Gemerlapan

Saturday, 23 March 2013

PENJELASAN: MURSI BERI HAK KEBEBASAN KEPADA MEDIA BERSUARA

Adakah Presiden Mursi semenjak dilantik sebagai Presiden Mesir pada 30 Jun 2012 menggubal satu peraturan yang menghalang kebebasan kepada media?

Adakah benar tuduhan bahawa pemerintahan Mursi dan Mubarak tiada beza apabila sama-sama menghalang hak kebebasan bersuara ke atas golongan wartawan?

Tidak. Sebaliknya Mursi yang menghapuskan peraturan yang menghalang kebebasan bersuara ke atas pengamal media.

Ia dibuat oleh Mursi menerusi satu dekri yang dikeluarkan
Mursi bertarikh 23 Ogos 2012 yang membatalkan penahanan golongan wartawan dalam semua kesalahan berkaitan sebaran pada Undang-Undang Media dalam fasa 41 nombor 96 pindaan 1996.

Sebarang sebaran yang dilakukan oleh para wartawan boleh menyebabkan mereka ditahan dan dibicarakan atas dakwaan "menghina Presiden Republik" seperti yang terkandung pada fasa 179 undang-undang yang sama.

Dekri ini dikeluarkan oleh Mursi selepas perbincangan bersama Naib Presiden (ketika itu) Mahmoud Mekki, Menteri Keadilan Ahmed Mekki dan Penasihat Undang-Undang Presiden, Muhammad Fuad Gadullah rentetan seorang wartawan bernama Islam Afifi yang juga Ketua Pengarang akhbar "Dustour" dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan "menghina Presiden".

Mesir ketika itu masih menguatkuasakan peraturan yang diwarisi di zaman rejim Husni Mubarak.

Berikutan dekri yang dianggap kejutan baru dalam dunia media dan penerbitan di Mesir sejak 30 tahun lalu, ia bermakna mahkamah terpaksa membebaskan Islam Afifi berikutan dekri tersebut.

Jurucakap rasmi Presiden (ketika itu) Dr. Yasser Ali berkata, dekri tersebut adalah menjelaskan pendirian Presiden Mursi terhadap kebebasan dan hak bersuara bagi media cetak.

"Dustour" sebuah akhbar milik persendirian yang lantang mengkritik Mursi dan mencemuh Ikhwan Muslimin. Bukan hanya "Dustour" tetapi lambakan akhbar milik persendirian boleh didapati di mana-mana dan mereka bebas menyatakan pendirian mereka berasaskan "kebebasan" yang menjadi salah satu matlamat berlakunya Revolusi 25 Januari.

Oleh itu, saya sendiri pelik dan tidak tahu dari mana sumber mengatakan Mursi 'diktator' sepertimana Mubarak. Catatan ringkas ini bersumberkan kepada Pejabat Media Presiden Mesir sendiri dan beberapa berita Mesir. Saya tidak berniat mempertahankan Mursi atau taksub kepada Ikhwan Muslimin kerana Mursi tidak pernah membayar atau memberi upah kepada saya tetapi sekadar untuk menzahirkan kebenaran.

Takutlah kepada Allah terhadap media-media dusta yang menyebarkan berita palsu lagi bohong. — with Abdul Malik II.
~ http://www.facebook.com/photo.php?fbid=629516673732205&set=a.480411171976090.128861.479387615411779&type=1&relevant_count=1&ref=nf

No comments:

Post a Comment