TENTERA : JANGAN TAKUT UNDI PAS
1. Kebangkitan rakyat yang berlaku di sesebuah negara sebenarnya tidak
meminggirkan peranan anggota tentera . Sebahagiannya anggota tenteralah
yang memimpin kebangkitan tersebut .
2. Saya sebenarnya tidak
bimbang sokongan anggota tentera kepada Pakatan Rakyat amnya dan PAS
khasnya tetapi malangnya kita dihambat oleh sistem undi pos yang
terdedah kepada manipulasi pihak UMNO dan BN .
3. Begitu juga tekanan atau ugutan dari pegawai atasan kepada anggota
tentera yang memaksa mereka mengundi UMNO dan BN seperti penggunaan
borang 2 yang memuatkan data dan latar belakang pengundi tersebut .
Sedang undi dalam sistem pilihanraya negara kita adalah rahsia . Apabila
undi tersebut terdedah kepada pengetahuan pihak lain , ia mengganggu
ketulusan dan ketelusan demokrasi .
4. Dewan Pemuda PAS Pusat
menegaskan bahawa anggota tentera sewajarnya berada di hadapan bersama
kebangkitan rakyat menuntut perubahan khasnya menentang rasuah . Inilah
antara yang berlaku di negara - negara lain seperti Thailand yang
akhirnya berjaya menuntut perubahan total dan meruntuhkan kerajaan
rasuah .
5. Tiada apa sebenarnya yang perlu dibimbangi jauh
sekali ditakuti oleh anggota tentera sesuai dengan semangat wira mereka
sebagai anggota tentera yang sasa dan berani . Apatah lagi hanya sekadar
untuk mengundi dan memberi sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat
dalam pilihanraya ke13 nanti meskipun undi itu diketahui .
6.
Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman
percuma kepada mana - mana anggota tentera yang diambil tindakan semata -
mata kerana ia mengundi PAS dalam pilihanraya ke13 kelak .
7. Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti .
8. Ingat pesan al Mursyidul Am PAS , jangan sesiapa takut untuk
mengundi PAS . Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian
juga para pengundi . Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan
kepentingan masa depan negara . Bukan mengundi kerana diugut atau
dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman .
9. Namun begitu
, bagi memastikan perjalanan undian pos berjalan dengan baik dan
selamat , Dewan Pemuda PAS akan senantiasa mengekori perkembangannya
dalam jarak sejengkal dibelakang dan mendahului kawalan dan pengawasan
sejengkal di hadapan agar tiada sebarang penyelewengan .
10.
Kami tidak akan teragak - agak untuk mengambil tindakan undang - undang
ke atas mana - mana individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau
penipuan ke atas undi pos sekalipun melibatkan pegawai - pegawai
tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera . Harapan kita , tiada
sebarang penyelewengan - Insyaallah .
NASRUDDIN HASSAN TANTAWI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat.
No comments:
Post a Comment