Mungkin kita pernah melihat
jambatan sebegini dalam beberapa filem pengembaraan seperti Indiana
Jones atau sebagainya. Jambatan Tergantung Hussaini yang terletak di
Utara Pakistan ini merupakan antara titian tali paling bahaya di dunia.
Ianya amat tidak sesuai untuk digunakan oleh mereka yang lemah semangat
dan berbadan besar. Tambahan pula jambatan itu sendiri sudah terlalu
usang, sempit, malah banyak kayu pelapitnya sudah hilang.
Bayangkanlah jambatan yang sebegitu rupa
masih ramai yang sanggup menggunakannya. Bukan sahaja digunakan oleh
kaum lelaki, malah turut digunakan oleh kaum wanita. Ini kerana,
jambatan tersebut merupakan satu-satunya kemudahan yang mereka ada untuk
menyeberang.
Kelihatan jambatan ini dibangunkan
dengan dua trek berkembar. Tidak tahu tujuan asalnya. Mungkin juga
kedua-dua trek ini dibina dengan haluan bertentangan. Namun salah satu
dari trek tersebut seperti sudah menanti rebah. Jambatan Tergantung
Hussaini didirikan untuk menyeberang Tasik Borit. Jambatan ini juga
menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke sana.
No comments:
Post a Comment