Gemerlapan

Monday, 4 March 2013

Lahad Datu Bersandiwara???

NASIONAL
PERISTIWA LAHAD DATU . 

KUALA LUMPUR  FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.
 
http://katakaniabenarjikabenar.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-saukmemali.html
 

No comments:

Post a Comment