Mereka sangka mereka dapat membaca apa yang hendak dikatakan oleh pihak lawannya..kerana apa? kerana pihak lawannya itu puak politik lain.
Aku hanya menanya soalan untuk pengetahuan melalui proses pembelajaran tetapi mereka membalas dengan respon negatif. dengan menyatakan pembangkang menanam benih-benih kebencian kepada UMNO/BN.
Membenci polis, menyatakan itu dan ini. sedangkan maksud aku bertanya kepada golongan intelektual bersandarkan ilmiah bukannya bersandarkan puak politik
Mengapa manusia berbicara seperti seorang yang bijak pandai dalam ilmu kepolitikkan sedang ianya adalah fanatik kepada sesebuah parti politik.
Apabila seseorang itu, telah fanatik kepada sesebuah parti dia akan memandang negatif terhadap apa yang dibuat oleh parti politik lain.
Dia/mereka boleh berkata yang mana yang benar kita ikut, yang mana yang salah kita tolak. Dalam menghujah perkara ini, aku melihat seseorang itu seperti tahu yang mana salah dan betul tapi yang hairannya mengapa dia tetap menyokong kebatilan?
Dan dia berkata juga, aku adalah pekerja kerajaan...sudah tentunya aku wajib menyokong kerajaan hatta kerajaan tersebut bukan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Biarlah iman dan taqwa tergadai demi benih-benih dosa yang mesti diwarisi.
Dengan teriakan tersirat..dia berkata aku pencinta maksiat!, akulah pengikut kezaliman!, akulah manusia yang tidak akan mati!, aku manusia yang tidak takut dengan ancaman Allah yang Maha Dahsyat! kerna aku adalah pewaris dosa pelantikan pemimpinku.
Hayatilah Firman Allah ini (Surah Saba)
Terjemahannya
Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya. Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman. (31)
Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayat petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa. (32)
Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. (33)
Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: Seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya. (34)
Ingatlah surah Saba ini, kerna mungkin kau akan menjadi salah seorang dari mereka. Mungkin ada pula orang berkata..ayat dalam surah ini adalah ditujukan oleh orang-orang kafir bukannya orang Islam yang menyokong pemerintah yang zalim, menolak undang Allah, pencinta maksiat dan sebagainya.
Untuk kau memahami lebih banyak lagi dengan mentafsir ayat-ayat Allah ini. Kau janganlah tanya ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang didalam Malaysia. Kerna apa? kerana kebanyakkan ulama-ulama dan ustaz-ustaz ini adalah pembangkang. Kenapa dengan pembangkang? kerana kau adalah pembenci ulama pembangkang dan kau menyayangi ulama dan ustaz yang menggadaikan ayat-ayat Allah ini dengan harga dunia. Oleh itu, kau tanyalah ulama Sunni yang ada dinegara Mesir atau lain2 negara.
Dan sila nyatakan apa yang di beritahu ulama tersebut berserta nama ulama itu dan biodata ringkas beliau
No comments:
Post a Comment