Gemerlapan

Thursday, 4 April 2013

Laksamana Pertama (B) Bakal Calon PR N52 DUN Pangkor

Bakal Calon PR N52 DUN Pangkor.



Salam Sejahtera!!

Kenalkah siapa dalam gambar ini? Buat warga Manjung memang tidak asing lagi.., Inilah Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Hj Abd Hamid.

Beliau masih baru lagi bersara dari TLDM iaitu 1 Apr 2010 yang lalu, malam Jumaat lalu aku bertemu dengannya, sempat dalam waktu yang terhad aku bertanya kepadanya, benarkah ada ura-ura yang mengatakan beliau sedia bertanding untuk kerusi N52 DUN Pangkor.

Beliau mengaku benar, ini adalah kehendak akar umbi ahli dan penduduk sekitar terutama sekali warga TLDM, dan beliau sedia memikul amanah tersebut jika pimpinan PR rakyat memberi laluan dan kepercayaan kepada beliau.

Yang kelakarnya menurut cerita dari beliau, belum apa-apa lagi si Zambri MB Mahkamah dah mula kelam kabut, ia dah telefon Panglima Tentera Laut, Panglima Angkatan Tentera serta juga Menteri Pertahanan memaklumkan perkara tersebut.

Hebat juga Zambri ni ya, dapat menghidu musuh-musuhnya, jadi bila Zambri dah dapat mengesaninya, maka biarlah aku istihar perang buat Zambri. Bersedialah kamu Zambri, kalau kerajaan BN dah hilang deposit dengan penduduk Sarawak, maka kamu Zambri bin Abd Kader akan kehilangan deposit undi pos TLDM.

Ingatlah perbuatan kamu dengan menggunakan mahkamah dan hakim-hakim kamu merampas watan MB dan negeri Perak dengan cara paling keji dalam dunia, kamu membuatnya bukan sebagai anak jantan,

Maka bersedialah kamu, kamu akan menghadapi musuh kamu umpama buku dengan ruas kali ini, moga-moga PRU13 nanti kalau diberi keizinan oleh Allah, maka umur politik kamu akan dapat dikafankan. Warga TLDM masih menunggu Beras, Gula dan Minyak Masak dari Kamu, tetapi undi belum tentu......

Aku sebenarnya sewaktu dalam perkhidmatan dahulu tidak berapa mengenali Laksama Imran ni, sebab beliau dalam bidang teknikal, aku pula dalam bidang bekalan, lagi satu aku hanyalah prebet manakala beliau pegawai, cuma bila aku hampir-hampir nak pencen barulah aku dapat mengenali.

Sebelum aku menulis ni pun, aku dah tanya dengan beberapa orang pegawai teknikal yang tinggal setaman dengan aku mengenai tingkah laku Laksamana Imran dengan pegawai bawahan dan anggota-anggotanya, mereka menjawab tak masaalah, laksamana dengan anggota bawahannya memang cukup akrab, semenjak beliau dari jawatan Leftenan lagi.

Jadi dengan itu bagi aku tak ada masaalah jika Laksamana diberi kepercayaan oleh pimpinan PAS dan Pakatan rakyat untuk bertanding menentang Zambri. Biarlah Zambri balik ke kelompok mamaknya, Cukuplah Zambri diberi masa 3 tahun lebih memegang jawatan MB dan 2 penggal ADUN Pangkor. Cukup...

Ini sebagai muqadimah awal siri peperangan awal dengan Zamri untuk merebut DUN Pangkor....

Di bawah ini aku sediakan koleksi gambar-gambar Laksamana Imran yang aku dapat dari Setiausahanya Haji Amin. Mana tahu ada pembaca yang kenal dengan lain-lain wajah dalam gambar tersebut.



Ini adalah sewaktu beliau dalam Apprentice tahun 1970-73 - Pangkatnya Sarjan..., Teringat cerita Sarjan Hassan....


Sempena di Majlis Perasmian Muzium Selangor, Gambar yang sebelah lagi tu bermisai juga tu, aku memang kenal baik, Lt Kdr Rahim, waktu aku kenalnya beliau bertugas di Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Attache Manila.

Sewaktu menerima Pingat Kesatria Angkatan tentera.




MENERIMA ANUGERAH ACM 2003






Mengiringi Sultan Pahang...

Bersama Projct Team di German.















Ha ha.. yang memang betui-betui baguih punya, mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai anggotanya di KD Pelandok. Yang bestnya beliau pun dapat naik bersanding lagi sekali....





Sewaktu mengadili perlawanan bolasepak di Dun Pasir Panjang,


Yang ini lagi kelakar, cuba hangpa perati tengok, monyok aja beliau, tunduk mukanya, kenapa tak ceria... sebabnya kena hadir tanpa rela hati lah tu agaknya,....


Yang ini ,,, huhh, dia punya senyum, dapat bergambar sebelah Nizar...


Aktif dengan kumpulan Marhaban..., ia tak peduli, UMNO jemput pun dia pergi...


Inilah dugaan yang paling besar beliau hadapi dalam hidupnya... sehinggakan ada
kisahnya DI SINI

Sebagai bapa yang betui-betui menyayangi Puteri-puterinya hingga ke akhir hayat.


Mendapat ucapan takziah dan munkin ini juga sebagai pendorong sehingga
mendapat sijil ahli dibawah





http://manjongmari.blogspot.com/2010/05/blog-post.html

No comments:

Post a Comment