Niat Pokok Segala Amalan
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar ibnul Khattab katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Hanya sanya sah segala amalan itu dengan berniat dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat sesuatu berdasarkan niatnya. Sesiapa yang berhijrah dengan niat kerana Allah dan rasulnya, maka hijrah itu diterima oleh Allah dan rasulnya dan sesiapa berhijrah kerana dunia yang dicarinya atau kerana wanita yang akan dikahwininya maka hijrahnya itu akan menghasilkan sesuatu selaras dengan niat hijrahnya itu.”
Niat merupakan rukun pertama bagi setiap ibadat dan merupakan batas untuk membezakan antara amalan biasa dengan ibadat.
Sah setiap amalan bergantung pada niat dan tidak disyaratkan menyebutnya dengan lidah.
Sesuatu amalan yang dilakukan dengan sempurna kerana Allah akan mendapat ganjaran di akhirat sebaliknya amalan yang dilakukan untuk mendapatkan keduniaan semata-mata tidak akan diberi ganjaran oleh Allah.
No comments:
Post a Comment