Pernahkah anda melihat peta-peta
lama semenanjung Tanah Melayu? Kita juga tahu bahawa Tanah Melayu suatu
ketika dahulu tercatat di dalam peta-peta pelayaran di barat malahan
Gunung Ledang juga telah dikenali sekian lama dahulu.
Di dalam kitab Yahudi, Melakim
(Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan
Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang
menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Negara
Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa
Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara
lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas. manakala
pedagang China pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud
Gunung Emas.
Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah
Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar
emas. Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang
sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata
Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan
negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama
di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu
Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai,
Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan
terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan
Lubuk Mandi di Terengganu.
Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah
melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh
emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya. Di keliling kemuncak
Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai
legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung
Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh
penunggunya seekor lembu emas. Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini
ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.
Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat
perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun
1817.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis
terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil
dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila
dileburkan didapati mengandungi emas.
Cuba teliti dua peta lama versi barat ini pula.
Peta pertama dicetak pada 1572 oleh
Ignazio Danti, manakala yang kedua pada 1606 oleh Jodocus Hondius.
Hondius menamakan sungai itu sebagai R Fermoso. Mengikut peta Danti,
kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan banjaran Titiwangsa,
dekat gunung Ledang.
Sekiranya kita mencari lokasi kota
Melaka menurut lakaran Ignazio Danti, kemungkinannya Melaka terletak di
sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika beberapa orang telah
melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan Endau-Rompin terlihat
sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang.
Adat Melayu, rajanya bersemayam di
istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana raja-raja Melayu di kuala
sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala sungai, ia milik Temenggong
atau Laksamana.
Jadi persoalannya apakah kemungkinannya
pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka bukan terletak di lokasi
sekarang sepertimana yang kita sedia maklum? Apakah kita sekali lagi
tertipu dengan sejarah yang diciptakan orang-orang Barat yang jelas
memusuhi Islam.
Apakah kemungkinannya sebuah kota lama
sengaja ditenggelamkan bagi memberi laluan pembinaan empangan Lingui
yang dibina pada tahun 1990 serta diuruskan oleh Public Utility Board
yang menguruskan sumber bekalan air untuk Singapura? apakah
kemungkinannya Kota Gelanggi itu sebenarnya adalah pusat empayar
kerajaan Melayu suatu ketika dahulu.
Walaupun satu kajian telah dilakukan
oleh kerajaan pada tahun 2005 yang menafikan sebarang kewujudan kota di
dasar empangan berkenaan, namun dakwaan beberapa pengkaji yang pernah
melihat foto para pegawai British bergambar berlatar belakang sebuah
kota yang gah terletak di dalam hutan tebal masih merupakan satu misteri
buat kita.
No comments:
Post a Comment