Saya setuju dengan idea tersebut. walaupun ada yang tidak beberapa setuju
:) Saya mencadangkan setiap pesalah ragut mesti dikenakan undang-undang hudud.
Bagi yang ada saksi mengikut prosedur saksi dalam Islam. Kalau ada keraguan
dalam saksi tersebut walaupun keraguan itu kecil maka hukum hudud tidak boleh
dikenakan. Undang-undang Islam adalah untuk menakut-nakutkan manusia untuk tidak
melakukan perbuatan yang dilarang di sisi agama bukan undang-undang yang
zalim.
Undang-undang Hudud ini, Jika cukup saksi dan buktinya baru boleh
dilaksanakan. Ini bukan bermaksud penjenayah akan dilepaskan begitu sahaja.
Undang Islam bukan undang-undang yang bodoh kerana undang ini adalah dicipta
oleh Raja Segala Raja. Setiap penjenayah yang tidak melepasi saksi dan bukti
yang diperlukan undang-undang taksir (hukuman dari pemerintah iaitu
undang-undang yang diguna pakai oleh sesebuah kerajaan) tersebut mesti
dikenakan.
Tapi, ada manusia yang diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Pencipta tidak boleh
menerima undang Allah ini. Adakah mereka menganggap diri mereka ini Tuhan atau
manusia ini tidak mengenal budi?
atau juga mereka menganggap diri mereka LEBIH HEBAT dari Allah SWT.
Lihatlah dipersekitaran kita, adakah undang-undang manusia dapat membasmi
jenayah yang berlaku di dalam negera ini. Ingatlah undang-undang Islam tidak
mengenal jawatan yang disandang oleh mereka. Jika Raja, Perdana Menteri, Menteri
Besar dan rakyat biasa melakukan jenayah. Undang-undang Islam tetap akan
dikenakan kepada mereka tersebut. Indahnya Undang-Undang Ciptaan Allah ini.
Tidakkah kita berfikir sejenak?
No comments:
Post a Comment