggap pengganas.

Menggapakah manusia selalu mengeluarkan kenyataan yang terburu-buru dalam menganalisa sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku di persekitarannya tanpa membuat kajian dengan lebih terperinci? Sebagai manusia yang mempunyai sifat sosialisasi dan kemanusiaan kita tidak boleh menuduh seseorang itu pengganas atau pejuang dengan pandangan yang sempit.

 Lahad Datu

Saya mengeluarkan kenyataan ini, untuk kita membuat kajian atau siasatan atau mengimbas kembali pembentukkan kerajaan kesultanan Sulu dan Pengakhirannya serta bagaimanapula proses Malaysialisasi terhadap sabah, adakah dilakukan dengan betul atau ada konspirasi disebalik kejadian sejarah silam atau penceroboh Lahad Datu merupakan konspirasi yang dibuat oleh pihak tertentu. Tapi siapakah pihak tersebut

Seandainya hal ini bukan konspirasi, kerajaan Malaysia dan Filipina mesti membuat kata sepakat dan perjanjian untuk mewujudkan kedamaian antara dua negara ini kerana masalah ini telah lama terjadi secara terpendam dan sekarang ianya dah mula meletup.

No comments:

Post a Comment